Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Inti Sardin

Ahaks, lately nie aku rajin laks update blog pasal masakan and makanan. Sebati sudah makanan dengan aku cuma bukan bab memasak. Cuma sekarang baru nak cuba-cuba memasak dengan simple resipi jer dulu. Pagi tadi breakfast dengan sandwich sardin. 

Bahan-bahan:
1. Sardin tin
2. Garam
3. Mayonis
4. Limau kasturi
5. Daun limau purut
6. Bawang besar
7. Cili padi

Cara memasak:
1. Tumis bwang besar dan cili yang telah dikisar. [ikut citarasa lah kalo nak pedas boleh taruh banyak cili]
2. Bila dah naik bau, masukkan setin sardin ke dalam periuk. 
3. Masukkan sedikit garam, air limau kasturi dan daun limau purut [untuk wangi]
4. Hancurkan sardin tadi. Padamkan api dan masukkan dalam bekas apabila telah masak.
5. Campurkan dengan mayonis [nak bagi umpphh, kalo tak bubuh pun takpe]
6. Siap untuk di makan. Nak cicah roti / sapu wat sandwich pun boleh :)

Note: Kalo takde limau kasturi dan daun limau purut pun takpe. Aku bubuh menda tuh sebab amik kat pokok depan umah jer :)

Monday, October 8, 2012

Puding Cocktail

Ini resepi puding cocktail yang aku buat semalam. Cumanya hasil puding yang dah siap takder gambar pulak.

Bahan-bahan:
1. Agar-agar kering
2. 1 tin cocktail
3. Air
3. Susu cair
4. Gula pasir

Cara memasak:
















1. Asingkan air cocktail.

2. Masukkan air cocktail+air+agar-agar kering. Masakkan sehingga agar-agar telah cair dan sebati.
3. Masukkan sedikit gula ikut citarasa.

4. Masukkan susu cair+cocktail ke dalam agar-agar tadi. Kacau bagi sebati dan terus padamkan api. [Kacau dalam 30 saat jer]
5. Tuang agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
6. Siap dan boleh makan




Dessert Sagu

Okey, kat sini nak share satu dessert yang dibuat daripada sagu. As usual, resepi nie dapat hasil 'ngap' kawan-kawan punya makanan. Dessert sagu nie sama cam makan cendol jer. Cuma tukar cendol kepada sagu dan santan kepada susu cair.

Bahan-bahan:
1. Sagu
2. Gula merah
3. Susu cair

Cara memasak:
~Air gula~



1. Masakkan gula merah dengan sedikit air. 
2. Kacau sampai gula cair










~Sagu~














1. Masakkan sagu dengan air.
2. Kacau sagu dan toskan dengan air sejuk.
3. Tapis sagu dan masak semula. Ulang langkah 1 dan 2 sampai sagu tuh jadik jernih dan tidak melekat.









Cara hidang:




1. Masukkan sagu, air gula merah, susu cair dan ais ketul.
2. Sedia untuk diminum.



Note~~ Sekali sekala ngadap dessert nie okey tapi kalo selalu memang lemak penuh perut :)

Nasi Goreng Ikan Bilis

Morning peeps. Hari nie aku sarapan nasi goreng ikan bilis. Planning nak makan sandwich ajer tapi ternampak periuk nasik so teringat yang nasi petang semalam ada lagi. Apa lagi, proses wat nasik goreng ajer.

Bahan-bahan
1. Nasi putih
2. Bawang besar
3. Cili padi
4. Garam
5. Minyak

Cara-cara
1. Tumis bawang and cili yang dah dihancurkan. Kacau sampai naik bau.
2. Masukkan ikan bilis. Goreng sampai kuning.
3. Masukkan sikit garam. Kacau bagi sebati.
4. Masukkan nasi. Goreng sampai masak la kan :)
5. Sebab aku suka telur jadik, wat telur mata kerbau makan ngan nasi goreng tadi. Sedap gak.

Sunday, February 26, 2012

Spaghetti

Brunch hari Ahad. 
Spaghetti

Bahan-bahan:
1. bawang besar+bawang putih [tumbuk]
2. daging cincang
3.chicken-ball / meatball
4.sosej
5.sos spaghetti kimball
6.sos cili
7.garam



 goreng cikenball+sosej [new style]

 cikenball+sosej yang dah masak

 tumis bawang putih+besar

 masukkan daging cincang+sikit air 
tutup dan biarkan empuk 
[kalo taknak goreng cikenball/sosej, boleh jer masukkan time nie sekali]

 
 masukkan sos spaghetti+sos cili+garam

 masukkan cikenball+sosej goreng

 rebus spaghetti sehingga lembut

siap dihidang
nyumm

Sunday, February 19, 2012

Nasi Putih+Udang Goreng

Menu tengah hari
Simple tapi kalo tak rajin memang tak boleh buat :)

Bahan-bahan:
1. empat ekor udang
2. serbuk kunyit
3. garam
4.bawang besar
 
 gaulkan udang ngan serbuk kunyit+garam

 goreng dalam kuali
then taruh bawang besar bila dah nak masak

 tadaa..dah siap

 nasik putih jer??
so, gaul ngan kicap jer kasik perasa :)
akhirnya: kenyang juga ~

Sunday, October 16, 2011

Biskut Buah Pinggang

Bahan-bahan:

1 ketul butter
½ cawan gula
1½ cawan tepung naik sendiri
½ cawan biskut merry (blend halus)
½ cawan cornflakes (blend halus)
½ cawan cornflakes (pecah-pecah untuk tabur di atas)
1½ cawan tepung jagung
1 biji kuning telur

Cara-cara:

1. Pukul butter+gula sampai sebati then masukkan kuning telur
2. Masukkan bahan-bahan lain [campak sumer beb]
3. Uli bagi jadi doh - tambah tepung naik sendiri+tepung jagung kalo lembik
4. Acu kuih - sapu putih telur + tabur cornflakes.....
5. Bakorrrrrr....jangan sampai hangusss...[180 ÂșC - 15 minit tapi oven aku stail lama jadiknyer guna kepekaan mata dan idung ajerrr ^^]





Dalam Oven









Dah Siap

Agar-agar

Ok, ini agar-agar yang aku buat masa potluck dessert aritu...so, sapa yang tak reti masak tur memang boleh try la sebab ini memang my very first attempt..any luckily ia menjadi dengan jayanya walaupun aku hanya menggunakan instinct untuk sebarang sukatan yang digunakan sepanjang sesi memasak dijalankan...resepi ni of course aku carik kat tenet tapi di olah sebab aku hanya menggunakan bahan-bahan yang ada kat umah sahaja...

Bahan-bahan
1. agar-agar kering
2. air
3. gula pasir
4. susu pekat
5. sirap
6. esen vanila


Cara-cara
1. aku masak air + susu pekat + sedikit gula + agar-agar + sedikit esen vanila sebagai perasa / pewangi....kacau lama gak la sampai lah agar-agar tur larut dalam air...
2. aku masukkan dalam bekas lain and boh dalam peti ais bagi keras..
3. dah keras, aku pun potong panjang-panjang and susun-susun..
4. aku ulang balik masak agar-agar cara first tu tapi kali ni aku masak air + susu pekat + sedikit gula + sirap.
5. bila dah siap masak, aku tuang dalam bekas yang dah ada agar-agar potong tuh and boh dalam peti ais untuk dikeraskan..
6. agar-agar dah keras and siap untuk di hidang serta di ngapppp.....