Monday, August 20, 2007

Lelaki a.k.a Man ~ True or Not??

Lelaki yang benar- benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

~Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
~Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
~Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
~Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
~Dia mencemburi kekasih/isteri- lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka.
Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
~Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
~Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya.
Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
~Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
~Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.
Merasa lega bila pasangan memujuknya.
~Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
~Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
~Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya.
Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.


~~Note: find out urself~~

No comments: