Saturday, June 16, 2012

West Australia Hari 3 ~ Lancelin ~ Bunbury

Morning Cerventes! As usual, after subuh kami akan ke kitchen sebab nak masak untuk lunch serta sarapan pagi. Menu kami untuk breakfast was maggie chicken porridge made by Kak Jah. Lunch kami nasi goreng sahaja.. kali nie kami masak nasik putih dan gorengkan dengan perencah adabi..

Check out dari hostel hampir pukul 9.15pagi.. destinasi kami ialah mencari Pinnacles dan dengan yakinnya kami ingatkan yang tempat kami pergi semalam adalah betul selepas melihat map yang ditunjukkan oleh owner hostel tuh. Kali nie kami turun sendiri untuk mencari Pinnacles di situ tetapi yang ada hanya laut sahaja. mujurlah ada kereta yang datang untuk fishing then kami pun tanya dan kata mereka bukan di sini. Decided nak ke depan lagi menuju ke arah Lancelin dan akhirnya kami lihat papan tanda Pinnacles Desert. Yeay!!!! akhirnya sampai... tix masuk ualah aud11/ car.. kami berpusing-pusing dengan kereta sahaja dan berhenti di siring jalan situ sahaja... indahnya ciptaan Allah.. Pinnacles terbentuk dari pasir gurun tersebut yang ditiup angin.. sejuk dan berangin... cuaca cerah dan kami sempat bergambar beberapa keping gambar kat situ..

Setelah puas menikmati Pinnacles, kami meneruskan perjalanan ke Lancelin pula. Di Lancelin, aktivitinya adalah bermain sandboarding.. Had lunch dengan lahapnya dan untuk menambah selera di akhir-akhir santapan baru teringat nak menambah lauk sardin....sedappp walaupun makan nasik goreng dalam plastik ajer . Dah kenyang, kami nak main sandboarding plak so, menyewa sekeping sandboard dengan harga aud10 untuk 2 jam di Lucky Seven... ah! sukarnya nak memanjat gurun pasir yang berangin sebab pasir-pasir masuk mata...adoi!!! datang sini kena prepare kelengkapan la as shades or paling best pakai goggles..hah..Bergambar jer lebih tapi main hanya sekali..bukan tak eksited tapi tak tahan mata sebab pasir... kalo kat sini pun boleh wat..carik mana-mana lombong pasir yang tinggi dengan board then luncurrrr....kan dah jadikk.. :)

Teuskan ke Bunbury mengambil masa yang lama hampir 5 jam. Check in hostel di Wander Inn dengan harga aud30 seorang...amek bilik 4 beds sahaja..Letak barang jer then kami kuar nak carik makan sambil pusing-pusing town. Cantik sangat town Bunbury..small town dengan great architecture.. oldies style lah.. Dinner kat Turkish Restaurant.. aku siap ngap 2 rolls kebab pulak tuh..adoyai!!

No comments: