Tuesday, December 28, 2010

Penat...

Ngantok sebab semalam susah nak tido..dah tur kena bangun awal pagi nak berkejar ke ipoh..adeh!! sangat ngantok tapi nak tido cam maleh pulok!! guanno??ngadap ler pc nieh yerr...

Friday, December 24, 2010

Perjalanan Haji 2

Sambungan dari Perjalanan Haji. Bagi yang membuat umrah, para jemaah mesti berniat haji sebelum memulakan perjalanan menuju ke Padang Arafah. Mereka boleh berniat di hotel sahaja dan tidak perlu ke Tanaim atau Ja'ranah. Sebab tu, mereka yang membuat selain dari haji Ifrad dikenakan dam. Dam bererti denda. Kenapa dorang kena dam? Sebabnya mereka tidak berniat di miqat. Dam akan dibayar kepada pihak tabung haji sebanyak RM 300 [lebih kurang begitu] dan pihak tabung haji yang akan menguruskan hal-hal seterusnya.

Pada 8 Zulhijjah, selepas Zohor, kami telah bersiap-siap untuk menuju ke Padang Arafah bagi berwukuf pada 9 Zulhijjah. Para jemaah dinasihatkan membawa beg kecil 5 kg sahaja untuk ke sana. Segala keperluan yang penting sahaja perlu dibawa dan yang selainnya boleh tinggal di bilik hotel. Perjalanan mengambil  masa agak lama. Bukan sahaja di atas jalan raya tetapi bermula dari hotel lagi. Hotel mempunyai empat buah lif namun amat sukar untuk menampung pengguna yang ramai dalam masa yang terhad. Sabar sahaja menunggu dan akhirnya kami tiba di bawah. Setibanya di bawah, kami masih perlu menunggu bas yang akan menghantar kami ke Arafah. 



Di atas merupakan jarak perjalanan yang perlu di tempuhi oleh jemaah haji. Setibanya di Arafah, kami di bahagikan mengikut KT dan Maktab. Sebuah khemah menempatkan 10 orang jemaah. Ok, kat sini aku nak mention janganlah mengharapkan keselesaan. Sebabnya, diperbuat dari kain sahaja. Sebuah khemah pun tidaklah besar mana hanya cukup-cukup untuk tidur tegak tapi kaki kena bengkok. Cuaca di Arafah amat panas. Jadi, bersedialah mental dan fizikal sebaik mungkin. 



 suasana dan keadaan di Padang Arafah


Di Arafah, aktiviti yang dilakukan adalah solat sunat, membaca quran, berzikir dan berdoa. Malam tu, aku tak boleh tidur. Memang tak selesa dan aku pun demam sebab time tengah hari tu aku mandi. [Aduh! manalah aku taw yang kita tak boleh mandi pada waktu panas rembang tu. Jadik, kat sini aku nak bagi tips; janganlah korang mandi pada waktu siang hari walaupun time tu toilet kosong ^^. Cuaca sana lain berbanding Malaysia nie]


dalam khemah di Padang Arafah


Pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari - waktu zohor, khutbah dibacakan. Khemah-khemah di buka bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar secara berjemaah. Selepas selesai, masing-masing membuat urusan sendiri. Digalakkan banyak berdoa kerana antara tempat yang makbul doanya adalah di Padang Arafah. 


 mengutip batu di Muzdalifah

 tidur berbumbungkan langit terbuka dihiasi bulan dan bintang yang cantik

  keadaan selepas jemaah meninggalkan bumi Muzdalifah

 
Pada waktu malam selepas Maghrib, jemaah telah dibawa sedikit demi sedikit meninggalkan bumi Arafah untuk menuju ke Muzdalifah mengikut KT dan Maktab. Turn KT 95 sudah semestinya yang akhir. Tiba di Muzdalifah, kami diturunkan dan dikehendaki duduh di kawasan lapang. Kat sini, aktivitinya adalah bermalam di Muzdalifah sambil mengutip batu. Selepas solat subuh, kami meninggalkan bumi Muzdalifah menuju ke Mina. [Sesungguhnya, kami telah mengikut sunnah Rasul kerana meninggalkan Muzdalifah selesai solat Subuh secara berjemaah]

 
 lautan manusia menuju ke Mina

 khemah-khemah di Mina

 
Perjalanan ke Mina agak lama. Walaupun jarak dekat tapi disebabkan kesesakan oleh lautan manusia jadi, jemaah yang menaiki bas akan mengambil masa lebih lama berbanding jemaah yang berjalan kaki. Di Mina, kita akan bermalam di sana untuk melontar Jamrah. Tiba di Mina waktu Zohor. Para jemaah negara lain sudah melontar Jamrah Qubra. Bagi kami jemaah Malaysia di nasihatkan melontar pada waktu malam kerana waktu siang keadaan agak sesak. Walaupun begitu, ada juga jemaah yang telah pergi sendiri. Ini terpulang kepada individu.

perjalanan ke Jamrah


Jamrah [ini dah hari kedua selepas tahalul awal]


Pada malam hari selepas solat Maghrib dan Isyak, kami berkumpul di hadapan khemah Maktab untuk dibawa melontar oleh petugas tabung haji. Perjalanan agak jauh dengan berjalan kaki. Jarak dari khemah ke tempat melontar hampir 3km yang akan menempuhi sebuah terowong. Setibanya di Jamrah Qubra, kami terus melontar 7 biji batu dan bergunting. Alhamdulillah, selesai sudah kami dari pantang-larang haji yang 10 namun lagi 3 masih ada. Masa nie rasa seronok yahamat.. Sebab apa? Sebab kita dah boleh mandi dengan selesa dan memakai wangi-wangian. Nak tarik rambut pun sampai meletup pun dah tak kisah kalau rambut gugur ..^^ Yang lelaki pula, sudah boleh memakai pakaian berjahit.

Selama 3 malam di Mina. Hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan hari kami melontar. Bagi yang hendak balik awal mereka boleh buat Nafar Awal. Ini bagi yang berkeperluan khas atau bagi yang kurang selesa tinggal lama-lama di Mina juga ada yang membuat Nafar Awal. Kami of course Nafar Thani sebab kami balik pada semula ke Mekah pada 13 Zulhijjah selepas melontar subuh. 

 tawaf haji untuk menyelesaikan ibadah


Semua jemaah akan menyelesaikan haji selepas balik ke Mekah untuk melakukan tawaf haji dan saie haji. Tapi bagi jemaah yang melakukan Ifrad dan telah melakukan saie haji hanya perlu melakukan tawaf haji sahaja. Selesai sahaja tawaf mengelilingi 7 pusingan kaabah, maka telah selesai haji.

 toilet masjid haram

tempat ambil wuduk

[kat atas nie adalah toilet kat masjid haram. jangan risau sebab memang banyak toilet+shower dan tempat wuduk pun banyak. Jemaah-jemaah yang datang secara backpacking memang tak payah risau tempat untuk mendapatkan sumber air]


Inilah, perjalanan haji yang akan ditempuhi oleh semua jemaah. Selepas selesai melakukan ibadah haji, kita boleh menunaikan umrah mengikut keupayaan diri masing-masing. Lepas haji, barulah boleh jalan-jalan sambil cuci mata dan membeli barang. Favourite siang malam ialah makan aiskerim. Sedapppp dan sesapa datang Mekah jangan lupa cuba aiskrim 3 layer.. nyummm nyummm!

 kedai favorite

aiskrim kedai nie sedap kalo dibanding kat kedai lain

[selesai haji, habis satu masjid dan kawasan sekitar aku tawaf. Best bila dapat makan nasi ngan kambing kat kaki lima sambil melihat orang lalu lalang. Kat Malaysia berani ke buat camtu?]

Thursday, December 23, 2010

Perjalanan Haji









Menara Jam di Kota Makkah



















Perjalanan Haji bermula dari Kelana Jaya pada 7 November 2010 [also my best-day]. Para jemaah kena berkumpul di Kelana Jaya untuk proses imigresen dan sedikit sebanyak  diberi taklimat sebelum berangkat. Kemudian, ramai-ramai akan naik bas yang akan membawa semua tetamu Allah ke KLIA, Sepang dengan escort polis.
taklimat di Kelana Jaya


Wah, sangat best perasaan masa nie tapi sebak pun ada jugak. Dalam bas sunyi dari suara manusia sebab masing-masing kusyuk mendengar alunan b acaan Al-Quran yang dipasang pada radio bas. Setibanya di KLIA, semua jemaah, dikehendaki masuk ke ruang menunggu untuk boarding. Perjalanan mengambil masa selama 9 jam++.  Para jemaah akan berniat di Qarn Al-Manazil sebab terus masuk ke Mekah. Kita perlu alert di mana lokasi untuk niat tetapi pilot juga turut membantu dengan mengumumkan apabila telah tiba di kawasan miqat. So, janganlah kita tidur sampai tak dengar announcement yang dibuat.

 
 ruang menunggu - airport Jeddah

 
Tiba di Mekah, waktu subuh dah pun masuk. Kami still atas flight tunggu turn nak keluar ke terminal. Kenapa still waiting? Sebab terminal penuh dengan jemaah-jemaah negara lain. Untuk ke terminal, para jemaah perlu menaiki shuttle ke sana. Sampai terminal, masing-masing berkejar nak ke toilet untuk amek wuduk. Aduh! Toilet memang tak memuaskan. Sudahlah begitu, ramai pulak orang queue. Masa nie kesabaran dah diuji. Wat biasa jer lah, tunggu turn dan masuk toilet buat tak nampak apa-apa kat dalam tu untuk melepaskan hajat kita.
pintu gerbang masuk ke kota Mekah


Proses imigresen sangat lama. Rasanya hampir 2 jam menunggu. Daripada berdiri, terus bukak tikar dan duduk kat situ. Time scan barang yang dibawa, beg aku kena geledah sebab dorang nampak mp4 aku. Nasib lah beg aku banyak zip and lastly dorang tak jumpa kat mana. Huh! Masa tuh dah cuak and berdoa harap lepas.


 laluan terowong

laluan melalui deretan kedai

[gambar di atas adalah dua laluan yang digunakan oleh kami untuk ke masjid hari-hari. jarak perjalanan adalah 750m. selalunya time subuh lalu kat terowong sebab dekat sikit berbanding lalu depan deretan kedai. cuma time balik of course lalu depan kedai.sambil-sambil tu boleh menjamu mata dan menjamu selera ^^]

Settle semua, kami berkumpul di satu kawasan menuggu mengikut nombor bas yang diberi. Bas aku nombor 2. Atas bas, kami diberi sarapan iaitu Nasi Mandey Ayam. Perghhh, memang best lah..sedapppp… Memang perut pun tengah lapar. Makan atas bas jer, so pepandai lah makan dalam keadaan tak stabil. Dalam bas masing-masing melayan perasaan sambil bertalbiah. 

 






[kawasan sekitar apartment hotel tempat kami tinggal di Burj Al- Salah - view dari roof top dan front hotel]















Sampai di Mekah, kami di hantar terus dihadapan apartment hotel. Semua jemaah akan tinggal di bilik yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Bilik nie jenis asing-asing lelaki dan perempuan. Setiap floor ada kitchen untuk memasak.


tawaf mengelilingi kaabah

 tempat saie umrah atau haji


 Bagi hari pertama, pihak mutawif akan membawa semua jemaah untuk menunaikan umrah atau bagi yang berniat haji, boleh tawaf selamat dating dan saie haji. Kami dibawa melalui terowong untuk ke masjid haram. Agak jauh perjalanan dan berdebu. Sampai di masjid, masing-masing terus masuk untuk buat tawaf. Memang ramai orang tapi setiap orang akan ada ruang untuk menyelesaikan Ibadah.. Selesai tawaf terus buat saie haji. Syukur, semua dipermudahkan.


Tips; untuk memudahkan berjumpa selepas buat ibadah, better tetapkan tempat untuk bertemu semula. Pilih petunjuk kekal dan bukan sementara. Contohnya, tunggu di pintu nombor 20. Sebabnya, bila dah masuk kat dalam, semua pintu dan tiang nampak sama dan bagi yang tak alert boleh menyebabkan sesat kat dalam masjid.

Wednesday, December 22, 2010

Back

~~Touchdown~~
19-12-2010