Sunday, June 17, 2012

West Australia Hari 6 ~ Perth

Morning peeps! Second time in Bunbury and in love here :) Check-out and shoot direct to Perth. Kami mest singgah untuk lihat trambolite di Lake Cliffton. Tapi sangat mudah perjalanan walaupun kami telah terlepas pada awalnya. Banyak hikmah yang berlaku dan pastinya apa yang kita terlepas akan kita perolehi lebih indah. On the way nak ke Bunbury dulu kami terlepas Mandurah dan Lake Cliffton iaitu trambolite. Tapi take it easy sebab akan cover the way back. Dan Alhamdulillah sebab kami cover time balik. Meh aku bagitaw, jalan nak ke trambolite nie kena lalu jalan lama Old Coast Road nak ke Mandurah. Jadik, perjalanan kami adalah sehala terus ke atas dan tak perlu berpatah balik masuk hiway.


Cuaca dah mula hujan renyai-renyai. Udara makin dingin dan mencecah sehingga 11 Celsius.. akhirnya tiba di Lake Cliffton. Hujan pun kami redah walaupun dah tahap menggigil. Sejukkkk... Teruskan perjalanan ke Perth dengan hujan renyai-renyai melalui Mandurah. Setibanya di Perth, hujan makin lebat. Kami check-in hostel di Globe Backpackers aud26 dalam dorm with 20 beds. Serabut tapi kuatkan hati yang kami hanya nak lepak untuk tidur sahaja. Letak beg dan kami terus hantar keta since dah agree kena pulang pukul 5.00 petang. Kami decide nak naik public sahaja walaupun masih ada 3 jam before return car sebab jalan dalam CBD bersimpang siur dan memeningkan. Had lunch kat riverside Perth.. Makan roti sahaja cicah sambal ikan bilis dan sardin. Yummy!! 


Tiada open area yang kami boleh pergi.. Kami merancang ke King's Park dan Bell Tower namun, tiada apa yang boleh kami buat sebab hujan. Jadik, kami menghabiskan masa jalan-jalan di Murray Street, Hays Street dan Wellington Street sahaja. Sempat membeli souvenir tambahan di kedai uncle berhadapan Murray Street Bus Stop.. Had dinner kat Kedai Makan Indonesia. Then, kami hantar Kak Jah balik dengan teksi kat teksi stand depan hostel sahaja.. Lepas selesai semua, aku and Aya balik bilik nak kemas-kemas barang dan tido.

No comments: