Wednesday, June 27, 2012

Rapuh


Satu Hari

Hari itu
Pasti akan tiba~

Sunday, June 17, 2012

West Australia Hari 7 ~ Perth

Morning Perth! Cuaca pagi ini hujan.. pagi-pagi dah hujan jadi kami merancang hendak ke Harbourtown sahaja. Hanya 2 stops dari hostel tapi kami telah salah ambil bas di bus stop seberang jadik kami berpusing-pusing dahulu sekitar Perth sebelum tiba di destinasi..haila!! namun, take positif sebab dengan cara ini sahaja kami dapat lihat Perth :)

Trip kami bukanlah hendah shopping tapi memang sudah tertulis yang hari akhir kami akan dihabiskan dengan shopping gamaknya.. Berpinau mata tengok sale merata-rata. Harbourtown nie ialah shopping mall 2 tingkat. Barang-barang yang dijual tidaklah new design namun pada aku okey sahaja sebab Malaysia bukannya ada 4 season. Masuk Adidas butik sahaja dah membelikkan bijik mata sebab harga murah.. Pusing-pusing satu mall dahulu, had lunch and memulakan tugas untuk menyedekahkan aud pada store-store terpilih. Memang dorang punya sale bukan macam kat Malaysia yang banyak auta. Harga dorang yang mana untuk clearance sudah murah di tambah lagi dengan diskaun yang diberikan lagi.. Kalo kita lah, yang mana untuk clearance sudah takder diskaun yang dikatakan sale itu..[haih!belit-belit ayat aku kan :)]

Anyway, masa kami habis sehari suntuk di sini sahaja. Banyak gak barang aku sambar.. tapi disebabkan masa perniagaan tutup pukul 5 petang sahaja jadik aku tak puas shopping.. :(  Dinner aku makan pizza sahaja dan balik semula ke hostel sebab kami akan naik shuttle ke airport malam tuh. Mujurlah sampai hostel kul 9.00 malam dan kebetulan nak tengok tiket shuttle. Tertera jam 9.30 malam kami kena naik connect dan syukur kami tidak terlepas sebab ingatkan pukul 11.30 malam.. Tiba di epot, rest jap and carik port nak tido. Naik second level and jumpa sebelah kedai free tax tuh..legaaa..

Dapat tempat, aku terus tido sementelah Aya pi pusing-pusing epot. Mandi dan tido kat epot memberi experince baru :) Esok pagi after check-in aku sempat sambar seketul jam tangan rega aud99.95.. :) Bye Perth!

West Australia Hari 6 ~ Perth

Morning peeps! Second time in Bunbury and in love here :) Check-out and shoot direct to Perth. Kami mest singgah untuk lihat trambolite di Lake Cliffton. Tapi sangat mudah perjalanan walaupun kami telah terlepas pada awalnya. Banyak hikmah yang berlaku dan pastinya apa yang kita terlepas akan kita perolehi lebih indah. On the way nak ke Bunbury dulu kami terlepas Mandurah dan Lake Cliffton iaitu trambolite. Tapi take it easy sebab akan cover the way back. Dan Alhamdulillah sebab kami cover time balik. Meh aku bagitaw, jalan nak ke trambolite nie kena lalu jalan lama Old Coast Road nak ke Mandurah. Jadik, perjalanan kami adalah sehala terus ke atas dan tak perlu berpatah balik masuk hiway.


Cuaca dah mula hujan renyai-renyai. Udara makin dingin dan mencecah sehingga 11 Celsius.. akhirnya tiba di Lake Cliffton. Hujan pun kami redah walaupun dah tahap menggigil. Sejukkkk... Teruskan perjalanan ke Perth dengan hujan renyai-renyai melalui Mandurah. Setibanya di Perth, hujan makin lebat. Kami check-in hostel di Globe Backpackers aud26 dalam dorm with 20 beds. Serabut tapi kuatkan hati yang kami hanya nak lepak untuk tidur sahaja. Letak beg dan kami terus hantar keta since dah agree kena pulang pukul 5.00 petang. Kami decide nak naik public sahaja walaupun masih ada 3 jam before return car sebab jalan dalam CBD bersimpang siur dan memeningkan. Had lunch kat riverside Perth.. Makan roti sahaja cicah sambal ikan bilis dan sardin. Yummy!! 


Tiada open area yang kami boleh pergi.. Kami merancang ke King's Park dan Bell Tower namun, tiada apa yang boleh kami buat sebab hujan. Jadik, kami menghabiskan masa jalan-jalan di Murray Street, Hays Street dan Wellington Street sahaja. Sempat membeli souvenir tambahan di kedai uncle berhadapan Murray Street Bus Stop.. Had dinner kat Kedai Makan Indonesia. Then, kami hantar Kak Jah balik dengan teksi kat teksi stand depan hostel sahaja.. Lepas selesai semua, aku and Aya balik bilik nak kemas-kemas barang dan tido.

West Australia Hari 5 ~ Margarate River ~ Bunbury

Morning Augusta! no more masak-masak hari ini. Member makan porridge and aku ngap roti yang ada kat kitchen. Lunch nanti kami just nak makan roti sahaja cicah dengan ayam masak merah sama yoghourt.Disebabkan kami bertiga dah sepakat taknak turun ke Albany, jadik kami aku teruskan perjalanan ke atas semula. Sebenarnya, kalau turun ke Albany pun masih sempat bagi aku dan Aya walaupun tight tapi kami terpaksa rushing sebab flight Kak Jah pada 7 Jun. Namun, kami berfikir yang percutian haruslah menyeronokkan. Kami tak nak just touch and go sahaja. Biarlah dapat explore sesuatu tempat puas-puas. Perjalanan pagi kami teruskan selepas sarapan. Check out dari hostel terus ke arah Cape Leeuwin untuk mengambil udara pagi di tepi laut. Kemudian, teruskan ke Jewel Cave. Setibanya di sana, kami tidak jadik explore cave sebab masa untuk explore sahaja mencecah sejam. Mungin kami bukan berjiwa gua jadik, teruskan perjalanan ke Margaret River untuk cover tempat-tempat yang tak dapat kami pergi.


First, kami ke winery farm dan dengan tidak sangka kami telah jumpa Patricia Negus seorang pelukis. Kami ditanya sama ada kami ke situ untuk wine atau art. Apa nak jawab? Kami lost?hehe tapi of course lah jawab untuk melihat pokok wine bukannya untuk taste. Kami dapat arah tuju ke sini pun sebab dah tersesat sebelumnya ke Rose Park iaitu rumah orang. Ingatkan open park tapi private property cuma owner tuh okey and layan jer kami dengan membawa melihat sekeliling rumahnya. Memang omputih style la garden dia. Seterusnya kami ke A'Maze. Masuk kena bayar aud18 sorang. Main maze sampai pening nak muntah..cuma kami berdegil tak nakkuar ikut emergency exit. Akhirnya berjaya jugak [dengan bantuan orang..hahahaha] Better than surrender kan :) Masing-masing dah muka lapaq jadik kami lunch kat parking keta jer... Sempoi abes lahh.. Masa pun dah agak lambat sebab kami habiskan masa yang lama kat winery farm tuh!


Kali nie kami akan menyinggah di nougat. Sambaq dua nougat sahaja then ke chocolate factory tapi tak beli apa pun cuma had choc drinks sahaja. better taste ori choc kat sana dari teringat-ingat bila balik sini kan... :) Masa pun dah pukul 4.30petang dan kami teruskan ke destinasi terakhir iaitu ke Cape Lavender. Tapi setibanya kami kat sana cape lavender telah tutup. Apapun, kami hanya bergambar sahaja dengan pokok lavender yang ada dan paw beberapa batang pokok lavender. :) Wangiiiii

Sume factory pun dah tutup, jadik kami terus sahaja perjalanan ke Bunbury. Cadangnya hendak bermalam di Mandurah tapi terlalu lewat untuk drive. Walaupun pukul 6 petang sahaja tapi keadaan dah gelap gelita. Check in Wander Inn jugak. Malam kami had a cone of homemade ice-cream and kebab...Alhamdulillah

West Australia Hari 4 ~ Augusta


 Morning Bunbury! Hari nie seperti biasa kami akan menyediakan lunch sendiri. Kat Wander Inn nie telah diberikan breakfast jadik kami ngap sahaja roti yang ada manakala lebihannya kami tapau sahaja. Selepas check-out, kami pusing-pusing bandar Bunbury. cam-whore sekejap di tepian pantai dan bersama lighthouse sebelum meneruskan perjalanan ke Augusta. 


On the way tuh kami singgah ke Busselton sebab nak ke Busselton Jetty. View chantek dan kami meniti jetty tersebut dengan harga aud2.50 seorang.. few pics there and i love oceans+blue skies....freezing sebab angin menderu+winter :) amat nyaman 

Sepanjang ke Augusta ada tempat-tempat yang boleh di singgah seperti winery farm, chocolate factory, nougat factory, fonti farm dan sebagainya. Dorang punya farm and factory nie boleh kita serbu terus untuk membeli produk-produk mereka ataupun melawat ladang yang terbentang luas. Masa kami pergi tuh, hanya sempat singgah di Fonti Farm sahaja. Aya and Kak Jah beli cheese tapi aku memang tak boleh blah dah sebab tersalah rasa cheese yang pure..Pehhh, bau lembu tuh... sekali, ada yoghourt kat situ..apo laie terus membeli lah aku yang 500g sahaja..

Suppose kami nak ke chocolate factory tapi segalanya terlepas. Kami stop di pekan Margaret River menuju ke tourist center untuk dapatkan maklumat.. memang sah kami telah terlepas segalanya. Apapun, perjalanan harus diteruskan. Kami pun tidak berasa ralat kerana plan asal kami untuk ke Albany telah dibatalkan. Jadi, tempat-tempat yang kami tak sempat cover ketika pergi akan kami cover time balik nanti. Namun, bagi yang akan meneruskan perjalanan anda ke Albany seharusnya merancang perjalanan dengan baik tanpa miss tempat-tempat yang harus pergi di Bussell Hiway kerana laluan balik dari Albany akan melalui jalan yang berbeza pula. TAPI, kalo korang nak lalu hiway yang sama pun takpe cuma pada aku better amek route berbeza sebab kita dapat explore laluan lain :) chill kan!


Kami decide terus shoot ke Augusta sebab Cape Leeuwin ada masa lawatan. Akhirnya, sampai juga di Cape Leeuwin. Drive dalam 45 minit sahaja dari pekan Margaret River tuh.. sangat dekat hoccay.. Kami tidak naik ke atas lighthouse tu sebab bayaran yang berbeza dikenakan. Jadi, kami bayar aud5 sahaja untuk ground tour.. Lunch nasi beriyani ayam kat atas rumput depan southern ocean..sambil tengok whale berenang-renang. Cantik, aman, nyaman dah segar! Jatuh chenta dengan Aussie :)

Jam 4.30 petang kami keluar dari Cape Leeuwin. Menuju ke pekan Augusta mencari Baywatch Manor Augusta Hostel. Jumpa! check in dengan aud28 untuk 4 beds room. After cek-in, kami keluar nak carik makan tapi memang Augusta pekan mati. Tak happening semetelah penduduk-penduduk ramai yang keluar ke Margaret River sebab ada pesta Whale Song kat sana. Kedai pulak as usual tutup pukul 5 petang. Lastly, kami pun decide dinner kat hostel sahaja. Masak nasik putih dengan ayam masak merah. Kenyangggg..then, lepak-lepak kat living room sambil nengok tivi. Dah ngantuk masing-masing masuk tido. Akulah tido paling awal dengan tak mandinya tapi terjaga pukul 12 lebih then gi mandi :)

Saturday, June 16, 2012

West Australia Hari 3 ~ Lancelin ~ Bunbury

Morning Cerventes! As usual, after subuh kami akan ke kitchen sebab nak masak untuk lunch serta sarapan pagi. Menu kami untuk breakfast was maggie chicken porridge made by Kak Jah. Lunch kami nasi goreng sahaja.. kali nie kami masak nasik putih dan gorengkan dengan perencah adabi..

Check out dari hostel hampir pukul 9.15pagi.. destinasi kami ialah mencari Pinnacles dan dengan yakinnya kami ingatkan yang tempat kami pergi semalam adalah betul selepas melihat map yang ditunjukkan oleh owner hostel tuh. Kali nie kami turun sendiri untuk mencari Pinnacles di situ tetapi yang ada hanya laut sahaja. mujurlah ada kereta yang datang untuk fishing then kami pun tanya dan kata mereka bukan di sini. Decided nak ke depan lagi menuju ke arah Lancelin dan akhirnya kami lihat papan tanda Pinnacles Desert. Yeay!!!! akhirnya sampai... tix masuk ualah aud11/ car.. kami berpusing-pusing dengan kereta sahaja dan berhenti di siring jalan situ sahaja... indahnya ciptaan Allah.. Pinnacles terbentuk dari pasir gurun tersebut yang ditiup angin.. sejuk dan berangin... cuaca cerah dan kami sempat bergambar beberapa keping gambar kat situ..

Setelah puas menikmati Pinnacles, kami meneruskan perjalanan ke Lancelin pula. Di Lancelin, aktivitinya adalah bermain sandboarding.. Had lunch dengan lahapnya dan untuk menambah selera di akhir-akhir santapan baru teringat nak menambah lauk sardin....sedappp walaupun makan nasik goreng dalam plastik ajer . Dah kenyang, kami nak main sandboarding plak so, menyewa sekeping sandboard dengan harga aud10 untuk 2 jam di Lucky Seven... ah! sukarnya nak memanjat gurun pasir yang berangin sebab pasir-pasir masuk mata...adoi!!! datang sini kena prepare kelengkapan la as shades or paling best pakai goggles..hah..Bergambar jer lebih tapi main hanya sekali..bukan tak eksited tapi tak tahan mata sebab pasir... kalo kat sini pun boleh wat..carik mana-mana lombong pasir yang tinggi dengan board then luncurrrr....kan dah jadikk.. :)

Teuskan ke Bunbury mengambil masa yang lama hampir 5 jam. Check in hostel di Wander Inn dengan harga aud30 seorang...amek bilik 4 beds sahaja..Letak barang jer then kami kuar nak carik makan sambil pusing-pusing town. Cantik sangat town Bunbury..small town dengan great architecture.. oldies style lah.. Dinner kat Turkish Restaurant.. aku siap ngap 2 rolls kebab pulak tuh..adoyai!!

West Australia Hari 2 ~ Caversham ~ Cervantes

Morning Perth! dinginnya cuaca pagi nie.. Awal pagi kami bangun..After subuh, terus siap-siap ke dapur nak menyediakan makanan tengah hari nanti dan breakfast...masing-masing sarapan bubur nasi ajer and tapaw nasik goreng kampung cap brahim untuk lunch...

Destinasi pertama kami ialah ke Bayswater untuk amek keta sewa. Keta book awal-awal lagi thru tenet tapi kena secure kredit card..mujurlah Kak Jah ada cc. kami amek keta untuk 5 hari dengan dua orang registered driver..aku as second driver lah..so, total up kena bayar aud285 with aud300 sebagai deposit... GPS plaks Kak Jah dah bawak siap-siap so dah reduce cost kat situ... set GPS ke Caversham Wildlife Park...tapi awat sat sangat sampai..rupenye tersalah set ke Caversham Street..hahaha...re-set balik dan akhirnya kami tiba dengan selamatnya walaupun berpinau-pinau jugak mencarik jalan... Kami tiba lewat kat Caversham and animal show pun dah terlepas jam 11pagi.. so, kami had lunch dulu kat luar..makan sepeket nasik goreng kampung kongsi tiga..ah!tentu cepat habis dan berebut..hahaha..lapo weihh..

Selesai simple lunch, kami beli tiket nak masuk dalam... aud23 seorang dan kami pun membayar harga yang mahal sebab nak tengok koala dan kangaru. Bergambar sakan ngan kangaroo then, terus pi tengok Molly Show..tapi takut kami tiba lewat di Cervantes jadi decided rushing ke tempat koala pulak..kami tak explore habis dalam wildlife park tu..and nak kata regret pun tidak sebab most of us nie bukan animal lovers..but mission nak jumpa kangaroo and koala in real sudah tercapai..


Set GPS ke Cerventes luckily as we planned kitorang melalui jalan lama..perjalanan sedikit jauh walaupun ada hiway baru belah Indian Ocean, tapi kami mahu menikmati jalan yang berbeza sewaktu pergi dan balik sementelah laluan lama ke Cerventes boleh lihat Windmill Farm dari jarak dekat..Captured few pics there and continued journey..cadangnya nak ke Pinnacles Desert hari ini tapi kami telah kesesatan ke tempat lain walaupun telah tiba di Nambung Park... masing-masing cuak sebab takde sapa pun kat situ and sunyi sepi..suasana pun dah nak malam so, kami terus ke hostel nak cek-in..Hostel kami ialah Cerventes Lodge audd30 sorang...esok-esok pun boleh carik Pinnacles nie sebab takkan hilang :)


 
Lepas check-in, kami keluar nak pergi beach and carik makan. Perghhh...indahnya suasana kat beach di waktu senja... ada beberapa orang yang fishing n barbeque kat situ..Dinner kami kat stesen minyak di Cerventes sahaja.. aku makan Fish Burger...

West Australia Hari 1 ~ Freemantle


Wow..wiee... macam tak percaya jer sebab aku dah tiba kat Perth, Australia. Departure time 11.55pm dan kami bertiga, all ladies akan memulakan pengembaraan sendiri. First time jejak kaki kat negara omputih rasa berdebar dan sangat terujaaaa.. :) Sebelum tibanya kami kat Perth International Airport, kami telah landed kat Military Airport..Location: out of no-where sebab cuaca amat buruk dan lepas berlegar-legar di udara hampir sejam lebih, kami pun rasa puas sebab akhirnya dah mendarat TAPI, kenapa padang pasir aja disekeliling? nah!! takder flight lain kecuali AAX yang telah diberi kebenaran mendarat sebab nak isi minyak akibat lama sangat berlegar...Hampir 9.45am barulah dapat pengumuman yang penerbangan akan diteruskan ke Perth..phewww, perjalanan yang mengambil masa 5 jam telah menjadi 10 jam...dan disebabkan hal-hal tak dijangka ini juga kami tidak sempat explore Perth City kaw-kaw...

Kami ambil cab dari epot ke Brittania Hostel dengan rega aud39..nak kawtim pun tak boleh sebab dorang memang pakai meter and range rega memang cenggitu jer..hostel aku dah book awal-awal sebab senang nak cek-in dan taw tempat yang nak dituju. sorang kena bayar aud29 sebab ktorang amek bilik 4 beds... ahh, leganya sebab dapat mandi and baring jappp jer..pehtu, terus gerak ke Freemantle. 

Gi Freemantle naik train kat stesen perth.. amek line 2 dengan rega aud3.80.. perjalanan lama gaks sebab Freemantle last station.. suasana Freemantle amattt nyaman..dengan cuaca dingin and angin lebih dari sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami tambah laparr...Ikut iternery kena makan Fish and Chips kan Cicerellos..menu boleh tahan mahal tapi inilah yang mesti dicuba..ktorang amek yang bajet jer dengan memilih ikan frozen..kalo fresh fish mau mahal laie..kepala aku dah pening-pening sebab lambat makan...kacau mood berjalan woo kalo sakit...so, hirup hot coffee la nak kasik lega...

Dah kenyang, aku siap tapaw lebihan makanan tuh sebab banyak weih..then kami ke E-Shed untuk menyopping survenier... haih, hari pertama terus shopping???aha, korang jangan tataw yang E-Shed nie hanya bukak dari hari Jumaat hingga Ahad jam 9pagi sampai 5 petang sahaja..jadi, kami hanya ada beberapa jam sahaja nak mencari barang kat sana sebelun tutup..pusing-pusing kat dalam tuh and jumpa satu kedai souvenir yang agak  murah...rupenya owner nie Chinese Singapore and boleh cakap melayu  plak..daripada tak eksited nak memborong terus aku memborong sebab tak sure tempat lain boleh dapat compatible price camnie.. lastly, membayar aud 45 kat situ sahaja..keluar-keluar kedai, habis kedai lain dah tutup...sebab jam dah menunjukkan 5.30petang...mujurlah uncle tu sabar layan kami...hehe..

Rehat jap kat luar E-Shed sambil menikmati pemandangan senja sambil ditiup angin laut...ah!aman dan nyaman sekali seperti taknak balik hostel sudah....dan mulalah kami tertanya2, kenapalah tidak ambil sahaja hostel di sini..kan senanggggg.... :) selepas dah dapat tenaga, kami beli tiket tren ke Perth dengan rega yang sama. penat dan hanya mahu cepat-cepat sampai bilik... Dinner kami hanyalah megi dan aku ada extra sebab tapaw fish n chips ...

Monday, June 11, 2012

Western Australia


Semester Baru

Hari ini a.k.a esok [since sekang malam] akan bermula sesi persekolahan penggal kedua. Ah, macam baru aja cuti dan mood cuti pun still tak hilang lagi nie.. Anyway, i'll update blog nie about West Australia trip after this.. tapi kena tunggu mood rajin sampai sebabnya esok dah mula busy..huwaagghhh!!!