Weekend yang cepat aja berlalu. Tanda-tanda dunia nak kiamat dah nie..Nak chillax kat umah pun tak tenang. Hari nie usha movie kat u-tube aja kerjanya. Layan Phantom of The Opera 2004 memang best. Suka sangat ngan lagu-lagu dalam citer nie. Before nie aku layan POTO 1998 tapi after tengok versi nie memang jatuh chenta abis lah. Sampaikan message ringtone dah ditukar kepada lagu tema ini :)
Lepas abis layan movie, kuar gi stesen ketapi Ipoh. Tujuannya nak membeli tiket ke Bangkok lah. Tapinya tak dibuka lagi jualan sebab nak kena 60hari before pergi. Aku salah kira hari even date pergi 7 Disember ini. Atee, bulan nie 31 hari ada. Takpe, lusa kena terjah kaunter KTM-lah.
Then, pi jamu mata kat Mydin Manjoi. Beli barang-barang dapur jer untuk memenuhkan peti ais. Before balik santap sizzling mee kat foodcourt. Takdelah sedap sangat tapi aku makan habis jugak :)
Bosan dowh kat umah walaupun banyak keje yang boleh dibuat. Kain baju tak berlipat, umah sepah, keje sekolah banyak tapi sume tuh tak memberi semangat pun. Yang semangat bila boleh berjalan-jalan pusing dunia :)
Anyway, baru tadi jer aku selesai buat puding cocktail. First attempt buat puding nie hasil mentekedarah kawan-kawan punya makanan. Even tengah hari tadi pun aku try simple resepi member gak iaitu ikan bilis goreng kicap. Tapi aku buat tak bape nak sedap lah. Ikan bilis liat plakkk...spoil betoi tapi of cos habisss licin aku sapu.
Wokey, keje sekolah sok pagi aku settlekan. Now nak usha movie korea kat tv-9 plaks. Saranghe ^^
No comments:
Post a Comment