Showing posts with label Travelling. Show all posts
Showing posts with label Travelling. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Madame Tussauds Bangkok

Hello, live from Bangkok after watching football match Malaysia vs Thailand at Supachalasai stadium. Bukan nak citer pasal menang atau kalah bola malam tadi tapi pasal Madame Tussauds Bangkok ni.

Madame Tussauds Bangkok terletak kat dalam shopping mall iaitu Siam Discovery bersebelah dengan Siam Tower. Senang jer nak ke sini and kitorang dapat harga tiket early bird THB400. Kiranya harga pengenalan sebab tempat nie baru bukak kot. Kitorang yang dok jauh dari Bangkok City Suite, naik bas number 79 kat bus stop Uruphong dengan rega THB11. Bas nie akan stop kat perhentian Siam Center. Dari sini, boleh jalan kaki beberapa meter sahaja ke Madame Tussauds yang letak dekat Exit 1 kalo dari BTS Siam Station.

Operation hours start pukul 10.00am so, kami yang sampai jam 9.30am nie lepak-lepak kat luar sementara menunggu bukak. Masuk jer dalam mall, tuju ke tingkat 6. Masuk dalam wajiblah posing ngan patung-patung wax yang ada. Takder bergambar ngan sume patung kot sebab kawan-kawan pun tak cukup tangan nak bergambar dan menangkap gambar. Segala jenis kamera nak ada gambaq so, jenuh la kot. Ngan kamera henpon, dslr dan jugak compact kamera.

Kat dalam nie ada jugak part-part yang kita kena guna kamera diorang before boleh tangkap gambar guna kamera kita. Contohnya dengan Barrack Obama, Johnny Depp and Jackie Chan tapi dorang tak paksa pun soh beli. Apa pun gumbira juga hati coz dapat jejak Madame Tussauds Bangkok.
Habis pusing, before kuar leh menghabiskan duit untuk shopping souvenir dulu. Kalo nak pusing-pusing mall pun okeh jugak tapi sumer barang-barang branded lah.. Ini jer kot yang boleh bagi review pasal Madame Tussauds nie.

Saturday, December 1, 2012

Bandung ~ Paris Van Java

Hai, aku baru jer balik dari Kota Bandung. Ini merupakan kali kedua merayap ke sana dan ini jugak merupakan trip yang tidak mengesankan dihati. 

Antara faktornya aku rasa begini:
1. Bajet shopping sangat ciput ~ kerana Bandung adalah syurga shopping
2. Kali kedua sampai dan semua tempat dah sampai ~ i wish to visit Kawah Putih
3. Trip rombongan cik kiah ~ seramai 1 bas dan masing-masing ada kepala sendiri
4. Kepala rombongan pun acuh tak acuh jer dengan ahli rombongan

Kami bergerak malam dari KL and this is costing actually sebab kita kena check-in hotel for whole day juz to tido time arrival itu. 

Esoknya untuk hari pertama kami menghabiskan masa di Pasar Baru seharian membeli barang-barang. Aku as usual tak banyak pon shopping since kain-kain sulam dah tak bape nak berkenan but mebi if i had enuff money i'll buy kain meter untuk baju kurung. But no regret here coz whatever i wanted memang dapat beli pun. Targetnya adalah membeli tudung sulam sebab time kat Jakarta hari tuh amat susah nak cari tudung sulam di kepala. Another thing i bought was border lace [kena tipu lah sebab mahal], kain batik untuk match ngan baju sulam sedia ada and brooch untuk wat hiasan di kerudung ^^ .Sampai pukul empat kat situ but still tak bergerak naik bas eventho the tour operator kata kumpul kul 4 petang. Lama tunggu orang dan this is the thing yang paling benci! Sudahlah nak menyoping pun dalam group. Buang masa sebab kena tunggu orang lain membeli..pfffff..Continue ke Cibaduyut pulak untuk sopping barangan kulit. Aku langsung tak membeli sebab takder yang menarik hati. After abes about 2 hours kat sini, kitorang gerak gi makan di restoran masakan padang. So-so saja masakannya tapi aku makan abes lah sebab lapaq. Selesai sume terus balik Hotel Asoka di Jalan Lengkong.

Day kedua, kami pergi melawat ke Tangkuban Prahu. Okey, kali nie disebabkan rombongan bas jadi kami kena transit untuk naik van ke atas. Maklumlah, bas yang besar tuh mana leh naik sampai puncak. This is new experience since masa first dulu aku terus naik atas dengan pak supir. Keadaan kat atas sama saja. Anyway, maybe kalo next time pergi ke Tangkuban Prahu nie, aku nak complete jalan sampai ke Kawah Upas. Kawah Upas nie terletak di sebalik Kawah Ratu iaitu di seberang sana. Nak jalan agak jauh juga tapi okey sajork but aku sorang jer yang nak berjalan ke sana berfikir-fikir jugak tentang security. So, juz skip lah menengok sendiri kawah beracun tuh. Selepas makan, kami ke Toko Tiga untuk membeli barangan jeans. Kat sini sempat perhabis duit beli selai jeans and HRC t-shirt. Tempat nie lah habis dwit paling banyak. ^^ Time petang dah hujan so, nak pergi tempat lain pun tak boleh so skip saja ke FO and direct dinner and balik hotel.

Day three, menghabiskan dwit di FO's yang berlambak-lambak di Kota Bandung. At first kami ke Pasar Baru sebab ada yang nak membeli lagi barang-barang yang dorang nak sebab ini hari terakhir lontar wang. Second ke Jalan Dago. Sana ada banyak FO tapi jarak antara satu FO agak jauh so, juz masuk Grande FO sebab bas parking situ. Tambahan pula cuaca nak hujan so, tak gerak kemana-mana dah. Then, continue keJalan Riau. Kat sini FO's terletak sebelah-sebelah gak macam kat Jalan Dago tapi kat sini lebih meriah. Kat sini leh carik tas tangan, kasut and baju also. Tapi agak kecewa sebab tak ke Chihampelas [tempat banyak jual t-shirt murah-murah]. Cuaca hujan time petang so, skip terus and balik hotel. Time malam, kuar pi mart dekat hotel and terus membeli makan kat warung depan hotel. Sedap wooo makan kat gerai depa. Tips nak tau gerai makan depa sedap is tengok sama ada gerai tuh ramai locals or tak. If ramai, the gerai pasti sedap dan harganya murah. Ini kata-kata pak driver bas kami.

Day four, check out hotel and terus ke airport. Say bye to Kota Bandung :)

Wednesday, October 3, 2012

Kota Jakarta

Holla! Dah berminggu pun balik dari Kota Jakarta tapi aku still tak apdet pun pasal kembara kali ini. Entah, tak tahu nak mula dari mana sebab trip kali ini lebih kepada shopping. DSLR pun aku tak angkut ke sana. Well, juz nak share pengalaman di sana sahaja. Aku ke sana berdua dengan Aya, naik Jetstar Airways. Sebelum pergi pun memang dah menduga diri sebab kalut-kalut.. tambah pulak trip gamble without any preparation :) Go with the flow kekdahnye.

 ~Tiba di Terminal 3~

 ~Demonstrasi membantah filem hina nabi~

Sampai di Terminal Tiga Airport, tanya information kaunter cemana nak ke Jalan Jaksa since sana banyak hostel. So, kami amek bas sahaja dengan tambang RP20,000 seorang. Lebih kurang 45 minit sahaja ke Stasiun Gambir. Sampai sana, kami naik bajaj dengan harga RP20,000/ bajaj ke Jalan Jaksa. Stasiun Gambir nie stesen ketapi so, kalo nak ke Bandung leh naik ketapi kat sini.

 ~Jalan Jaksa at nite~

Sampai Jalan Jaksa, kami makan dulu kat KL Village. Lepas santap, pusing-pusing meninjau kawasan sekeliling and mencari hostel murah. Lastly dok kat Memories Hostel jer. Murah jer RP90,000 dapat bilik ensuited bathroom tapi guna kipas ajer. :) Pikirkan semalam sahaja jadik, bersabarlah sebab memang plan nak merasa dok sini pun.
~Thamrin City~

Esok, kami check-out ke Thamrin City. Walk-in ke Amaris Hotel so, dapat bilik twin bed RP410,000/ nite.. perghhh, sangatlah berbeza rega untuk semalam dengan hostel Memories tuh. Tapi fikirkan walking distance ke shopping mall yang bersebelahan membuatkan kami kata okey jer :) Tambahan pula memang niat nak shopping pun. Sebab tu lah aku tak ke mana-mana even mulanya nak ke Monas tapi sumenya tak boleh nak ejas sebab masa shopping pun tak cukup.
~Segalanya ada dipasar~

 ~Kain sulam~

Shopping paling sakan kat Tanah Abang. Sebab kat sana ada jual kain ela, lace, telekung, baju siap etc. Kat Thamrin City jual baju-baju siap, telekung, tudung tapi takde kain ela. Sebab tuh la banyak masa kitorang abis kat Tanah Abang. Time ke Tanah Abang boleh jalan kaki tapi bila balik kena nek teksi. Teksi pulak kena selective la yer untuk dapat rega yang berpatutan. Of course amik Blue Bird. Dorang charge ikut meter dan murah. Time malam laks kitorang ke Plaza Indonesia, Plaza Ex ngan Grand Indonesia Mall. Tak beli apa pun sebab standard barang-barang branded. Yang dibeli pun cuma t-shirt HRC kat Plaza Ex. 

Selama 4 hari 3 malam kat sana, aktiviti kami sama jer..Ulang alik Thamrin City, Tanah Abang and malls yang berdekatan tuh. Tak puas wooo shopping :) Kat Thamrin City ada Hypermart so, aku shopping lotion citra as souvenir and torabika.

Anyway, tempat makan sifud paling best kat D'Cosa. Sangat sedap, cepat dan berbaloi-baloi. Lenkali kalo pi laie mesti makan kat sini laie. Tu pun mujoq la Aya dok ajak makan situ kalo dak aku pun tak tau yang makanan situ sedap :)

 ~Tanah Abang nun dihujung sana warna kuning hijau~

Hari last, kami sempat shopping last minit kat Tanah Abang. Then rushing ke epot naik teksi sebab takut macet since hari Isnin wajib macet yang luar jangka. Pukul 10.00am kami cek-out hotel and amek teksi Silver Bird. Total bayaran tambang+tol hampir RP100,000. Dalam hati, wahhh..mahalnya.. Actually kat Hostel Amaris nie ada airport shuttle. Tapi disebabkan keadaan yang kalut and takut sampai lambat jadik kami amik teksi. Apapun, belen duit sampai Malaysia ada lagi RP1,000,000 daripada RP5,400,000

Next time akan ke Jakarta lagi tapi akan pastikan explore tempat pulak and shopping tuh put aside [kononlah]. Kota Jakarta sama sahaja seperti di Kuala Lumpur sebab kita sama rumpun jadi perasaan sebagai foreigner tuh kurang :) Tapi, satu yang benarnya, orang kaya disini memang kaya dan yang miskin memang miskin. [Kat sini jugak lah aku dapat tengok keta Lamborghini, Ferrari and keta mewah parking kat depan Plaza Indonesia- bukan auto-show taw]. Macam dalam drama sinetron. Sebab tu lah, kalo dorang keje memang bersungguh-sungguh..

Sunday, July 1, 2012

Travel List

Before Travel List

1.    Valid Passport [> 6 months end date]
2.    Valid Visa
3.    Copy passport / visa
4.    Printed documents [accommodation/ transport booking/ contact persons etc]
5.    Printed itinerary/ interesting places/ prayer time
6.    Flight ticket [all-way]/ boarding pass
7.    Budgeted money + extras/ emergency cash
8.    Pen/ pencil/ marker pen
9.    Universal Adapter
10.    Padlock
11.    Sandal
12.    Toiletries [< 50ml each]
13.    Simple make up tools/ miniature perfume
14.     Medicines [paracetamol/ cough tablets/rehydration salt/ eno/ balm etc]
15.    Towel
16.    Wet/ dry tissues
17.    Torchlight
18.    Gadgets [camera/ handphone/ chargers etc]
19.    Suitable clothes [refer weather country to visit]
20.    Telekung/ prayer mat
21.    Plastic bags
22.    Energy bars [chocs]/ foods [refer country visit allowed foods to bring]

During Travel List

23.    Fill in entry visa form
24.    Visit country’s maps
25.    Sealed drinking water
26.    Enjoy foods/ attraction places/ sceneries/ peoples
27.    Buy souvenirs [FMs/ key-chains/ postcards]

After Travel List

28.    Fill in exit visa form
29.    Return ticket





~snowbutterflygreen.blogspot.com~

Sunday, June 17, 2012

West Australia Hari 7 ~ Perth

Morning Perth! Cuaca pagi ini hujan.. pagi-pagi dah hujan jadi kami merancang hendak ke Harbourtown sahaja. Hanya 2 stops dari hostel tapi kami telah salah ambil bas di bus stop seberang jadik kami berpusing-pusing dahulu sekitar Perth sebelum tiba di destinasi..haila!! namun, take positif sebab dengan cara ini sahaja kami dapat lihat Perth :)

Trip kami bukanlah hendah shopping tapi memang sudah tertulis yang hari akhir kami akan dihabiskan dengan shopping gamaknya.. Berpinau mata tengok sale merata-rata. Harbourtown nie ialah shopping mall 2 tingkat. Barang-barang yang dijual tidaklah new design namun pada aku okey sahaja sebab Malaysia bukannya ada 4 season. Masuk Adidas butik sahaja dah membelikkan bijik mata sebab harga murah.. Pusing-pusing satu mall dahulu, had lunch and memulakan tugas untuk menyedekahkan aud pada store-store terpilih. Memang dorang punya sale bukan macam kat Malaysia yang banyak auta. Harga dorang yang mana untuk clearance sudah murah di tambah lagi dengan diskaun yang diberikan lagi.. Kalo kita lah, yang mana untuk clearance sudah takder diskaun yang dikatakan sale itu..[haih!belit-belit ayat aku kan :)]

Anyway, masa kami habis sehari suntuk di sini sahaja. Banyak gak barang aku sambar.. tapi disebabkan masa perniagaan tutup pukul 5 petang sahaja jadik aku tak puas shopping.. :(  Dinner aku makan pizza sahaja dan balik semula ke hostel sebab kami akan naik shuttle ke airport malam tuh. Mujurlah sampai hostel kul 9.00 malam dan kebetulan nak tengok tiket shuttle. Tertera jam 9.30 malam kami kena naik connect dan syukur kami tidak terlepas sebab ingatkan pukul 11.30 malam.. Tiba di epot, rest jap and carik port nak tido. Naik second level and jumpa sebelah kedai free tax tuh..legaaa..

Dapat tempat, aku terus tido sementelah Aya pi pusing-pusing epot. Mandi dan tido kat epot memberi experince baru :) Esok pagi after check-in aku sempat sambar seketul jam tangan rega aud99.95.. :) Bye Perth!

West Australia Hari 6 ~ Perth

Morning peeps! Second time in Bunbury and in love here :) Check-out and shoot direct to Perth. Kami mest singgah untuk lihat trambolite di Lake Cliffton. Tapi sangat mudah perjalanan walaupun kami telah terlepas pada awalnya. Banyak hikmah yang berlaku dan pastinya apa yang kita terlepas akan kita perolehi lebih indah. On the way nak ke Bunbury dulu kami terlepas Mandurah dan Lake Cliffton iaitu trambolite. Tapi take it easy sebab akan cover the way back. Dan Alhamdulillah sebab kami cover time balik. Meh aku bagitaw, jalan nak ke trambolite nie kena lalu jalan lama Old Coast Road nak ke Mandurah. Jadik, perjalanan kami adalah sehala terus ke atas dan tak perlu berpatah balik masuk hiway.


Cuaca dah mula hujan renyai-renyai. Udara makin dingin dan mencecah sehingga 11 Celsius.. akhirnya tiba di Lake Cliffton. Hujan pun kami redah walaupun dah tahap menggigil. Sejukkkk... Teruskan perjalanan ke Perth dengan hujan renyai-renyai melalui Mandurah. Setibanya di Perth, hujan makin lebat. Kami check-in hostel di Globe Backpackers aud26 dalam dorm with 20 beds. Serabut tapi kuatkan hati yang kami hanya nak lepak untuk tidur sahaja. Letak beg dan kami terus hantar keta since dah agree kena pulang pukul 5.00 petang. Kami decide nak naik public sahaja walaupun masih ada 3 jam before return car sebab jalan dalam CBD bersimpang siur dan memeningkan. Had lunch kat riverside Perth.. Makan roti sahaja cicah sambal ikan bilis dan sardin. Yummy!! 


Tiada open area yang kami boleh pergi.. Kami merancang ke King's Park dan Bell Tower namun, tiada apa yang boleh kami buat sebab hujan. Jadik, kami menghabiskan masa jalan-jalan di Murray Street, Hays Street dan Wellington Street sahaja. Sempat membeli souvenir tambahan di kedai uncle berhadapan Murray Street Bus Stop.. Had dinner kat Kedai Makan Indonesia. Then, kami hantar Kak Jah balik dengan teksi kat teksi stand depan hostel sahaja.. Lepas selesai semua, aku and Aya balik bilik nak kemas-kemas barang dan tido.

West Australia Hari 5 ~ Margarate River ~ Bunbury

Morning Augusta! no more masak-masak hari ini. Member makan porridge and aku ngap roti yang ada kat kitchen. Lunch nanti kami just nak makan roti sahaja cicah dengan ayam masak merah sama yoghourt.Disebabkan kami bertiga dah sepakat taknak turun ke Albany, jadik kami aku teruskan perjalanan ke atas semula. Sebenarnya, kalau turun ke Albany pun masih sempat bagi aku dan Aya walaupun tight tapi kami terpaksa rushing sebab flight Kak Jah pada 7 Jun. Namun, kami berfikir yang percutian haruslah menyeronokkan. Kami tak nak just touch and go sahaja. Biarlah dapat explore sesuatu tempat puas-puas. Perjalanan pagi kami teruskan selepas sarapan. Check out dari hostel terus ke arah Cape Leeuwin untuk mengambil udara pagi di tepi laut. Kemudian, teruskan ke Jewel Cave. Setibanya di sana, kami tidak jadik explore cave sebab masa untuk explore sahaja mencecah sejam. Mungin kami bukan berjiwa gua jadik, teruskan perjalanan ke Margaret River untuk cover tempat-tempat yang tak dapat kami pergi.


First, kami ke winery farm dan dengan tidak sangka kami telah jumpa Patricia Negus seorang pelukis. Kami ditanya sama ada kami ke situ untuk wine atau art. Apa nak jawab? Kami lost?hehe tapi of course lah jawab untuk melihat pokok wine bukannya untuk taste. Kami dapat arah tuju ke sini pun sebab dah tersesat sebelumnya ke Rose Park iaitu rumah orang. Ingatkan open park tapi private property cuma owner tuh okey and layan jer kami dengan membawa melihat sekeliling rumahnya. Memang omputih style la garden dia. Seterusnya kami ke A'Maze. Masuk kena bayar aud18 sorang. Main maze sampai pening nak muntah..cuma kami berdegil tak nakkuar ikut emergency exit. Akhirnya berjaya jugak [dengan bantuan orang..hahahaha] Better than surrender kan :) Masing-masing dah muka lapaq jadik kami lunch kat parking keta jer... Sempoi abes lahh.. Masa pun dah agak lambat sebab kami habiskan masa yang lama kat winery farm tuh!


Kali nie kami akan menyinggah di nougat. Sambaq dua nougat sahaja then ke chocolate factory tapi tak beli apa pun cuma had choc drinks sahaja. better taste ori choc kat sana dari teringat-ingat bila balik sini kan... :) Masa pun dah pukul 4.30petang dan kami teruskan ke destinasi terakhir iaitu ke Cape Lavender. Tapi setibanya kami kat sana cape lavender telah tutup. Apapun, kami hanya bergambar sahaja dengan pokok lavender yang ada dan paw beberapa batang pokok lavender. :) Wangiiiii

Sume factory pun dah tutup, jadik kami terus sahaja perjalanan ke Bunbury. Cadangnya hendak bermalam di Mandurah tapi terlalu lewat untuk drive. Walaupun pukul 6 petang sahaja tapi keadaan dah gelap gelita. Check in Wander Inn jugak. Malam kami had a cone of homemade ice-cream and kebab...Alhamdulillah

West Australia Hari 4 ~ Augusta


 Morning Bunbury! Hari nie seperti biasa kami akan menyediakan lunch sendiri. Kat Wander Inn nie telah diberikan breakfast jadik kami ngap sahaja roti yang ada manakala lebihannya kami tapau sahaja. Selepas check-out, kami pusing-pusing bandar Bunbury. cam-whore sekejap di tepian pantai dan bersama lighthouse sebelum meneruskan perjalanan ke Augusta. 


On the way tuh kami singgah ke Busselton sebab nak ke Busselton Jetty. View chantek dan kami meniti jetty tersebut dengan harga aud2.50 seorang.. few pics there and i love oceans+blue skies....freezing sebab angin menderu+winter :) amat nyaman 

Sepanjang ke Augusta ada tempat-tempat yang boleh di singgah seperti winery farm, chocolate factory, nougat factory, fonti farm dan sebagainya. Dorang punya farm and factory nie boleh kita serbu terus untuk membeli produk-produk mereka ataupun melawat ladang yang terbentang luas. Masa kami pergi tuh, hanya sempat singgah di Fonti Farm sahaja. Aya and Kak Jah beli cheese tapi aku memang tak boleh blah dah sebab tersalah rasa cheese yang pure..Pehhh, bau lembu tuh... sekali, ada yoghourt kat situ..apo laie terus membeli lah aku yang 500g sahaja..

Suppose kami nak ke chocolate factory tapi segalanya terlepas. Kami stop di pekan Margaret River menuju ke tourist center untuk dapatkan maklumat.. memang sah kami telah terlepas segalanya. Apapun, perjalanan harus diteruskan. Kami pun tidak berasa ralat kerana plan asal kami untuk ke Albany telah dibatalkan. Jadi, tempat-tempat yang kami tak sempat cover ketika pergi akan kami cover time balik nanti. Namun, bagi yang akan meneruskan perjalanan anda ke Albany seharusnya merancang perjalanan dengan baik tanpa miss tempat-tempat yang harus pergi di Bussell Hiway kerana laluan balik dari Albany akan melalui jalan yang berbeza pula. TAPI, kalo korang nak lalu hiway yang sama pun takpe cuma pada aku better amek route berbeza sebab kita dapat explore laluan lain :) chill kan!


Kami decide terus shoot ke Augusta sebab Cape Leeuwin ada masa lawatan. Akhirnya, sampai juga di Cape Leeuwin. Drive dalam 45 minit sahaja dari pekan Margaret River tuh.. sangat dekat hoccay.. Kami tidak naik ke atas lighthouse tu sebab bayaran yang berbeza dikenakan. Jadi, kami bayar aud5 sahaja untuk ground tour.. Lunch nasi beriyani ayam kat atas rumput depan southern ocean..sambil tengok whale berenang-renang. Cantik, aman, nyaman dah segar! Jatuh chenta dengan Aussie :)

Jam 4.30 petang kami keluar dari Cape Leeuwin. Menuju ke pekan Augusta mencari Baywatch Manor Augusta Hostel. Jumpa! check in dengan aud28 untuk 4 beds room. After cek-in, kami keluar nak carik makan tapi memang Augusta pekan mati. Tak happening semetelah penduduk-penduduk ramai yang keluar ke Margaret River sebab ada pesta Whale Song kat sana. Kedai pulak as usual tutup pukul 5 petang. Lastly, kami pun decide dinner kat hostel sahaja. Masak nasik putih dengan ayam masak merah. Kenyangggg..then, lepak-lepak kat living room sambil nengok tivi. Dah ngantuk masing-masing masuk tido. Akulah tido paling awal dengan tak mandinya tapi terjaga pukul 12 lebih then gi mandi :)

Saturday, June 16, 2012

West Australia Hari 3 ~ Lancelin ~ Bunbury

Morning Cerventes! As usual, after subuh kami akan ke kitchen sebab nak masak untuk lunch serta sarapan pagi. Menu kami untuk breakfast was maggie chicken porridge made by Kak Jah. Lunch kami nasi goreng sahaja.. kali nie kami masak nasik putih dan gorengkan dengan perencah adabi..

Check out dari hostel hampir pukul 9.15pagi.. destinasi kami ialah mencari Pinnacles dan dengan yakinnya kami ingatkan yang tempat kami pergi semalam adalah betul selepas melihat map yang ditunjukkan oleh owner hostel tuh. Kali nie kami turun sendiri untuk mencari Pinnacles di situ tetapi yang ada hanya laut sahaja. mujurlah ada kereta yang datang untuk fishing then kami pun tanya dan kata mereka bukan di sini. Decided nak ke depan lagi menuju ke arah Lancelin dan akhirnya kami lihat papan tanda Pinnacles Desert. Yeay!!!! akhirnya sampai... tix masuk ualah aud11/ car.. kami berpusing-pusing dengan kereta sahaja dan berhenti di siring jalan situ sahaja... indahnya ciptaan Allah.. Pinnacles terbentuk dari pasir gurun tersebut yang ditiup angin.. sejuk dan berangin... cuaca cerah dan kami sempat bergambar beberapa keping gambar kat situ..

Setelah puas menikmati Pinnacles, kami meneruskan perjalanan ke Lancelin pula. Di Lancelin, aktivitinya adalah bermain sandboarding.. Had lunch dengan lahapnya dan untuk menambah selera di akhir-akhir santapan baru teringat nak menambah lauk sardin....sedappp walaupun makan nasik goreng dalam plastik ajer . Dah kenyang, kami nak main sandboarding plak so, menyewa sekeping sandboard dengan harga aud10 untuk 2 jam di Lucky Seven... ah! sukarnya nak memanjat gurun pasir yang berangin sebab pasir-pasir masuk mata...adoi!!! datang sini kena prepare kelengkapan la as shades or paling best pakai goggles..hah..Bergambar jer lebih tapi main hanya sekali..bukan tak eksited tapi tak tahan mata sebab pasir... kalo kat sini pun boleh wat..carik mana-mana lombong pasir yang tinggi dengan board then luncurrrr....kan dah jadikk.. :)

Teuskan ke Bunbury mengambil masa yang lama hampir 5 jam. Check in hostel di Wander Inn dengan harga aud30 seorang...amek bilik 4 beds sahaja..Letak barang jer then kami kuar nak carik makan sambil pusing-pusing town. Cantik sangat town Bunbury..small town dengan great architecture.. oldies style lah.. Dinner kat Turkish Restaurant.. aku siap ngap 2 rolls kebab pulak tuh..adoyai!!

West Australia Hari 2 ~ Caversham ~ Cervantes

Morning Perth! dinginnya cuaca pagi nie.. Awal pagi kami bangun..After subuh, terus siap-siap ke dapur nak menyediakan makanan tengah hari nanti dan breakfast...masing-masing sarapan bubur nasi ajer and tapaw nasik goreng kampung cap brahim untuk lunch...

Destinasi pertama kami ialah ke Bayswater untuk amek keta sewa. Keta book awal-awal lagi thru tenet tapi kena secure kredit card..mujurlah Kak Jah ada cc. kami amek keta untuk 5 hari dengan dua orang registered driver..aku as second driver lah..so, total up kena bayar aud285 with aud300 sebagai deposit... GPS plaks Kak Jah dah bawak siap-siap so dah reduce cost kat situ... set GPS ke Caversham Wildlife Park...tapi awat sat sangat sampai..rupenye tersalah set ke Caversham Street..hahaha...re-set balik dan akhirnya kami tiba dengan selamatnya walaupun berpinau-pinau jugak mencarik jalan... Kami tiba lewat kat Caversham and animal show pun dah terlepas jam 11pagi.. so, kami had lunch dulu kat luar..makan sepeket nasik goreng kampung kongsi tiga..ah!tentu cepat habis dan berebut..hahaha..lapo weihh..

Selesai simple lunch, kami beli tiket nak masuk dalam... aud23 seorang dan kami pun membayar harga yang mahal sebab nak tengok koala dan kangaru. Bergambar sakan ngan kangaroo then, terus pi tengok Molly Show..tapi takut kami tiba lewat di Cervantes jadi decided rushing ke tempat koala pulak..kami tak explore habis dalam wildlife park tu..and nak kata regret pun tidak sebab most of us nie bukan animal lovers..but mission nak jumpa kangaroo and koala in real sudah tercapai..


Set GPS ke Cerventes luckily as we planned kitorang melalui jalan lama..perjalanan sedikit jauh walaupun ada hiway baru belah Indian Ocean, tapi kami mahu menikmati jalan yang berbeza sewaktu pergi dan balik sementelah laluan lama ke Cerventes boleh lihat Windmill Farm dari jarak dekat..Captured few pics there and continued journey..cadangnya nak ke Pinnacles Desert hari ini tapi kami telah kesesatan ke tempat lain walaupun telah tiba di Nambung Park... masing-masing cuak sebab takde sapa pun kat situ and sunyi sepi..suasana pun dah nak malam so, kami terus ke hostel nak cek-in..Hostel kami ialah Cerventes Lodge audd30 sorang...esok-esok pun boleh carik Pinnacles nie sebab takkan hilang :)


 
Lepas check-in, kami keluar nak pergi beach and carik makan. Perghhh...indahnya suasana kat beach di waktu senja... ada beberapa orang yang fishing n barbeque kat situ..Dinner kami kat stesen minyak di Cerventes sahaja.. aku makan Fish Burger...

West Australia Hari 1 ~ Freemantle


Wow..wiee... macam tak percaya jer sebab aku dah tiba kat Perth, Australia. Departure time 11.55pm dan kami bertiga, all ladies akan memulakan pengembaraan sendiri. First time jejak kaki kat negara omputih rasa berdebar dan sangat terujaaaa.. :) Sebelum tibanya kami kat Perth International Airport, kami telah landed kat Military Airport..Location: out of no-where sebab cuaca amat buruk dan lepas berlegar-legar di udara hampir sejam lebih, kami pun rasa puas sebab akhirnya dah mendarat TAPI, kenapa padang pasir aja disekeliling? nah!! takder flight lain kecuali AAX yang telah diberi kebenaran mendarat sebab nak isi minyak akibat lama sangat berlegar...Hampir 9.45am barulah dapat pengumuman yang penerbangan akan diteruskan ke Perth..phewww, perjalanan yang mengambil masa 5 jam telah menjadi 10 jam...dan disebabkan hal-hal tak dijangka ini juga kami tidak sempat explore Perth City kaw-kaw...

Kami ambil cab dari epot ke Brittania Hostel dengan rega aud39..nak kawtim pun tak boleh sebab dorang memang pakai meter and range rega memang cenggitu jer..hostel aku dah book awal-awal sebab senang nak cek-in dan taw tempat yang nak dituju. sorang kena bayar aud29 sebab ktorang amek bilik 4 beds... ahh, leganya sebab dapat mandi and baring jappp jer..pehtu, terus gerak ke Freemantle. 

Gi Freemantle naik train kat stesen perth.. amek line 2 dengan rega aud3.80.. perjalanan lama gaks sebab Freemantle last station.. suasana Freemantle amattt nyaman..dengan cuaca dingin and angin lebih dari sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami tambah laparr...Ikut iternery kena makan Fish and Chips kan Cicerellos..menu boleh tahan mahal tapi inilah yang mesti dicuba..ktorang amek yang bajet jer dengan memilih ikan frozen..kalo fresh fish mau mahal laie..kepala aku dah pening-pening sebab lambat makan...kacau mood berjalan woo kalo sakit...so, hirup hot coffee la nak kasik lega...

Dah kenyang, aku siap tapaw lebihan makanan tuh sebab banyak weih..then kami ke E-Shed untuk menyopping survenier... haih, hari pertama terus shopping???aha, korang jangan tataw yang E-Shed nie hanya bukak dari hari Jumaat hingga Ahad jam 9pagi sampai 5 petang sahaja..jadi, kami hanya ada beberapa jam sahaja nak mencari barang kat sana sebelun tutup..pusing-pusing kat dalam tuh and jumpa satu kedai souvenir yang agak  murah...rupenya owner nie Chinese Singapore and boleh cakap melayu  plak..daripada tak eksited nak memborong terus aku memborong sebab tak sure tempat lain boleh dapat compatible price camnie.. lastly, membayar aud 45 kat situ sahaja..keluar-keluar kedai, habis kedai lain dah tutup...sebab jam dah menunjukkan 5.30petang...mujurlah uncle tu sabar layan kami...hehe..

Rehat jap kat luar E-Shed sambil menikmati pemandangan senja sambil ditiup angin laut...ah!aman dan nyaman sekali seperti taknak balik hostel sudah....dan mulalah kami tertanya2, kenapalah tidak ambil sahaja hostel di sini..kan senanggggg.... :) selepas dah dapat tenaga, kami beli tiket tren ke Perth dengan rega yang sama. penat dan hanya mahu cepat-cepat sampai bilik... Dinner kami hanyalah megi dan aku ada extra sebab tapaw fish n chips ...

Tuesday, May 15, 2012

Kuching, Sarawak Day 3

Last day kat Sarawak. Hari paling banyak berrrrrrrjalan dan aku mula menyesal sebab hanya berselipar sahaja ke Kuching. Selalunya kalo trip-trip gini aku pakai kasut and selipar juz backup ajer tapi nie fully weih...Kaki sakit toksah kata lah. First program pi bekfast of course kat Warong Nusantara. Tried roti canai and memang sodap.. :)

Dah kenyang terus ekspedisi ker cruise. Nasib sampai timing cun iaitu pukul 10am.. Cruise tradisional charge RM19/hr.. Best lah sebab boleh makan angin Sungai Sarawak.^^ but maybe kitorang kerugian jugak sebab cruise just about 1/2hr jer..yang lagi setengah jam menghabiskan kat umah orang yang wat Kek Sarawak tapi satu pun tak beli :( sebab design tak lawa+rasa pun biasa jer..

 ~cruising~


Abes cruising, kitorang gi melawat semua muzium kat Kuching..hah, banyak weih and pada aku best jugak sebab muzium punya lokasi dekat-dekat. and dorang ada pelbagai muzium. So, berbaloi untuk masuk melihat sume tapppiii, sebab aku pakai selipar cap bata jer, tapak kaki aku mula haus..phewww, lepas nie memang kena pakai kakut la weih...


~here i am, Kuching~


Settle lawatan muzium, kami amek bot tambang 50 sen jer nak ke seberang membeli kek lapis Dayang Salhah dan Mira.. sambar 2 ketul each tempat dengan tebaloi 3 kotak. Rushing back to hotel nak packing all those things before transfer ke airport jam 3.30pm. Lunch kat epot jer, makan Marry Brown... flite delay setengah jam so, boarding jam 6.00pm. Sampai Tanah Melayu jam 8.00pm and as usual, Ijai fetched me :)

Hope i'll repeat Kuching sebab banyak lagi yang tak explore or should i say repeat Sarawak!

Kuching, Sarawak Day 2

Dah day 2 kat Sarawak and hari nie fully naik kereta sewa sebab nak gi Serikin. Amek keta dengan Baydott RM 250/ car+driver. So, seawal pagi pukul 7.15am dah terpacak kat lobi hotel tunggu keta sambil check FB :) Terus gerak pergi bekfast kat Kedai Coffee. Tempat nie femes gak and makanan pun sedap. Since dah ada kat Sarawak, of course aku pilih Mee Kolok.. nyummy, sedap...actually macam Mee Sup tapi guna Mee Kolok lah..nak cuba banyak makanan pun tak boleh sebab semangkuk mee kolok pun dah kenyang yahamattttt....

 ~Mee Kolok~

 
 ~kawalan askar~

 ~Es Pop, skali kat sini pun ader lahh tapi Torabika sedap weihh~


Dah kenyang, kitorang terus pergi ke Pasar Serikin. kat sini kena pi awal sebab kalo lambat nanti panas. Maklumlah, Serikin nie lebih dari garisan Khatulistiwa so, cuaca dah tak sama macam bawah Khatulistiwa.. Aku pun curious gak sebab tak taw langsung kat Serikin nie ada apa. Sampai jer sana, barulah terbayang dek mata. Keadaan lebih kurang macam kat sempadan Siam la... Kat sini mana nak mai siamnya so, of course lah Indon. Peniaga-peniaga kat sini sume indon yang datang meniaga kat sini. Murah-murah jugak reganya tapi aku takde lah perasaan nak shopping sakan macam makcik-makcik yang suke soping :)

  
 ~dinosaur~


 ~tasik biru~

 ~bandar Kuching~

 Ada telekung, kain sulam, baju-baju and paling best music instruments. Teruja aku sebab seketul gitar kapok yang besar tuh dapat RM40 jer..aduhai!! menggoda jiwa tapi aku tak beli sebab risau tak lepas nak bawak naik atas [backpack and takmo amek baggage ^^]..jalan-jalan laie and jumpa ukulele tapi tak bape nak gemo sebab guna tali tangsi jer..murah weihh, RM25  jer aku dapat tapi tak amik. Peliknya boleh pulak aku amek hat mahal :) gitar kecik dengan rega RM48 selepas menawar kaw-kaw...berpeluh jugak la nak tawar... Spent 2 jam jer kat Serikin sebab masing-masing tak berkenan ngan pakaian sebab Kashaz baru balik Jakarta and not interested into it. Aku pulak takmo dah kain sulam sebab dah borong ber-lai-lai kat Bandung dulu.

 
 
~ performance kat SCV~



On the way balik tu banyak lah menyinggah. Singgah tempat replika dinosaur, melawat Fairy Cave and amazingly aku panjat naik ^^.. Then, pi Wind Cave tapi under renovation. Sebab nak ke SCV kena masuk bandar Kuching so, kitorang berpeluang melawat Muzium Kuching. Settle semua terus pi Sarawak Cultural Village and had lunch kat Damai til 3.00pm.. After that baru masuk SCV tapi hado jah sebab refer schedule dorang akan close rumah-rumah tradisi tuh kul 3.30pm sebab nak prepare untuk show..Hadoiiii, salah timing la kitorang..driver plak tak mention pun ada limit time kat situ.. SCV nie ada 2 session iaitu pagi dan petang. Kalo petang, masa lawatan mula pukul 2.00pm til 3.30pm untuk lawatan sekitar SCV and 3.45pm masa untuk SCV Show.. Jam 5.00pm kitorang kuar dari SCV after last round kat sekitar. Then, amek angin petang kat depan SCV iaitu Damai. Settle sume, terus balik ke hotel sebab masa kitorang start dari 7.30am - 7.30pm.

Malam, spent masa ngan Misz Nur and friend. Kali nie dinner kat Kedai Raja Ayam Penyet and thanks to them sebab belanja kitorang dinner.. Balik bilik pack barang sebab sok nak cek-out awal :)

Kuching, Sarawak Day 1

Dah seminggu lebih balik dari Kuching. Backpack trip berdua jer kali nie. Spent 3 days 2 nites kat 360xpress Hotel. Kenapa amek hotel nie, sebab ada airport shuttle and murah pulak sekali trip just RM3 jer. Flite aku lambat 2 jam dari Kashaz so, janji jumpa kat sana saja. All dah di-arrange oleh partner so, aku just bawak diri and dwit ajer..hehe.. And best part, dapat jumpa forum member kat Sarawak.

Bertolak direct dari Ipoh amek Star Shuttle ke LCCT jam 9.30am, RM 42 tiket sehala. Terlalu awal tapi itu sahaja choice yang ada sebab another trip akan melewatkan aku terlepas flite. Sampai LCCT punyalah awal, pukul 1.30pm...Adoyai, bosan giler menanti tapi sempat mengenyangkan perut kat food court and lepak kat surau sampai nak cek-in.

Touchdown kat Kuching pukul 6.10pm.. no luggage and easy for me to gerak bebas sebab bawak satu backpack and bag camera..Lepas immi check passport, terus kuar carik shuttle and juz me alone..Wah! VIP tuh, nek sorang-sorang..hehe



Sampai hotel, kena tunggu Kashaz sampai sebab dia pi round-round kat Waterfront sambil layan basking. Greet each other after not seeing each other since our last trip Cambodia. Masuk hotel lepak-lepak jap and contact Misz Nur nak ajak kuar makan. Well, great to have member there even that was our first meeting. Decided nak makan kat Topspot. Aku memang tak study langsung pasal Kuching nie sebab aku dah serah tugas studi itu kat my partner+ada local member. Makan seafood tapi hado jah..Mebi pasal salah pilih kedai but i tried umai..sedapppp and u know what, Misz Nur and her friend said that juz 3 out of 10...hahaha...how can ma..ini macam kena datang lagi Kuching semata-mata nak makan umai sedap lahh... owh, kat situ jugak ader try makanan local yang femes tapi aku lupa lah namanya. [macam paku pakis gtew]



Lepak till drop and balik bila kedai dah nak tutup la. Then, pusing-pusing bandar Kuching tengok panorama malam.

Saturday, February 11, 2012

Ziarah Madinah

 


~bukit kecil tempat standby tentera memanah~ 
 




















 ~saudagar kurma di sekitar Jabal Uhud~




Tiba-tiba teringat nak jot down my past experience kat Madinah.. All these photos taken when i was there on 2010. As all know, when someone doing umra or hajj, they will go to Madinah to visit beloved prophet Muhammad [pbuh]. Muslims also intend to visit the prophet's mosque as we were told that a prayer there is better than a thousand prayers in other mosques except for Al-Masjid al-Haram. The Messenger of Allah peace be upon him said: Journeys are only set out for three mosques, Masjid Haram, my mosque and Masjid Aqsa.

Ini berdasarkan hadis nabi yang lebih kurang begini maksudnya: Sesiapa yang melakukan umrah dan haji tetapi tidak menziarahiku maka mereka adalah orang yang sombong. Kenapa nabi cakap camtu? Ini pun refer pada hadis nie Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menziarahi makamku pasti dia mendapat shafaat-ku.


Madinah lebih leisure than Makkah sebab waktu solat kat Madinah sama seperti tempat lain iaitu mempunyai waktu haram. Jadi, solat-solat sunat yang boleh dilakukan kat Madinah tertakluk kepada waktu-waktu yang boleh solat sunat. Kalo kat Mekah kita boleh solat sunat after subuh and after asar but here back to normal. Even visiting time in Raudhah juga terhad to women but not for men because Raudhah open all time for men.


Where to visit in Madinah? Of course number one is Masjid Nabawi where Muhammad's grave is there. Perform solat in prophet masjid 1000 times deeds than solat in other masjid except Masjid Haram. Visit Muhammad grave and say salam to Him and sahabat as well as Baqi' graveyard.


This we can call in-house ziarah because the location juz in and around Masjid Nabawi. For outside visit, normally we'll go to Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud and dates baazar. One more, refer to hadith, who perform solat in Masjid Quba will get reward as perform umra.






Saturday, February 4, 2012

Cambodia Trip - Hari 5

Last day in Cambodia. Check out at 8am. Took tuk tuk to Royal palace, National Museum, Temple and S-21. Last place was, Central Market. After had lunch at D'Nyonya USD4.50 I spent USD14 for last minute grab :) Reached airport at 2.30pm and paid USD30/ 2 tuk tuk :) Bye Cambodia!

Friday, February 3, 2012

Cambodia Trip - Hari 4

Okay, hari nie kami gerak lambat sikit dari biasa. Jam 8.15am baru gerak dari hostel menaiki van ke Phnom Pehn. Perjalanan mengambil masa 5jam sahaja berbanding masa kami datang dulu. Seat amat selesa sebab kami naik van dan laluan yang dibawa juga berbeza dari masa datang. Apapun, amek yang positif sahaja sebab kita dapat melihat Kemboja dari banyak sudut. Setibanya di PP, after check in hotel di Angkor International Hotel, terus amek tuk-tuk untuk mengisi perut. Makan di D'Nyonya, depan dengan Central Market USD3.50 untuk lunch dan USD4.80 dinner. Tuk tuk dibayar USD5/person untuk half day. After lunch, kami ke Killing Field untuk melihat tinggalan sejarah kekejaman Pol Pot.

Kemudian, kami ke Russian Market tapi kedai banyak tutup. Owh, kami salah timing lagi sebab CNY dan waktu pun hampir 4.15pm :) Tapi, kalo bukan time cuti perayaan pun, kedai-kedai di PP nie akan tutup operasi tepat jam 5petang. Jadi, rancang awal-awal ke mana hendak tabur duit anda. Walaupun begitu, aku sambar juga cotton silk [silk campuran] USD46/ 3 pasang. Sebab sume kedai tutup, decided had dinner and back to hotel.

~~Some tips: make sure change USD100 or USD50 to small amount. Hard for them to accept big notes coz they dun wanna take risk to get fake money. [talk from my experience :(]

Thursday, February 2, 2012

Cambodia Trip - Hari 3

Hari ini dah hari ketiga kami di bumi Kemboja. Habukk menjadi teman sejati menyapa hidung sebab debu-debu jalan merah berterbangan. Sebab tuh kena sediakan face mask jika hendak meliburkan diri di sini. Walaupun begitu aku tak bawak barang sekeping pun tapi mujurlah Kashaz dengan baik hati kasik kat aku sekeping. Even though begitu, boleh jugak tutup hidung and mulut hasil lilitan shawl [macam purdah sudah].

~entry ticket~

~young girl trying to find some bucks with her snake~

~on top at one of restaurant~

Anyway, hari nie wake up pukul 6.30am dan gerak ke Tonle Sap yang membawa maksud Fresh Water Lake jam 7.30am. Tiket masuk USD10. Kami menikmati tasik tersebut around 1 jam 45 minit sahaja. Pada aku tiadalah apa yang cantik sebab masa kami tiba adalah masa yang agak tidak sesuai gtew..suppose kita pergi sama ada hendak tengok sunset atau sunrise..tapi memang menginsafkan lah sepanjang perjalanan menyusuri tasik tersebut. Penduduk situ tinggal dalam rumah yang dibina atas air. Kehidupan sangat daif dan sekolah yang dibina di situ adalah untuk membantu anak-anak pelarian Vietnam yang tinggal di sekitar.

Seterusnya, kami meneruskan plan ke Artisan Silk Farm. Gerak jam 11am dari Tonle Sap, perjalanan mengambil masa sejam. Tempat nie kira tempat wajib pelancong yang datang dengan agensi sebab ini adalah tempat government. Walaupun kami datang sendiri tapi tidak menjadi kesalahan kalo nak tengok-tengok. Yang pasti harganya memang mencanak. TAPI aku sambar jugak seketul brooch sutera berbentuk bunga USD6.. Beberapa kalo dok belek-belek dan akhirnya membuat keputusan hendak menyambar sahaja. Bimbang jika sudah menjejakkan kaki di Malaysia aku menjadi kepingin sangat pada brooch itu :) 

~wedding scene at Cultural Village~


Selesai sumenyer, terus ke Restoran Haji Musa untuk santapan tengah hari. Each kami bayar USD4 sahaja dan sangat berbaloi.. Owh, on the way tuh, kami singgah kat kedai yang jual kopi. After Salim bargain ngan tokei tuh, dapatlah USD3 bagi 500g kopi. Aku sambar 1kg with USD6. Lepas dah ader energy, kami terus ke Cultural Village dengan bayaran USD11. Best sangat sebab tak miss satu show pun kat situ. Habis sume aktiviti kat situ, we had our dinner at the same restaurant with same price. Good foods with good price. It's worth to try here :)

By the way, kami menghabiskan masa menjamu mata dan membuang duit di Night Market sampai longlai.

Wednesday, February 1, 2012

Cambodia Trip - Hari 2, Temple Tour


~Angkor Wat~


 ~Ukiran dinding~


 ~Steps in Angkor~


~Bayon Temple~



 ~dinding pertahanan~


 ~Elephant Terrace~


 ~Pokok in Ta Phrom~


 ~paintings~


~2USD for a shawl~



~our menu with daging naik bukit~


Second day in Cambodia kitorang wat tour ke Angkor Wat..amik 1 day visit dengan USD20/pax... kat sini amat sesuai pada orang-orang yang berjiwa senibina dan sejarah. Here kitorang spent masa half day kat and supposed more tapi because one of our friends injured akibat terseliuh kaki time kat Bayon Temple.. Gerak dari guess house pukul 5.00am sebab nak tengok sunrise kat Angkor Wat.

Sampai awal and keadaan gelap lagi... beli tiket memang kena ada tuan punya badan sebab dorang akan tangkap gambar kita pada entry pass tu nanti. Ini hanyalah rules untuk foreigner manakala Cambodian sendiri masuk ke temple-temple nie sume free..

Spent masa kat Angkor Wat dari 5.30am sampai ke 8.00am.. Menurut Salim, driver tuk-tuk kami, ini adalah temple yang terbesar.. So, kami pun me-round kat dalam ni se-round jer sambil berklik-klik sakan..Sampai kat tuk-tuk kitorang bekfes biskut and roti yang di bawa jer..Actually ada jer gerai kat dalam nie tapi hi-cost. Kami yang bajet terhad nie memang bawak makanan ringan jer untuk kasik tenaga. Then, continue ke Bayon Temple melalui South Gate.. ingatkan jarak antara satu temple ke temple lain dekat and boleh menapak tapi jauh seh!..so, better korang yang nak masuk sini hire tuk-tuk untuk bawak korang dalam Angkor nie... dorang akan tunggu kita melawat and antar ke temple-temple lain kat sini.. suke atilah lama mana pun korang nak menghayatinya.. Bayon temple nie memang kepala buddha jer yang jadik trade-mark. Kat sini la member kami terseliuh sebab banyak lubang and laluan batu-batu nie tak rata..

Dah relief sket, continue ke Elephant Terrace. Suppose ke sini dari area depan tapi decided nak usha dari luar jer but then, Salim stopped kat gerai untuk beli air..Kitorang pun took time to explore there sebab dekat seberang jalan kecik jer..Continue ke Takeo Temple tapi telah ditutup kepada umum sebab 6 orang dah mati kat sini. Laluan tangga yang kecik menyebabkan dorang boleh tergelincir lalu terjatuh so, snap dari jauh jer.

Pergi ke Ta Phrom Temple tempat shooting Tomb Rider..Temple nie memang terkenal ngan akar-akar pokok besar yang boleh tumbuh kat celah-celah batu. Posing-posing kat sini sebab agak rare nengok akar besar-besar. Disebabkan Lara Croft pernah gaduh kat sini, abes berkecai batu-batu kat temple nie sampai kena renovate balik..^^


Lastly, ke Kdei Stray yang agak sunyi dan aman. Tourist pun tak berapa ramai sangat so, kalo nak sakan beraksi boleh aja. Tapi perut masing-masing dah lapar, we decided nak makan kat Haji Musa Restaurant. Ramai yang suggest tempat nie okay and murah berbanding tempat lain. Lepas try, memang berbaloi sebab USD4/pax selepas melantak sampai kenyang. Menu kitorang nasi putih, daging lembu naik bukit, kangkung goreng, sup ayam and air teh... Puas hati sebab nasi, air dan daging ditop-up bila abis... berbaloi-baloi~

Sebelah kedai nie ada masjid so, boleh la wat qasar jamak kat sini before next tour. Pukul 2.00pm continue ke Angkor Artisan. Kat sini tengok cemana dorang wat ukiran-ukiran patung kat dinding dan batu.. Ada jugak yang dorang wat ukiran untuk restoration temple.

Selesai all the tours, we decided nak melabur kat Night Market yang bersebelahan ngan guest house. Tapau dinner kat KFC and then Salim hantar kitorang balik. Malam tuh, shopping untuk first phase ^^... apapun memang happening shopping kat sini..Bargain kaw-kaw sampai dapat tapi all t-shirts here memang cost USD2 cuma kena pandai pilih jenis kain.. aku sempat jugak menyambar beberapa helai untuk aku termasuk shawl.. one more, better beli hammock kat sini sebab murah dan kualiti pun ok..aku kuciwa sebab tak beli and lastly sambar kat Phnom Pehn yang so-so jer dengan harga USD5 for 2 sama ngan Siem Reap = ='

Sunday, January 29, 2012

Cambodia Trip ~ Hari 1

Bonjour... Hello peeps! i'm here to update my cobweb-blog :) Back home from Cambodia Trip [backpacking style]...aha, after experienced backpack style and tour agent style, i prefer backpack coz i can spend more time at a place we visit without rushing.. spent 5 days 4 nights at Cambodia was a great moment with new buddies.

Starting my journey on 20th January 2012 at 1.00am from Ipoh to LCCT using Star Shuttle located at Bercham...Ticket RM42/pax..first time try naik bus direct ke LCCT and i found it easy dari stop at KL.. arrived around 5.15am and met my travel buddies at Mc D.. had breakfast before boarding... delayed to 7.45am coz heavy rain.. took 1 hr 45 mins.. sunny weather at Phnom Penh... 

 ~raining~
~we arrived!~

 ~on the way to bus station~

Went to bus station by tuk tuk..charged USD7/ tuk tuk..we hired 2 tuk tuk for 6 of us..here, we got cheated by the riders coz they brought us to so called kampung-station bus :) Naik bus Paramount fees USD10/pax..took longggg time to reach Siem Reap.. almost 7 hours and the road totally worst! BUT i can see true Cambodian along the way! [suppose take a bus at town near Central Square not here]

~kampung-bus station~


~bus ticket [i'm a foreigner ^^]

 ~along to Siem Reap~


At Siem Reap we hired tuk tuk with Salim for 3 days USD48/tuk tuk so, they already waited to fetch us at bus station.. Bus station looks like workshop -.- Sunny, hot and dusty... make sure bring face mask here to cover ur nose and mouth..dorang bawak terus ke guest house Bun Seda USD60/room for 3 nites....best location becoz near to Night Market!! good to throw ur money ^^ after a nite spent there, one of our buddy kena bed-bug.. spoiled and request to change another room.... yang tak tahan sebab kena bau asap colok dorang..huh!

 ~3 pax/room~

That nite, Salim bawak dinner kat D'Halal Restaurant.. Standard makan nasi goreng USD5/plate excluded government tax :( After full, back to Bun Seda to recharge for next day activities...

~nasi goreng khmer~
 
~i spotted best place to throw money ^^~


Note: i'm a budget traveller so, all amount calculated ^^