Sunday, June 17, 2012

West Australia Hari 5 ~ Margarate River ~ Bunbury

Morning Augusta! no more masak-masak hari ini. Member makan porridge and aku ngap roti yang ada kat kitchen. Lunch nanti kami just nak makan roti sahaja cicah dengan ayam masak merah sama yoghourt.Disebabkan kami bertiga dah sepakat taknak turun ke Albany, jadik kami aku teruskan perjalanan ke atas semula. Sebenarnya, kalau turun ke Albany pun masih sempat bagi aku dan Aya walaupun tight tapi kami terpaksa rushing sebab flight Kak Jah pada 7 Jun. Namun, kami berfikir yang percutian haruslah menyeronokkan. Kami tak nak just touch and go sahaja. Biarlah dapat explore sesuatu tempat puas-puas. Perjalanan pagi kami teruskan selepas sarapan. Check out dari hostel terus ke arah Cape Leeuwin untuk mengambil udara pagi di tepi laut. Kemudian, teruskan ke Jewel Cave. Setibanya di sana, kami tidak jadik explore cave sebab masa untuk explore sahaja mencecah sejam. Mungin kami bukan berjiwa gua jadik, teruskan perjalanan ke Margaret River untuk cover tempat-tempat yang tak dapat kami pergi.


First, kami ke winery farm dan dengan tidak sangka kami telah jumpa Patricia Negus seorang pelukis. Kami ditanya sama ada kami ke situ untuk wine atau art. Apa nak jawab? Kami lost?hehe tapi of course lah jawab untuk melihat pokok wine bukannya untuk taste. Kami dapat arah tuju ke sini pun sebab dah tersesat sebelumnya ke Rose Park iaitu rumah orang. Ingatkan open park tapi private property cuma owner tuh okey and layan jer kami dengan membawa melihat sekeliling rumahnya. Memang omputih style la garden dia. Seterusnya kami ke A'Maze. Masuk kena bayar aud18 sorang. Main maze sampai pening nak muntah..cuma kami berdegil tak nakkuar ikut emergency exit. Akhirnya berjaya jugak [dengan bantuan orang..hahahaha] Better than surrender kan :) Masing-masing dah muka lapaq jadik kami lunch kat parking keta jer... Sempoi abes lahh.. Masa pun dah agak lambat sebab kami habiskan masa yang lama kat winery farm tuh!


Kali nie kami akan menyinggah di nougat. Sambaq dua nougat sahaja then ke chocolate factory tapi tak beli apa pun cuma had choc drinks sahaja. better taste ori choc kat sana dari teringat-ingat bila balik sini kan... :) Masa pun dah pukul 4.30petang dan kami teruskan ke destinasi terakhir iaitu ke Cape Lavender. Tapi setibanya kami kat sana cape lavender telah tutup. Apapun, kami hanya bergambar sahaja dengan pokok lavender yang ada dan paw beberapa batang pokok lavender. :) Wangiiiii

Sume factory pun dah tutup, jadik kami terus sahaja perjalanan ke Bunbury. Cadangnya hendak bermalam di Mandurah tapi terlalu lewat untuk drive. Walaupun pukul 6 petang sahaja tapi keadaan dah gelap gelita. Check in Wander Inn jugak. Malam kami had a cone of homemade ice-cream and kebab...Alhamdulillah

No comments: