Monday, November 30, 2009

Journey 30/11/2009

~~snap pelangi before chow umah julie~~

Hari Isnin mula menjelma..maksudnya aku ada lagi seminggu lebih kat Sabah nie…kalo ikutkan hati dah tak sabo nak balik nie…. Hari nie lepak kat umah makcik Gee lagi…. Yang syok kat sini of course pasal rasa cam dok kat umah sendiri sebab dorang punya stail self service…. Nak makan ka, nak apa ka sume kena buat sendiri and benda-benda dalam umah nie memang mencukupi and lengkap… Cuma kena rajin mencari and rajin membuatnya… pagi tadi aku goreng bihun… so, rasanya sampai petang makan bihun tur kot… petang pukul 4.00 petang aku ngan Gee bertolak ke umah Julie… amik masa dalam 30 minit nak ke sana… area umah dia kat kelapa sawit… dok umah kongsi dengan pekerja-pekerja… sampai umah Julie best gaks sebab dok bujang…so, buat macam umah sendiri ja la….. malam tur kuar pi pekan Lahad Datu..tak kemana pun just ke Pasaraya Ramai Ramai and aku tapau mee goreng kat pasar malam….lapo seh! hehe....

No comments: