Wednesday, October 3, 2012

Kota Jakarta

Holla! Dah berminggu pun balik dari Kota Jakarta tapi aku still tak apdet pun pasal kembara kali ini. Entah, tak tahu nak mula dari mana sebab trip kali ini lebih kepada shopping. DSLR pun aku tak angkut ke sana. Well, juz nak share pengalaman di sana sahaja. Aku ke sana berdua dengan Aya, naik Jetstar Airways. Sebelum pergi pun memang dah menduga diri sebab kalut-kalut.. tambah pulak trip gamble without any preparation :) Go with the flow kekdahnye.

 ~Tiba di Terminal 3~

 ~Demonstrasi membantah filem hina nabi~

Sampai di Terminal Tiga Airport, tanya information kaunter cemana nak ke Jalan Jaksa since sana banyak hostel. So, kami amek bas sahaja dengan tambang RP20,000 seorang. Lebih kurang 45 minit sahaja ke Stasiun Gambir. Sampai sana, kami naik bajaj dengan harga RP20,000/ bajaj ke Jalan Jaksa. Stasiun Gambir nie stesen ketapi so, kalo nak ke Bandung leh naik ketapi kat sini.

 ~Jalan Jaksa at nite~

Sampai Jalan Jaksa, kami makan dulu kat KL Village. Lepas santap, pusing-pusing meninjau kawasan sekeliling and mencari hostel murah. Lastly dok kat Memories Hostel jer. Murah jer RP90,000 dapat bilik ensuited bathroom tapi guna kipas ajer. :) Pikirkan semalam sahaja jadik, bersabarlah sebab memang plan nak merasa dok sini pun.
~Thamrin City~

Esok, kami check-out ke Thamrin City. Walk-in ke Amaris Hotel so, dapat bilik twin bed RP410,000/ nite.. perghhh, sangatlah berbeza rega untuk semalam dengan hostel Memories tuh. Tapi fikirkan walking distance ke shopping mall yang bersebelahan membuatkan kami kata okey jer :) Tambahan pula memang niat nak shopping pun. Sebab tu lah aku tak ke mana-mana even mulanya nak ke Monas tapi sumenya tak boleh nak ejas sebab masa shopping pun tak cukup.
~Segalanya ada dipasar~

 ~Kain sulam~

Shopping paling sakan kat Tanah Abang. Sebab kat sana ada jual kain ela, lace, telekung, baju siap etc. Kat Thamrin City jual baju-baju siap, telekung, tudung tapi takde kain ela. Sebab tuh la banyak masa kitorang abis kat Tanah Abang. Time ke Tanah Abang boleh jalan kaki tapi bila balik kena nek teksi. Teksi pulak kena selective la yer untuk dapat rega yang berpatutan. Of course amik Blue Bird. Dorang charge ikut meter dan murah. Time malam laks kitorang ke Plaza Indonesia, Plaza Ex ngan Grand Indonesia Mall. Tak beli apa pun sebab standard barang-barang branded. Yang dibeli pun cuma t-shirt HRC kat Plaza Ex. 

Selama 4 hari 3 malam kat sana, aktiviti kami sama jer..Ulang alik Thamrin City, Tanah Abang and malls yang berdekatan tuh. Tak puas wooo shopping :) Kat Thamrin City ada Hypermart so, aku shopping lotion citra as souvenir and torabika.

Anyway, tempat makan sifud paling best kat D'Cosa. Sangat sedap, cepat dan berbaloi-baloi. Lenkali kalo pi laie mesti makan kat sini laie. Tu pun mujoq la Aya dok ajak makan situ kalo dak aku pun tak tau yang makanan situ sedap :)

 ~Tanah Abang nun dihujung sana warna kuning hijau~

Hari last, kami sempat shopping last minit kat Tanah Abang. Then rushing ke epot naik teksi sebab takut macet since hari Isnin wajib macet yang luar jangka. Pukul 10.00am kami cek-out hotel and amek teksi Silver Bird. Total bayaran tambang+tol hampir RP100,000. Dalam hati, wahhh..mahalnya.. Actually kat Hostel Amaris nie ada airport shuttle. Tapi disebabkan keadaan yang kalut and takut sampai lambat jadik kami amik teksi. Apapun, belen duit sampai Malaysia ada lagi RP1,000,000 daripada RP5,400,000

Next time akan ke Jakarta lagi tapi akan pastikan explore tempat pulak and shopping tuh put aside [kononlah]. Kota Jakarta sama sahaja seperti di Kuala Lumpur sebab kita sama rumpun jadi perasaan sebagai foreigner tuh kurang :) Tapi, satu yang benarnya, orang kaya disini memang kaya dan yang miskin memang miskin. [Kat sini jugak lah aku dapat tengok keta Lamborghini, Ferrari and keta mewah parking kat depan Plaza Indonesia- bukan auto-show taw]. Macam dalam drama sinetron. Sebab tu lah, kalo dorang keje memang bersungguh-sungguh..

No comments: