~Angkor Wat~
~Ukiran dinding~
~Steps in Angkor~
~Bayon Temple~
~dinding pertahanan~
~Elephant Terrace~
~Pokok in Ta Phrom~
~paintings~
~2USD for a shawl~
~our menu with daging naik bukit~
Second day in Cambodia kitorang wat tour ke Angkor Wat..amik 1 day visit dengan USD20/pax... kat sini amat sesuai pada orang-orang yang berjiwa senibina dan sejarah. Here kitorang spent masa half day kat and supposed more tapi because one of our friends injured akibat terseliuh kaki time kat Bayon Temple.. Gerak dari guess house pukul 5.00am sebab nak tengok sunrise kat Angkor Wat.
Sampai awal and keadaan gelap lagi... beli tiket memang kena ada tuan punya badan sebab dorang akan tangkap gambar kita pada entry pass tu nanti. Ini hanyalah rules untuk foreigner manakala Cambodian sendiri masuk ke temple-temple nie sume free..
Spent masa kat Angkor Wat dari 5.30am sampai ke 8.00am.. Menurut Salim, driver tuk-tuk kami, ini adalah temple yang terbesar.. So, kami pun me-round kat dalam ni se-round jer sambil berklik-klik sakan..Sampai kat tuk-tuk kitorang bekfes biskut and roti yang di bawa jer..Actually ada jer gerai kat dalam nie tapi hi-cost. Kami yang bajet terhad nie memang bawak makanan ringan jer untuk kasik tenaga. Then, continue ke Bayon Temple melalui South Gate.. ingatkan jarak antara satu temple ke temple lain dekat and boleh menapak tapi jauh seh!..so, better korang yang nak masuk sini hire tuk-tuk untuk bawak korang dalam Angkor nie... dorang akan tunggu kita melawat and antar ke temple-temple lain kat sini.. suke atilah lama mana pun korang nak menghayatinya.. Bayon temple nie memang kepala buddha jer yang jadik trade-mark. Kat sini la member kami terseliuh sebab banyak lubang and laluan batu-batu nie tak rata..
Dah relief sket, continue ke Elephant Terrace. Suppose ke sini dari area depan tapi decided nak usha dari luar jer but then, Salim stopped kat gerai untuk beli air..Kitorang pun took time to explore there sebab dekat seberang jalan kecik jer..Continue ke Takeo Temple tapi telah ditutup kepada umum sebab 6 orang dah mati kat sini. Laluan tangga yang kecik menyebabkan dorang boleh tergelincir lalu terjatuh so, snap dari jauh jer.
Pergi ke Ta Phrom Temple tempat shooting Tomb Rider..Temple nie memang terkenal ngan akar-akar pokok besar yang boleh tumbuh kat celah-celah batu. Posing-posing kat sini sebab agak rare nengok akar besar-besar.
Lastly, ke Kdei Stray yang agak sunyi dan aman. Tourist pun tak berapa ramai sangat so, kalo nak sakan beraksi boleh aja. Tapi perut masing-masing dah lapar, we decided nak makan kat Haji Musa Restaurant. Ramai yang suggest tempat nie okay and murah berbanding tempat lain. Lepas try, memang berbaloi sebab USD4/pax selepas melantak sampai kenyang. Menu kitorang nasi putih, daging lembu naik bukit, kangkung goreng, sup ayam and air teh... Puas hati sebab nasi, air dan daging ditop-up bila abis... berbaloi-baloi~
Sebelah kedai nie ada masjid so, boleh la wat qasar jamak kat sini before next tour. Pukul 2.00pm continue ke Angkor Artisan. Kat sini tengok cemana dorang wat ukiran-ukiran patung kat dinding dan batu.. Ada jugak yang dorang wat ukiran untuk restoration temple.
Selesai all the tours, we decided nak melabur kat Night Market yang bersebelahan ngan guest house. Tapau dinner kat KFC and then Salim hantar kitorang balik. Malam tuh, shopping untuk first phase ^^... apapun memang happening shopping kat sini..Bargain kaw-kaw sampai dapat tapi all t-shirts here memang cost USD2 cuma kena pandai pilih jenis kain.. aku sempat jugak menyambar beberapa helai untuk aku termasuk shawl.. one more, better beli hammock kat sini sebab murah dan kualiti pun ok..aku kuciwa sebab tak beli and lastly sambar kat Phnom Pehn yang so-so jer dengan harga USD5 for 2 sama ngan Siem Reap = ='
No comments:
Post a Comment