Sunday, February 5, 2012

Makan Laksa

Bawak kereta cari makan. Target nak makan laksa kat Kedai Laksa Pokok Asam, Kota Lama Kanan di Kuala Kangsar. Hameekkk, skema bagai cuma tak taw alamat jer kan... Nie pun sebab Ronand yang recommend makan kat sini.. Katanya, dia yang bukan hantu laksa pun boleh meroyan kalo tak makan kat sini so, aku yang memang suka laksa wajib mencubanya. ^^


Sempena cuti Maulidur Rasul and Thaipusam, aku pun amek kesempatan nak merasa kesedapan laksa pokok asam nie..Hari Sabtu pagi, awal pagi dah dok siap-siap nak pi Kuala Kangsar. Lokasi kedai memang senang nak cari sebab kat tepi jalan jer.. Amek jalan nak ke Kota Lama Kanan.. Terus ajer sepanjang perjalanan sampai nampak 1st traffic light...kedai tu belah kanan jer...aku dop ingat la before trafik lite or selepas..


Kat sini leh pilih laksa nak telur or takmo..Telur pulak ada dua jenis, satu rebus and goreng. Disebabkan first time jadik aku cuba yang telur goreng..huihh, eksited jugok sebab telur dia udah ghupe sesawang and digoreng garing. Terus ngap and pada aku sedap tapi mual sebab telur goreng kan berminyak..huhu

 
Dah licin sepinggan, order lagi satu laksa telur rebus pulak..Nah, yang  nie baru asli sebab aku memang suka kuah yang tak tercemar dengan minyak. Barulah tak mual... Kuah pekat kalo nak dibandingkan dengan kuah laksa kuala yang ceroi. Pada aku, ini bukan laksa kuala sebab jenis laksa yang digunakan dan juga kuah laksa yang pekat. Kalo korang suka makan laksa, sure dapat bezakan jenis-jenis laksa.


Neway, apa jenis laksa pun aku suka. Sebab tuh aku boleh bantai sampai dua pinggan sekali makan or aku memang lapaq pasal tak breakfast.^^ After kenyang, pi jalan-jalan kat Arena Square dan aku sempat sambar selai tudung bawal kaler peach. Murah aih, mana tak sambaq tapi kalo ikut ati maw sambaq lagi cuma kewangan tak kukuh jer..Then, nak berjimba-jimba kat The Store tapi tak boleh masuk sebab takder elektrik satu Kuala. Pusing-pusing kedai sekitar and decided balik umah jer sebab panasss...

 
Sampai umah Ronand, dok tak sampai 2 minit terus ada letrik..Haih, memang takder rezeki la nak menepek lama-lama kat pekan Kuala tur.

No comments: