Sunday, June 17, 2012

West Australia Hari 7 ~ Perth

Morning Perth! Cuaca pagi ini hujan.. pagi-pagi dah hujan jadi kami merancang hendak ke Harbourtown sahaja. Hanya 2 stops dari hostel tapi kami telah salah ambil bas di bus stop seberang jadik kami berpusing-pusing dahulu sekitar Perth sebelum tiba di destinasi..haila!! namun, take positif sebab dengan cara ini sahaja kami dapat lihat Perth :)

Trip kami bukanlah hendah shopping tapi memang sudah tertulis yang hari akhir kami akan dihabiskan dengan shopping gamaknya.. Berpinau mata tengok sale merata-rata. Harbourtown nie ialah shopping mall 2 tingkat. Barang-barang yang dijual tidaklah new design namun pada aku okey sahaja sebab Malaysia bukannya ada 4 season. Masuk Adidas butik sahaja dah membelikkan bijik mata sebab harga murah.. Pusing-pusing satu mall dahulu, had lunch and memulakan tugas untuk menyedekahkan aud pada store-store terpilih. Memang dorang punya sale bukan macam kat Malaysia yang banyak auta. Harga dorang yang mana untuk clearance sudah murah di tambah lagi dengan diskaun yang diberikan lagi.. Kalo kita lah, yang mana untuk clearance sudah takder diskaun yang dikatakan sale itu..[haih!belit-belit ayat aku kan :)]

Anyway, masa kami habis sehari suntuk di sini sahaja. Banyak gak barang aku sambar.. tapi disebabkan masa perniagaan tutup pukul 5 petang sahaja jadik aku tak puas shopping.. :(  Dinner aku makan pizza sahaja dan balik semula ke hostel sebab kami akan naik shuttle ke airport malam tuh. Mujurlah sampai hostel kul 9.00 malam dan kebetulan nak tengok tiket shuttle. Tertera jam 9.30 malam kami kena naik connect dan syukur kami tidak terlepas sebab ingatkan pukul 11.30 malam.. Tiba di epot, rest jap and carik port nak tido. Naik second level and jumpa sebelah kedai free tax tuh..legaaa..

Dapat tempat, aku terus tido sementelah Aya pi pusing-pusing epot. Mandi dan tido kat epot memberi experince baru :) Esok pagi after check-in aku sempat sambar seketul jam tangan rega aud99.95.. :) Bye Perth!

1 comment:

Unknown said...

Hi dear. Kat airport perth ada shower room ker? Coz perasan yg u cakap u mandi kat sana. Tq