Ok, ini agar-agar yang aku buat masa potluck dessert aritu...so, sapa yang tak reti masak tur memang boleh try la sebab ini memang my very first attempt..any luckily ia menjadi dengan jayanya walaupun aku hanya menggunakan instinct untuk sebarang sukatan yang digunakan sepanjang sesi memasak dijalankan...resepi ni of course aku carik kat tenet tapi di olah sebab aku hanya menggunakan bahan-bahan yang ada kat umah sahaja...
Bahan-bahan
1. agar-agar kering
2. air
3. gula pasir
4. susu pekat
5. sirap
6. esen vanila
Cara-cara
1. aku masak air + susu pekat + sedikit gula + agar-agar + sedikit esen vanila sebagai perasa / pewangi....kacau lama gak la sampai lah agar-agar tur larut dalam air...
2. aku masukkan dalam bekas lain and boh dalam peti ais bagi keras..
3. dah keras, aku pun potong panjang-panjang and susun-susun..
4. aku ulang balik masak agar-agar cara first tu tapi kali ni aku masak air + susu pekat + sedikit gula + sirap.
5. bila dah siap masak, aku tuang dalam bekas yang dah ada agar-agar potong tuh and boh dalam peti ais untuk dikeraskan..
6. agar-agar dah keras and siap untuk di hidang serta di ngapppp.....
No comments:
Post a Comment