Monday, October 16, 2017
I am Back
Wow!! Lama sangat tak bukak blog ni and surprisingly I can access using old password. Coincidently sebab baca blog orang tentang hiking di Taiping. Ingatkan blogspot dah delete old blogs yang tak active. Well, morning peeps!
Sunday, August 25, 2013
Saturday, February 23, 2013
Catatan
Tengah mengumpul kederat untuk menulis perihal kembara lepas-lepas.
Bilalah mood akan tiba? Humm
Wednesday, January 16, 2013
Sunday, January 13, 2013
Monday, December 31, 2012
Last Post
Last post today a.k.a year end post
Nothing to write but my new wishlist will be a bit different.
It is fatal error and need to abort.
See ya in 2013
Friday, December 14, 2012
Madame Tussauds Bangkok
Hello, live from Bangkok after watching football match Malaysia vs Thailand at Supachalasai stadium. Bukan nak citer pasal menang atau kalah bola malam tadi tapi pasal Madame Tussauds Bangkok ni.
Madame Tussauds Bangkok terletak kat dalam shopping mall iaitu Siam Discovery bersebelah dengan Siam Tower. Senang jer nak ke sini and kitorang dapat harga tiket early bird THB400. Kiranya harga pengenalan sebab tempat nie baru bukak kot. Kitorang yang dok jauh dari Bangkok City Suite, naik bas number 79 kat bus stop Uruphong dengan rega THB11. Bas nie akan stop kat perhentian Siam Center. Dari sini, boleh jalan kaki beberapa meter sahaja ke Madame Tussauds yang letak dekat Exit 1 kalo dari BTS Siam Station.
Operation hours start pukul 10.00am so, kami yang sampai jam 9.30am nie lepak-lepak kat luar sementara menunggu bukak. Masuk jer dalam mall, tuju ke tingkat 6. Masuk dalam wajiblah posing ngan patung-patung wax yang ada. Takder bergambar ngan sume patung kot sebab kawan-kawan pun tak cukup tangan nak bergambar dan menangkap gambar. Segala jenis kamera nak ada gambaq so, jenuh la kot. Ngan kamera henpon, dslr dan jugak compact kamera.
Kat dalam nie ada jugak part-part yang kita kena guna kamera diorang before boleh tangkap gambar guna kamera kita. Contohnya dengan Barrack Obama, Johnny Depp and Jackie Chan tapi dorang tak paksa pun soh beli. Apa pun gumbira juga hati coz dapat jejak Madame Tussauds Bangkok.
Habis pusing, before kuar leh menghabiskan duit untuk shopping souvenir dulu. Kalo nak pusing-pusing mall pun okeh jugak tapi sumer barang-barang branded lah.. Ini jer kot yang boleh bagi review pasal Madame Tussauds nie.
Saturday, December 1, 2012
Bandung ~ Paris Van Java
Hai, aku baru jer balik dari Kota Bandung. Ini merupakan kali kedua merayap ke sana dan ini jugak merupakan trip yang tidak mengesankan dihati.
Antara faktornya aku rasa begini:
1. Bajet shopping sangat ciput ~ kerana Bandung adalah syurga shopping
2. Kali kedua sampai dan semua tempat dah sampai ~ i wish to visit Kawah Putih
3. Trip rombongan cik kiah ~ seramai 1 bas dan masing-masing ada kepala sendiri
4. Kepala rombongan pun acuh tak acuh jer dengan ahli rombongan
Kami bergerak malam dari KL and this is costing actually sebab kita kena check-in hotel for whole day juz to tido time arrival itu.
Esoknya untuk hari pertama kami menghabiskan masa di Pasar Baru seharian membeli barang-barang. Aku as usual tak banyak pon shopping since kain-kain sulam dah tak bape nak berkenan but mebi if i had enuff money i'll buy kain meter untuk baju kurung. But no regret here coz whatever i wanted memang dapat beli pun. Targetnya adalah membeli tudung sulam sebab time kat Jakarta hari tuh amat susah nak cari tudung sulam di kepala. Another thing i bought was border lace [kena tipu lah sebab mahal], kain batik untuk match ngan baju sulam sedia ada and brooch untuk wat hiasan di kerudung ^^ .Sampai pukul empat kat situ but still tak bergerak naik bas eventho the tour operator kata kumpul kul 4 petang. Lama tunggu orang dan this is the thing yang paling benci! Sudahlah nak menyoping pun dalam group. Buang masa sebab kena tunggu orang lain membeli..pfffff..Continue ke Cibaduyut pulak untuk sopping barangan kulit. Aku langsung tak membeli sebab takder yang menarik hati. After abes about 2 hours kat sini, kitorang gerak gi makan di restoran masakan padang. So-so saja masakannya tapi aku makan abes lah sebab lapaq. Selesai sume terus balik Hotel Asoka di Jalan Lengkong.
Day kedua, kami pergi melawat ke Tangkuban Prahu. Okey, kali nie disebabkan rombongan bas jadi kami kena transit untuk naik van ke atas. Maklumlah, bas yang besar tuh mana leh naik sampai puncak. This is new experience since masa first dulu aku terus naik atas dengan pak supir. Keadaan kat atas sama saja. Anyway, maybe kalo next time pergi ke Tangkuban Prahu nie, aku nak complete jalan sampai ke Kawah Upas. Kawah Upas nie terletak di sebalik Kawah Ratu iaitu di seberang sana. Nak jalan agak jauh juga tapi okey sajork but aku sorang jer yang nak berjalan ke sana berfikir-fikir jugak tentang security. So, juz skip lah menengok sendiri kawah beracun tuh. Selepas makan, kami ke Toko Tiga untuk membeli barangan jeans. Kat sini sempat perhabis duit beli selai jeans and HRC t-shirt. Tempat nie lah habis dwit paling banyak. ^^ Time petang dah hujan so, nak pergi tempat lain pun tak boleh so skip saja ke FO and direct dinner and balik hotel.
Day three, menghabiskan dwit di FO's yang berlambak-lambak di Kota Bandung. At first kami ke Pasar Baru sebab ada yang nak membeli lagi barang-barang yang dorang nak sebab ini hari terakhir lontar wang. Second ke Jalan Dago. Sana ada banyak FO tapi jarak antara satu FO agak jauh so, juz masuk Grande FO sebab bas parking situ. Tambahan pula cuaca nak hujan so, tak gerak kemana-mana dah. Then, continue keJalan Riau. Kat sini FO's terletak sebelah-sebelah gak macam kat Jalan Dago tapi kat sini lebih meriah. Kat sini leh carik tas tangan, kasut and baju also. Tapi agak kecewa sebab tak ke Chihampelas [tempat banyak jual t-shirt murah-murah]. Cuaca hujan time petang so, skip terus and balik hotel. Time malam, kuar pi mart dekat hotel and terus membeli makan kat warung depan hotel. Sedap wooo makan kat gerai depa. Tips nak tau gerai makan depa sedap is tengok sama ada gerai tuh ramai locals or tak. If ramai, the gerai pasti sedap dan harganya murah. Ini kata-kata pak driver bas kami.
Day four, check out hotel and terus ke airport. Say bye to Kota Bandung :)
Thursday, November 15, 2012
Awal Muharram
Salam Awal Muharram To All
I'm celebrating Awal Muharram in Siem Riep
Will miss here ^^
Will miss here ^^
Wednesday, November 7, 2012
Friday, November 2, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Inti Sardin
Ahaks, lately nie aku rajin laks update blog pasal masakan and makanan. Sebati sudah makanan dengan aku cuma bukan bab memasak. Cuma sekarang baru nak cuba-cuba memasak dengan simple resipi jer dulu. Pagi tadi breakfast dengan sandwich sardin.
Bahan-bahan:
1. Sardin tin
2. Garam
3. Mayonis
4. Limau kasturi
5. Daun limau purut
6. Bawang besar
7. Cili padi
Cara memasak:
1. Tumis bwang besar dan cili yang telah dikisar. [ikut citarasa lah kalo nak pedas boleh taruh banyak cili]
2. Bila dah naik bau, masukkan setin sardin ke dalam periuk.
3. Masukkan sedikit garam, air limau kasturi dan daun limau purut [untuk wangi]
4. Hancurkan sardin tadi. Padamkan api dan masukkan dalam bekas apabila telah masak.
5. Campurkan dengan mayonis [nak bagi umpphh, kalo tak bubuh pun takpe]
6. Siap untuk di makan. Nak cicah roti / sapu wat sandwich pun boleh :)
Note: Kalo takde limau kasturi dan daun limau purut pun takpe. Aku bubuh menda tuh sebab amik kat pokok depan umah jer :)
Monday, October 8, 2012
Puding Cocktail
Ini resepi puding cocktail yang aku buat semalam. Cumanya hasil puding yang dah siap takder gambar pulak.
Bahan-bahan:
1. Agar-agar kering
2. 1 tin cocktail
3. Air
3. Susu cair
4. Gula pasir
Cara memasak:

1. Asingkan air cocktail.
2. Masukkan air cocktail+air+agar-agar kering. Masakkan sehingga agar-agar telah cair dan sebati.
3. Masukkan sedikit gula ikut citarasa.
4. Masukkan susu cair+cocktail ke dalam agar-agar tadi. Kacau bagi sebati dan terus padamkan api. [Kacau dalam 30 saat jer]
5. Tuang agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
6. Siap dan boleh makan
Bahan-bahan:
1. Agar-agar kering
2. 1 tin cocktail
3. Air
3. Susu cair
4. Gula pasir
Cara memasak:

1. Asingkan air cocktail.
2. Masukkan air cocktail+air+agar-agar kering. Masakkan sehingga agar-agar telah cair dan sebati.3. Masukkan sedikit gula ikut citarasa.
4. Masukkan susu cair+cocktail ke dalam agar-agar tadi. Kacau bagi sebati dan terus padamkan api. [Kacau dalam 30 saat jer]
5. Tuang agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
6. Siap dan boleh makan
Dessert Sagu
Okey, kat sini nak share satu dessert yang dibuat daripada sagu. As usual, resepi nie dapat hasil 'ngap' kawan-kawan punya makanan. Dessert sagu nie sama cam makan cendol jer. Cuma tukar cendol kepada sagu dan santan kepada susu cair.
Bahan-bahan:
1. Sagu
2. Gula merah
3. Susu cair
Cara memasak:
~Air gula~
1. Masakkan gula merah dengan sedikit air.
2. Kacau sampai gula cair
~Sagu~
2. Kacau sagu dan toskan dengan air sejuk.
3. Tapis sagu dan masak semula. Ulang langkah 1 dan 2 sampai sagu tuh jadik jernih dan tidak melekat.
Cara hidang:
1. Masukkan sagu, air gula merah, susu cair dan ais ketul.
2. Sedia untuk diminum.
Note~~ Sekali sekala ngadap dessert nie okey tapi kalo selalu memang lemak penuh perut :)
Nasi Goreng Ikan Bilis
Morning peeps. Hari nie aku sarapan nasi goreng ikan bilis. Planning nak makan sandwich ajer tapi ternampak periuk nasik so teringat yang nasi petang semalam ada lagi. Apa lagi, proses wat nasik goreng ajer.
Bahan-bahan
1. Nasi putih
2. Bawang besar
3. Cili padi
4. Garam
5. Minyak
Cara-cara
1. Tumis bawang and cili yang dah dihancurkan. Kacau sampai naik bau.
2. Masukkan ikan bilis. Goreng sampai kuning.
3. Masukkan sikit garam. Kacau bagi sebati.
4. Masukkan nasi. Goreng sampai masak la kan :)
5. Sebab aku suka telur jadik, wat telur mata kerbau makan ngan nasi goreng tadi. Sedap gak.
Bahan-bahan
1. Nasi putih
2. Bawang besar
3. Cili padi
4. Garam
5. Minyak
Cara-cara
1. Tumis bawang and cili yang dah dihancurkan. Kacau sampai naik bau.
2. Masukkan ikan bilis. Goreng sampai kuning.
3. Masukkan sikit garam. Kacau bagi sebati.
4. Masukkan nasi. Goreng sampai masak la kan :)
5. Sebab aku suka telur jadik, wat telur mata kerbau makan ngan nasi goreng tadi. Sedap gak.
Sunday, October 7, 2012
Weekend
Weekend yang cepat aja berlalu. Tanda-tanda dunia nak kiamat dah nie..Nak chillax kat umah pun tak tenang. Hari nie usha movie kat u-tube aja kerjanya. Layan Phantom of The Opera 2004 memang best. Suka sangat ngan lagu-lagu dalam citer nie. Before nie aku layan POTO 1998 tapi after tengok versi nie memang jatuh chenta abis lah. Sampaikan message ringtone dah ditukar kepada lagu tema ini :)
Lepas abis layan movie, kuar gi stesen ketapi Ipoh. Tujuannya nak membeli tiket ke Bangkok lah. Tapinya tak dibuka lagi jualan sebab nak kena 60hari before pergi. Aku salah kira hari even date pergi 7 Disember ini. Atee, bulan nie 31 hari ada. Takpe, lusa kena terjah kaunter KTM-lah.
Then, pi jamu mata kat Mydin Manjoi. Beli barang-barang dapur jer untuk memenuhkan peti ais. Before balik santap sizzling mee kat foodcourt. Takdelah sedap sangat tapi aku makan habis jugak :)
Bosan dowh kat umah walaupun banyak keje yang boleh dibuat. Kain baju tak berlipat, umah sepah, keje sekolah banyak tapi sume tuh tak memberi semangat pun. Yang semangat bila boleh berjalan-jalan pusing dunia :)
Anyway, baru tadi jer aku selesai buat puding cocktail. First attempt buat puding nie hasil mentekedarah kawan-kawan punya makanan. Even tengah hari tadi pun aku try simple resepi member gak iaitu ikan bilis goreng kicap. Tapi aku buat tak bape nak sedap lah. Ikan bilis liat plakkk...spoil betoi tapi of cos habisss licin aku sapu.
Wokey, keje sekolah sok pagi aku settlekan. Now nak usha movie korea kat tv-9 plaks. Saranghe ^^
Wednesday, October 3, 2012
Kota Jakarta
Holla! Dah berminggu pun balik dari Kota Jakarta tapi aku still tak apdet pun pasal kembara kali ini. Entah, tak tahu nak mula dari mana sebab trip kali ini lebih kepada shopping. DSLR pun aku tak angkut ke sana. Well, juz nak share pengalaman di sana sahaja. Aku ke sana berdua dengan Aya, naik Jetstar Airways. Sebelum pergi pun memang dah menduga diri sebab kalut-kalut.. tambah pulak trip gamble without any preparation :) Go with the flow kekdahnye.
~Tiba di Terminal 3~
~Demonstrasi membantah filem hina nabi~
Sampai di Terminal Tiga Airport, tanya information kaunter cemana nak ke Jalan Jaksa since sana banyak hostel. So, kami amek bas sahaja dengan tambang RP20,000 seorang. Lebih kurang 45 minit sahaja ke Stasiun Gambir. Sampai sana, kami naik bajaj dengan harga RP20,000/ bajaj ke Jalan Jaksa. Stasiun Gambir nie stesen ketapi so, kalo nak ke Bandung leh naik ketapi kat sini.
~Jalan Jaksa at nite~
Sampai Jalan Jaksa, kami makan dulu kat KL Village. Lepas santap, pusing-pusing meninjau kawasan sekeliling and mencari hostel murah. Lastly dok kat Memories Hostel jer. Murah jer RP90,000 dapat bilik ensuited bathroom tapi guna kipas ajer. :) Pikirkan semalam sahaja jadik, bersabarlah sebab memang plan nak merasa dok sini pun.
Esok, kami check-out ke Thamrin City. Walk-in ke Amaris Hotel so, dapat bilik twin bed RP410,000/ nite.. perghhh, sangatlah berbeza rega untuk semalam dengan hostel Memories tuh. Tapi fikirkan walking distance ke shopping mall yang bersebelahan membuatkan kami kata okey jer :) Tambahan pula memang niat nak shopping pun. Sebab tu lah aku tak ke mana-mana even mulanya nak ke Monas tapi sumenya tak boleh nak ejas sebab masa shopping pun tak cukup.
~Kain sulam~
Selama 4 hari 3 malam kat sana, aktiviti kami sama jer..Ulang alik Thamrin City, Tanah Abang and malls yang berdekatan tuh. Tak puas wooo shopping :) Kat Thamrin City ada Hypermart so, aku shopping lotion citra as souvenir and torabika.
Anyway, tempat makan sifud paling best kat D'Cosa. Sangat sedap, cepat dan berbaloi-baloi. Lenkali kalo pi laie mesti makan kat sini laie. Tu pun mujoq la Aya dok ajak makan situ kalo dak aku pun tak tau yang makanan situ sedap :)
~Tanah Abang nun dihujung sana warna kuning hijau~
Hari last, kami sempat shopping last minit kat Tanah Abang. Then rushing ke epot naik teksi sebab takut macet since hari Isnin wajib macet yang luar jangka. Pukul 10.00am kami cek-out hotel and amek teksi Silver Bird. Total bayaran tambang+tol hampir RP100,000. Dalam hati, wahhh..mahalnya.. Actually kat Hostel Amaris nie ada airport shuttle. Tapi disebabkan keadaan yang kalut and takut sampai lambat jadik kami amik teksi. Apapun, belen duit sampai Malaysia ada lagi RP1,000,000 daripada RP5,400,000
Next time akan ke Jakarta lagi tapi akan pastikan explore tempat pulak and shopping tuh put aside [kononlah]. Kota Jakarta sama sahaja seperti di Kuala Lumpur sebab kita sama rumpun jadi perasaan sebagai foreigner tuh kurang :) Tapi, satu yang benarnya, orang kaya disini memang kaya dan yang miskin memang miskin. [Kat sini jugak lah aku dapat tengok keta Lamborghini, Ferrari and keta mewah parking kat depan Plaza Indonesia- bukan auto-show taw]. Macam dalam drama sinetron. Sebab tu lah, kalo dorang keje memang bersungguh-sungguh..
Friday, September 14, 2012
Live
Live from Jakarta..
Tengah duduk santai kat Memories Cafe..
Esok chow g Thamrin City
Sampai tadi pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan. Amek airport bus Rp20,000 sorang ke stasiun gambir..Then ke Jalan Jaksa naik bajaj Rp20,000/bajaj..
Makan kat KL Village and then pusing-pusing carik hostel murah.. Decided dok kat Memories Hostel..Rp90,000/nite. Basic jer pun without aircond but ensuite bathroom..Panas tapi ok jer kot sebab satu malam ajer..
Tengah duduk santai kat Memories Cafe..
Esok chow g Thamrin City
Sampai tadi pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan. Amek airport bus Rp20,000 sorang ke stasiun gambir..Then ke Jalan Jaksa naik bajaj Rp20,000/bajaj..
Makan kat KL Village and then pusing-pusing carik hostel murah.. Decided dok kat Memories Hostel..Rp90,000/nite. Basic jer pun without aircond but ensuite bathroom..Panas tapi ok jer kot sebab satu malam ajer..
Sunday, September 9, 2012
Modular Mates Pink ~ Limited Edition
These Modular Mates Pink juz arrived yesterday. I ordered online with a good price :)
Latest collection!
Subscribe to:
Posts (Atom)
























