Saturday, December 1, 2007

Enchanted



~~enchanted poster~~

Enchanted merupakan fairy tales terbitan Walt Disney yang aku baru jer usha siang tadi.. menceritakan tentang seorang gadis dari negara Andalasia (fantasy) dihalau ke satu tempat yang tidak ada kebahagiaan oleh ibu tiri Putera Edward, Narissa coz tak nak Giselle berkahwin and merampas takhta.... Then, Giselle yang dihalau tiba ke sebuah negara aneh iaitu New York. Segalanya amat asing baginya dan dia diselamatkan oleh Robert Philips, seorang peguam yang bersama anak perempuannya ketika meminta pertolongan di hadapan billboard castle....


~~when Giselle arrived at New York~~


Sedikit kekecohan berlaku apabila Nancy, tunang Robert terlihat kemesraan antara Giselle dan Robert namun segalanya kembali reda apabila Giselle berusaha memulihkannya. Hubungan Robert dan Giselle menjadi semakin rapat apabila mereka tinggal bersama kerana Giselle yakin kekasihnya Putera Edward akan menyelamatkannya dan membawanya pulang ke Andalasia.

~~d moment before Nancy catch them~~

Pelbagai kisah menarik dapat disaksikan dalam cerita Enchanted. Plot cerita yang tak meleret memang buat aku asyik menonton sampai lupa nak makan corn.... hehe...Lakonan Amy Adams memang menjadi sebab aku dapat tengok character kartun padanya.....

~~she made her own dress wif curtain~~


Sesuai dengan cerita dongeng lain yang akan menemui pengakhiran yang indah dan bahagia selamanya. Pada sapa- sapa yang belom tengok, cepat² ler tengok sebab memamng berbaloi dan tak bosan langsung..... Aku pun dok rasa nak tengok lagi nih... best sangat sangat a.k.a best gilosssss...... ^_^


~~who's her true lurve??~~


Note: visit dis link enchanted - disney pictures. Highly recommend to all of you guys!!!

No comments: