Thursday, February 2, 2012

Cambodia Trip - Hari 3

Hari ini dah hari ketiga kami di bumi Kemboja. Habukk menjadi teman sejati menyapa hidung sebab debu-debu jalan merah berterbangan. Sebab tuh kena sediakan face mask jika hendak meliburkan diri di sini. Walaupun begitu aku tak bawak barang sekeping pun tapi mujurlah Kashaz dengan baik hati kasik kat aku sekeping. Even though begitu, boleh jugak tutup hidung and mulut hasil lilitan shawl [macam purdah sudah].

~entry ticket~

~young girl trying to find some bucks with her snake~

~on top at one of restaurant~

Anyway, hari nie wake up pukul 6.30am dan gerak ke Tonle Sap yang membawa maksud Fresh Water Lake jam 7.30am. Tiket masuk USD10. Kami menikmati tasik tersebut around 1 jam 45 minit sahaja. Pada aku tiadalah apa yang cantik sebab masa kami tiba adalah masa yang agak tidak sesuai gtew..suppose kita pergi sama ada hendak tengok sunset atau sunrise..tapi memang menginsafkan lah sepanjang perjalanan menyusuri tasik tersebut. Penduduk situ tinggal dalam rumah yang dibina atas air. Kehidupan sangat daif dan sekolah yang dibina di situ adalah untuk membantu anak-anak pelarian Vietnam yang tinggal di sekitar.

Seterusnya, kami meneruskan plan ke Artisan Silk Farm. Gerak jam 11am dari Tonle Sap, perjalanan mengambil masa sejam. Tempat nie kira tempat wajib pelancong yang datang dengan agensi sebab ini adalah tempat government. Walaupun kami datang sendiri tapi tidak menjadi kesalahan kalo nak tengok-tengok. Yang pasti harganya memang mencanak. TAPI aku sambar jugak seketul brooch sutera berbentuk bunga USD6.. Beberapa kalo dok belek-belek dan akhirnya membuat keputusan hendak menyambar sahaja. Bimbang jika sudah menjejakkan kaki di Malaysia aku menjadi kepingin sangat pada brooch itu :) 

~wedding scene at Cultural Village~


Selesai sumenyer, terus ke Restoran Haji Musa untuk santapan tengah hari. Each kami bayar USD4 sahaja dan sangat berbaloi.. Owh, on the way tuh, kami singgah kat kedai yang jual kopi. After Salim bargain ngan tokei tuh, dapatlah USD3 bagi 500g kopi. Aku sambar 1kg with USD6. Lepas dah ader energy, kami terus ke Cultural Village dengan bayaran USD11. Best sangat sebab tak miss satu show pun kat situ. Habis sume aktiviti kat situ, we had our dinner at the same restaurant with same price. Good foods with good price. It's worth to try here :)

By the way, kami menghabiskan masa menjamu mata dan membuang duit di Night Market sampai longlai.

No comments: