Saturday, January 19, 2008

Pekerja Asing

Kebanjiran pekerja asing menjadi isu semasa yang mana hampir 3 juta penduduk Malaysia adalah pekerja asing. Isu ini menjadi semakin hangat apabila seluruh pelosok negeri adanya pekerja asing. Hal ini telah pun di sedari oleh kita sejak beberapa tahun yang lalu namun tiada tindakan tegas di ambil bagi membanteras masalah ini. Sebelum ini pihak kerajaan hanya berusaha untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) bukannya melimitkan kemasukan pekerja asing sebelum mereka menjadi PATI.

Kini, pihak kerajaan mula memikirkan cara untuk mengurangkan kadar kemasukan pekerja asing. Mengapa apabila sesuatu isu itu telah menjadi semakin meruncing, barulah mereka hendak fikir cara untuk mencegah?? Sepatutnya usaha untuk mencegah telah dilaksanakan sebelum ia menjadi lebih serius.

Kita juga tidak boleh menyalahkan kedatangan mereka kerana banyak pihak perlu dipertanggungjawabkan yang mana pihak kerajaan sendiri meluluskan kemasukan pekerja asing ini tanpa penelitian rapi. Ada sesetengah agen pula hanya mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan dan bersikap lepas setelah mereka masuk ke negara ini. Pihak majikan pula lebih suka menggunakan khidmat pekerja asing kerana bayaran yang murah. Ini berbeza dengan pekerja tempatan yang mempunyai permintaan tinggi dari segi gaji selain daripada caruman KWSP, PERKESO, elaun tambahan, bonus dan sebagainya. Pekerja tempatan juga boleh menubuhkan 'union' untuk menegakkan hak- hak pekerja dan ini berbeza dengan pekerja asing. Namun begitu, majikan juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana pekerja tempatan sendiri tidak suka melakukan kerja- kerja kasar seperti buruh binaan, operator kilang dan pekerja ladang kerana kerja- kerja itu tidak setimpal dengan pelajaran dan gaji yang murah. Kebanyakan lebih suka bekerja di tempat yang berhawa dingin. Ahh... itu hanya alasan bagi yang malas menumpahkan keringat!!!!

Jadi, sama- samalah kita berfikir apa yang harus kita lakukan dan apa yang perlu kita sumbangkan pada negara kita. Aku tidak menolak atau mengalu- alukan kedatangan mereka ke sini kerana jika kita bekerja di luar negara, kita juga adalah pendatang asing di negara tersebut.

No comments: