Thursday, March 15, 2012

Stress

Pressure
Stress
Bored to death
Sick

Wednesday, March 14, 2012

Bandar Lama Taiping

Boring-boring kat umah so, update blog nie pun okay jugak kan. Aku orang Tepeng tapi hampehhh... bukan expert pun hal-hal kat Tepeng and tempat-tempat yang menarik kat sini.. Even Maxwell Hill pun aku tak pernah sampai puncak. Heh, ini kisahnya bila parents berjanji ngan anak-anak. See, sampai sekang pun aku still ingat janji dorang nak bawak pi Maxwell Hill. Last year berkesempatan lah aku membawa kawan pi Maxwell Hill sebab Land Rover dah takder tiket so, menapak jer nak naik but hanya suku jer kut..sebab dah letih..

Apa lagi yer yang best kat sini. Haaa, makanan yang glamer is Mee Udang kat Kuala Sepetang. Aku dah merasa makan Mee Udang Mak Jah. Okay la kan and rega pun boleh tahan sebab aku pilih udang yang beso. Better than Mee Udang Haji Salleh yang kitorang pernah makan dulu. Kecewa ngan Mee Udang Haji Salleh sebab sudahlah tumis bawang sampai hangit then, jual mahal pulak ngan kitorang. Maybe masa tuh gaya cam orang luar mencari makan. Dengan DSLR tergantung, bergambar sakan dengan mee udang. At last charge harga KL..huh!


Mee Udang Mak Jah Special


Another is, Muzium Matang. Memang tak taw lah dulu ada muzium nie but one day parents pernah bawak. Time nie sekolah menengah kot so, still ingat. Second time pergi masa balik dari mencari makan kat Kuala Sepetang. Yang bestnya, muzium nie tak ramai orang pun yang melawat. Mungkin sebab kedudukan yang jauh dari pekan Taiping. Unless, korang nak ke Kuala Sepetang so, akan nampak Muzium Matang di selekoh jalan belah kiri. 

Owh, one more tarikan pelancong is Taiping Mangrove. Ini pun kebetulan pergi ke Kuala Sepetang masa first time mencari makan mee udang. On the way nak balik ternampak signboard Paya Bakau. Apo laie, belok ke kiri and masuk ajer.. Lagipun free jer entrance. Baik masuk jer and tengok sendiri apa yang ada kat sana. Wah! menghijau hutan paya bakau. Sapa minat natural memang sesuai la lepak kat sini. Sambil tuh boleh tenangkan fikiran.

roti lutut sebelum menjadi biskut lutut

 biskut lutut

roti benggali

oven traditional (made from bata)


Lagi yang menariknya is Kilang Roti. Kilang nie terletak berhampiran Simpang Empat Simpang. Terletak di bahagian kanan jalan jika kita dari Kuala Sepetang. Ini pun first time sampai jugak. Kilang Roti nie perniagaan keluarga. Pemiliknya mamak. Nak kata banyak roti pun tak jugak. Yang ada roti buku or orang panggil Roti Benggali. Selain tu ada roti lutut. Taw cam na nak jadik keras?? Dorang bakar dua kali roti tuh di dalam oven. Sebab tu menjadi keras. Aku lebih suka roti lutut.. Lembut and sedap bila sekali bakar.. Lagi best dapat cicah kopi o panas. Perghhhh!!! terbaikkk...

Last but not least, cendol mamak kat Tepeng. Yang nie memang faveret kitorang adik beradik kalo balik Tepeng. Sedap sehhh...kecik-kecik dulu parents aku suka beli bila dorang balik dari kebun. Rupanya arwah tok suka makan cendol nie.. Patut lah turun kat kami.. Keturunan rupanya..hahahaha.....Tapi aku suka cendol pulut,,,nyum nyumm nyaman~

Chill in KL

A week school holiday.
Spent my time in KL since last Saturday.
No activities here.
Jusco on Sunday and Monday
Tuesday fetched my relatives from umra at KLIA
Wednesday watched Bunohan Muvi at Mines

What else??
Thinking of spending time in Malacca
But no chance --'

Monday, February 27, 2012

Sunday, February 26, 2012

Spaghetti

Brunch hari Ahad. 
Spaghetti

Bahan-bahan:
1. bawang besar+bawang putih [tumbuk]
2. daging cincang
3.chicken-ball / meatball
4.sosej
5.sos spaghetti kimball
6.sos cili
7.garam



 goreng cikenball+sosej [new style]

 cikenball+sosej yang dah masak

 tumis bawang putih+besar

 masukkan daging cincang+sikit air 
tutup dan biarkan empuk 
[kalo taknak goreng cikenball/sosej, boleh jer masukkan time nie sekali]

 
 masukkan sos spaghetti+sos cili+garam

 masukkan cikenball+sosej goreng

 rebus spaghetti sehingga lembut

siap dihidang
nyumm

Tuesday, February 21, 2012

Midnite~

There are things that we don't want to happen but have to accept, 
Things we don't want to know but have to learn, 
And people we can't live without but have to let go.

Monday, February 20, 2012

Into The Wild

This movie very inspiring me to travel. 
Based on true story.
Yes, i love travel.

Sunday, February 19, 2012

Nasi Putih+Udang Goreng

Menu tengah hari
Simple tapi kalo tak rajin memang tak boleh buat :)

Bahan-bahan:
1. empat ekor udang
2. serbuk kunyit
3. garam
4.bawang besar
 
 gaulkan udang ngan serbuk kunyit+garam

 goreng dalam kuali
then taruh bawang besar bila dah nak masak

 tadaa..dah siap

 nasik putih jer??
so, gaul ngan kicap jer kasik perasa :)
akhirnya: kenyang juga ~

Saturday, February 18, 2012

Minggu Mengecewakan

Hujung minggu yang mengecewakan kerana trip aku ke Krabi terpaksa di-cancel-kan kerana cuti aku tak approve. Still have plan to go there one day by land. Hopefully all my dreams will come true. One more pengajaran yang aku dapat, kalo aku nak apply cuti for trip janganlah aku tulus-suci-murni-jujur bagitau tujuan aku. For sure banyak karenah yang aku kena follow. >_<

Sabar sahaja~

Sunday, February 12, 2012

Keropok Lekor

 
Lapaq weih malam-malam nie. Ujung minggu kat Ipoh of course makan tak tentu. Dok godek-godek makanan last-last terjumpa kopok lekor yang dikirim kat member aritu. Taruh dalam freezer and keras membeku. Aku pun rendam dalam air and boiled. Sekali dah lembut, nak potong pun serupa mau hancur. Rasa ikan pun dah takder..kenapa ekkk? Takde feel makan kopok leko yang nie... Huwaaa, yang first stock dulu ok jer aku rasa. Or ini bahana lepas simpan dalam freeze ataupun aku rebus? Ada lagi tiga batang dalam freezer tuh. Next time kalo nak makan kena letak luar kasik lembut. Try and error la kan...

Sumber: Wiki

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.