Monday, February 27, 2012

Life Is Too Short


~Start a new day~

Sunday, February 26, 2012

Spaghetti

Brunch hari Ahad. 
Spaghetti

Bahan-bahan:
1. bawang besar+bawang putih [tumbuk]
2. daging cincang
3.chicken-ball / meatball
4.sosej
5.sos spaghetti kimball
6.sos cili
7.garam



 goreng cikenball+sosej [new style]

 cikenball+sosej yang dah masak

 tumis bawang putih+besar

 masukkan daging cincang+sikit air 
tutup dan biarkan empuk 
[kalo taknak goreng cikenball/sosej, boleh jer masukkan time nie sekali]

 
 masukkan sos spaghetti+sos cili+garam

 masukkan cikenball+sosej goreng

 rebus spaghetti sehingga lembut

siap dihidang
nyumm

Tuesday, February 21, 2012

Midnite~

There are things that we don't want to happen but have to accept, 
Things we don't want to know but have to learn, 
And people we can't live without but have to let go.

Monday, February 20, 2012

Into The Wild

This movie very inspiring me to travel. 
Based on true story.
Yes, i love travel.

Sunday, February 19, 2012

Nasi Putih+Udang Goreng

Menu tengah hari
Simple tapi kalo tak rajin memang tak boleh buat :)

Bahan-bahan:
1. empat ekor udang
2. serbuk kunyit
3. garam
4.bawang besar
 
 gaulkan udang ngan serbuk kunyit+garam

 goreng dalam kuali
then taruh bawang besar bila dah nak masak

 tadaa..dah siap

 nasik putih jer??
so, gaul ngan kicap jer kasik perasa :)
akhirnya: kenyang juga ~

Saturday, February 18, 2012

Minggu Mengecewakan

Hujung minggu yang mengecewakan kerana trip aku ke Krabi terpaksa di-cancel-kan kerana cuti aku tak approve. Still have plan to go there one day by land. Hopefully all my dreams will come true. One more pengajaran yang aku dapat, kalo aku nak apply cuti for trip janganlah aku tulus-suci-murni-jujur bagitau tujuan aku. For sure banyak karenah yang aku kena follow. >_<

Sabar sahaja~

Sunday, February 12, 2012

Keropok Lekor

 
Lapaq weih malam-malam nie. Ujung minggu kat Ipoh of course makan tak tentu. Dok godek-godek makanan last-last terjumpa kopok lekor yang dikirim kat member aritu. Taruh dalam freezer and keras membeku. Aku pun rendam dalam air and boiled. Sekali dah lembut, nak potong pun serupa mau hancur. Rasa ikan pun dah takder..kenapa ekkk? Takde feel makan kopok leko yang nie... Huwaaa, yang first stock dulu ok jer aku rasa. Or ini bahana lepas simpan dalam freeze ataupun aku rebus? Ada lagi tiga batang dalam freezer tuh. Next time kalo nak makan kena letak luar kasik lembut. Try and error la kan...

Sumber: Wiki

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Hujung Minggu ~ Busy


Aku busy..
Busy buat apa pun tak taw.
Sarapan sizzling kat JJ.
Lunch Mc D.
Umah sepah~sapa boleh tolong kemas?


Saturday, February 11, 2012

Ziarah Madinah

 


~bukit kecil tempat standby tentera memanah~ 
 




















 ~saudagar kurma di sekitar Jabal Uhud~




Tiba-tiba teringat nak jot down my past experience kat Madinah.. All these photos taken when i was there on 2010. As all know, when someone doing umra or hajj, they will go to Madinah to visit beloved prophet Muhammad [pbuh]. Muslims also intend to visit the prophet's mosque as we were told that a prayer there is better than a thousand prayers in other mosques except for Al-Masjid al-Haram. The Messenger of Allah peace be upon him said: Journeys are only set out for three mosques, Masjid Haram, my mosque and Masjid Aqsa.

Ini berdasarkan hadis nabi yang lebih kurang begini maksudnya: Sesiapa yang melakukan umrah dan haji tetapi tidak menziarahiku maka mereka adalah orang yang sombong. Kenapa nabi cakap camtu? Ini pun refer pada hadis nie Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menziarahi makamku pasti dia mendapat shafaat-ku.


Madinah lebih leisure than Makkah sebab waktu solat kat Madinah sama seperti tempat lain iaitu mempunyai waktu haram. Jadi, solat-solat sunat yang boleh dilakukan kat Madinah tertakluk kepada waktu-waktu yang boleh solat sunat. Kalo kat Mekah kita boleh solat sunat after subuh and after asar but here back to normal. Even visiting time in Raudhah juga terhad to women but not for men because Raudhah open all time for men.


Where to visit in Madinah? Of course number one is Masjid Nabawi where Muhammad's grave is there. Perform solat in prophet masjid 1000 times deeds than solat in other masjid except Masjid Haram. Visit Muhammad grave and say salam to Him and sahabat as well as Baqi' graveyard.


This we can call in-house ziarah because the location juz in and around Masjid Nabawi. For outside visit, normally we'll go to Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud and dates baazar. One more, refer to hadith, who perform solat in Masjid Quba will get reward as perform umra.






Re-Arrange

Today is public holiday..
Stay at home and re-arrange my blog since morning.
Wanna go out to attend my friend's sister wedding at Manjoi.
Do some chores at home for 2 days holiday.
Why?
Because no fund to go out ^^

Sunday, February 5, 2012

Taman Tasik Taiping

Today is off day to celebrate Prophet's [PBUH] birthday. Getting bored and decided to go out and snap some pictures at Taman Tasik Taiping with my damage-old-school camera. Calm and peace in mind when i walked there and suddenly remembered sweet memories there ^^..

Juz see these pixs..No talk, no blabbing~















Makan Laksa

Bawak kereta cari makan. Target nak makan laksa kat Kedai Laksa Pokok Asam, Kota Lama Kanan di Kuala Kangsar. Hameekkk, skema bagai cuma tak taw alamat jer kan... Nie pun sebab Ronand yang recommend makan kat sini.. Katanya, dia yang bukan hantu laksa pun boleh meroyan kalo tak makan kat sini so, aku yang memang suka laksa wajib mencubanya. ^^


Sempena cuti Maulidur Rasul and Thaipusam, aku pun amek kesempatan nak merasa kesedapan laksa pokok asam nie..Hari Sabtu pagi, awal pagi dah dok siap-siap nak pi Kuala Kangsar. Lokasi kedai memang senang nak cari sebab kat tepi jalan jer.. Amek jalan nak ke Kota Lama Kanan.. Terus ajer sepanjang perjalanan sampai nampak 1st traffic light...kedai tu belah kanan jer...aku dop ingat la before trafik lite or selepas..


Kat sini leh pilih laksa nak telur or takmo..Telur pulak ada dua jenis, satu rebus and goreng. Disebabkan first time jadik aku cuba yang telur goreng..huihh, eksited jugok sebab telur dia udah ghupe sesawang and digoreng garing. Terus ngap and pada aku sedap tapi mual sebab telur goreng kan berminyak..huhu

 
Dah licin sepinggan, order lagi satu laksa telur rebus pulak..Nah, yang  nie baru asli sebab aku memang suka kuah yang tak tercemar dengan minyak. Barulah tak mual... Kuah pekat kalo nak dibandingkan dengan kuah laksa kuala yang ceroi. Pada aku, ini bukan laksa kuala sebab jenis laksa yang digunakan dan juga kuah laksa yang pekat. Kalo korang suka makan laksa, sure dapat bezakan jenis-jenis laksa.


Neway, apa jenis laksa pun aku suka. Sebab tuh aku boleh bantai sampai dua pinggan sekali makan or aku memang lapaq pasal tak breakfast.^^ After kenyang, pi jalan-jalan kat Arena Square dan aku sempat sambar selai tudung bawal kaler peach. Murah aih, mana tak sambaq tapi kalo ikut ati maw sambaq lagi cuma kewangan tak kukuh jer..Then, nak berjimba-jimba kat The Store tapi tak boleh masuk sebab takder elektrik satu Kuala. Pusing-pusing kedai sekitar and decided balik umah jer sebab panasss...

 
Sampai umah Ronand, dok tak sampai 2 minit terus ada letrik..Haih, memang takder rezeki la nak menepek lama-lama kat pekan Kuala tur.

Saturday, February 4, 2012

Cambodia Trip - Hari 5

Last day in Cambodia. Check out at 8am. Took tuk tuk to Royal palace, National Museum, Temple and S-21. Last place was, Central Market. After had lunch at D'Nyonya USD4.50 I spent USD14 for last minute grab :) Reached airport at 2.30pm and paid USD30/ 2 tuk tuk :) Bye Cambodia!

Friday, February 3, 2012

Cambodia Trip - Hari 4

Okay, hari nie kami gerak lambat sikit dari biasa. Jam 8.15am baru gerak dari hostel menaiki van ke Phnom Pehn. Perjalanan mengambil masa 5jam sahaja berbanding masa kami datang dulu. Seat amat selesa sebab kami naik van dan laluan yang dibawa juga berbeza dari masa datang. Apapun, amek yang positif sahaja sebab kita dapat melihat Kemboja dari banyak sudut. Setibanya di PP, after check in hotel di Angkor International Hotel, terus amek tuk-tuk untuk mengisi perut. Makan di D'Nyonya, depan dengan Central Market USD3.50 untuk lunch dan USD4.80 dinner. Tuk tuk dibayar USD5/person untuk half day. After lunch, kami ke Killing Field untuk melihat tinggalan sejarah kekejaman Pol Pot.

Kemudian, kami ke Russian Market tapi kedai banyak tutup. Owh, kami salah timing lagi sebab CNY dan waktu pun hampir 4.15pm :) Tapi, kalo bukan time cuti perayaan pun, kedai-kedai di PP nie akan tutup operasi tepat jam 5petang. Jadi, rancang awal-awal ke mana hendak tabur duit anda. Walaupun begitu, aku sambar juga cotton silk [silk campuran] USD46/ 3 pasang. Sebab sume kedai tutup, decided had dinner and back to hotel.

~~Some tips: make sure change USD100 or USD50 to small amount. Hard for them to accept big notes coz they dun wanna take risk to get fake money. [talk from my experience :(]

Thursday, February 2, 2012

Cambodia Trip - Hari 3

Hari ini dah hari ketiga kami di bumi Kemboja. Habukk menjadi teman sejati menyapa hidung sebab debu-debu jalan merah berterbangan. Sebab tuh kena sediakan face mask jika hendak meliburkan diri di sini. Walaupun begitu aku tak bawak barang sekeping pun tapi mujurlah Kashaz dengan baik hati kasik kat aku sekeping. Even though begitu, boleh jugak tutup hidung and mulut hasil lilitan shawl [macam purdah sudah].

~entry ticket~

~young girl trying to find some bucks with her snake~

~on top at one of restaurant~

Anyway, hari nie wake up pukul 6.30am dan gerak ke Tonle Sap yang membawa maksud Fresh Water Lake jam 7.30am. Tiket masuk USD10. Kami menikmati tasik tersebut around 1 jam 45 minit sahaja. Pada aku tiadalah apa yang cantik sebab masa kami tiba adalah masa yang agak tidak sesuai gtew..suppose kita pergi sama ada hendak tengok sunset atau sunrise..tapi memang menginsafkan lah sepanjang perjalanan menyusuri tasik tersebut. Penduduk situ tinggal dalam rumah yang dibina atas air. Kehidupan sangat daif dan sekolah yang dibina di situ adalah untuk membantu anak-anak pelarian Vietnam yang tinggal di sekitar.

Seterusnya, kami meneruskan plan ke Artisan Silk Farm. Gerak jam 11am dari Tonle Sap, perjalanan mengambil masa sejam. Tempat nie kira tempat wajib pelancong yang datang dengan agensi sebab ini adalah tempat government. Walaupun kami datang sendiri tapi tidak menjadi kesalahan kalo nak tengok-tengok. Yang pasti harganya memang mencanak. TAPI aku sambar jugak seketul brooch sutera berbentuk bunga USD6.. Beberapa kalo dok belek-belek dan akhirnya membuat keputusan hendak menyambar sahaja. Bimbang jika sudah menjejakkan kaki di Malaysia aku menjadi kepingin sangat pada brooch itu :) 

~wedding scene at Cultural Village~


Selesai sumenyer, terus ke Restoran Haji Musa untuk santapan tengah hari. Each kami bayar USD4 sahaja dan sangat berbaloi.. Owh, on the way tuh, kami singgah kat kedai yang jual kopi. After Salim bargain ngan tokei tuh, dapatlah USD3 bagi 500g kopi. Aku sambar 1kg with USD6. Lepas dah ader energy, kami terus ke Cultural Village dengan bayaran USD11. Best sangat sebab tak miss satu show pun kat situ. Habis sume aktiviti kat situ, we had our dinner at the same restaurant with same price. Good foods with good price. It's worth to try here :)

By the way, kami menghabiskan masa menjamu mata dan membuang duit di Night Market sampai longlai.

NO LEAVE

my boss don't wanna approve my leave..
demmsss!
i can't go to KRABI~
can u read my lips?
eff * see kay

Wednesday, February 1, 2012

Cambodia Trip - Hari 2, Temple Tour


~Angkor Wat~


 ~Ukiran dinding~


 ~Steps in Angkor~


~Bayon Temple~



 ~dinding pertahanan~


 ~Elephant Terrace~


 ~Pokok in Ta Phrom~


 ~paintings~


~2USD for a shawl~



~our menu with daging naik bukit~


Second day in Cambodia kitorang wat tour ke Angkor Wat..amik 1 day visit dengan USD20/pax... kat sini amat sesuai pada orang-orang yang berjiwa senibina dan sejarah. Here kitorang spent masa half day kat and supposed more tapi because one of our friends injured akibat terseliuh kaki time kat Bayon Temple.. Gerak dari guess house pukul 5.00am sebab nak tengok sunrise kat Angkor Wat.

Sampai awal and keadaan gelap lagi... beli tiket memang kena ada tuan punya badan sebab dorang akan tangkap gambar kita pada entry pass tu nanti. Ini hanyalah rules untuk foreigner manakala Cambodian sendiri masuk ke temple-temple nie sume free..

Spent masa kat Angkor Wat dari 5.30am sampai ke 8.00am.. Menurut Salim, driver tuk-tuk kami, ini adalah temple yang terbesar.. So, kami pun me-round kat dalam ni se-round jer sambil berklik-klik sakan..Sampai kat tuk-tuk kitorang bekfes biskut and roti yang di bawa jer..Actually ada jer gerai kat dalam nie tapi hi-cost. Kami yang bajet terhad nie memang bawak makanan ringan jer untuk kasik tenaga. Then, continue ke Bayon Temple melalui South Gate.. ingatkan jarak antara satu temple ke temple lain dekat and boleh menapak tapi jauh seh!..so, better korang yang nak masuk sini hire tuk-tuk untuk bawak korang dalam Angkor nie... dorang akan tunggu kita melawat and antar ke temple-temple lain kat sini.. suke atilah lama mana pun korang nak menghayatinya.. Bayon temple nie memang kepala buddha jer yang jadik trade-mark. Kat sini la member kami terseliuh sebab banyak lubang and laluan batu-batu nie tak rata..

Dah relief sket, continue ke Elephant Terrace. Suppose ke sini dari area depan tapi decided nak usha dari luar jer but then, Salim stopped kat gerai untuk beli air..Kitorang pun took time to explore there sebab dekat seberang jalan kecik jer..Continue ke Takeo Temple tapi telah ditutup kepada umum sebab 6 orang dah mati kat sini. Laluan tangga yang kecik menyebabkan dorang boleh tergelincir lalu terjatuh so, snap dari jauh jer.

Pergi ke Ta Phrom Temple tempat shooting Tomb Rider..Temple nie memang terkenal ngan akar-akar pokok besar yang boleh tumbuh kat celah-celah batu. Posing-posing kat sini sebab agak rare nengok akar besar-besar. Disebabkan Lara Croft pernah gaduh kat sini, abes berkecai batu-batu kat temple nie sampai kena renovate balik..^^


Lastly, ke Kdei Stray yang agak sunyi dan aman. Tourist pun tak berapa ramai sangat so, kalo nak sakan beraksi boleh aja. Tapi perut masing-masing dah lapar, we decided nak makan kat Haji Musa Restaurant. Ramai yang suggest tempat nie okay and murah berbanding tempat lain. Lepas try, memang berbaloi sebab USD4/pax selepas melantak sampai kenyang. Menu kitorang nasi putih, daging lembu naik bukit, kangkung goreng, sup ayam and air teh... Puas hati sebab nasi, air dan daging ditop-up bila abis... berbaloi-baloi~

Sebelah kedai nie ada masjid so, boleh la wat qasar jamak kat sini before next tour. Pukul 2.00pm continue ke Angkor Artisan. Kat sini tengok cemana dorang wat ukiran-ukiran patung kat dinding dan batu.. Ada jugak yang dorang wat ukiran untuk restoration temple.

Selesai all the tours, we decided nak melabur kat Night Market yang bersebelahan ngan guest house. Tapau dinner kat KFC and then Salim hantar kitorang balik. Malam tuh, shopping untuk first phase ^^... apapun memang happening shopping kat sini..Bargain kaw-kaw sampai dapat tapi all t-shirts here memang cost USD2 cuma kena pandai pilih jenis kain.. aku sempat jugak menyambar beberapa helai untuk aku termasuk shawl.. one more, better beli hammock kat sini sebab murah dan kualiti pun ok..aku kuciwa sebab tak beli and lastly sambar kat Phnom Pehn yang so-so jer dengan harga USD5 for 2 sama ngan Siem Reap = ='