Thursday, December 23, 2010

Perjalanan Haji









Menara Jam di Kota Makkah



















Perjalanan Haji bermula dari Kelana Jaya pada 7 November 2010 [also my best-day]. Para jemaah kena berkumpul di Kelana Jaya untuk proses imigresen dan sedikit sebanyak  diberi taklimat sebelum berangkat. Kemudian, ramai-ramai akan naik bas yang akan membawa semua tetamu Allah ke KLIA, Sepang dengan escort polis.
taklimat di Kelana Jaya


Wah, sangat best perasaan masa nie tapi sebak pun ada jugak. Dalam bas sunyi dari suara manusia sebab masing-masing kusyuk mendengar alunan b acaan Al-Quran yang dipasang pada radio bas. Setibanya di KLIA, semua jemaah, dikehendaki masuk ke ruang menunggu untuk boarding. Perjalanan mengambil masa selama 9 jam++.  Para jemaah akan berniat di Qarn Al-Manazil sebab terus masuk ke Mekah. Kita perlu alert di mana lokasi untuk niat tetapi pilot juga turut membantu dengan mengumumkan apabila telah tiba di kawasan miqat. So, janganlah kita tidur sampai tak dengar announcement yang dibuat.

 
 ruang menunggu - airport Jeddah

 
Tiba di Mekah, waktu subuh dah pun masuk. Kami still atas flight tunggu turn nak keluar ke terminal. Kenapa still waiting? Sebab terminal penuh dengan jemaah-jemaah negara lain. Untuk ke terminal, para jemaah perlu menaiki shuttle ke sana. Sampai terminal, masing-masing berkejar nak ke toilet untuk amek wuduk. Aduh! Toilet memang tak memuaskan. Sudahlah begitu, ramai pulak orang queue. Masa nie kesabaran dah diuji. Wat biasa jer lah, tunggu turn dan masuk toilet buat tak nampak apa-apa kat dalam tu untuk melepaskan hajat kita.
pintu gerbang masuk ke kota Mekah


Proses imigresen sangat lama. Rasanya hampir 2 jam menunggu. Daripada berdiri, terus bukak tikar dan duduk kat situ. Time scan barang yang dibawa, beg aku kena geledah sebab dorang nampak mp4 aku. Nasib lah beg aku banyak zip and lastly dorang tak jumpa kat mana. Huh! Masa tuh dah cuak and berdoa harap lepas.


 laluan terowong

laluan melalui deretan kedai

[gambar di atas adalah dua laluan yang digunakan oleh kami untuk ke masjid hari-hari. jarak perjalanan adalah 750m. selalunya time subuh lalu kat terowong sebab dekat sikit berbanding lalu depan deretan kedai. cuma time balik of course lalu depan kedai.sambil-sambil tu boleh menjamu mata dan menjamu selera ^^]

Settle semua, kami berkumpul di satu kawasan menuggu mengikut nombor bas yang diberi. Bas aku nombor 2. Atas bas, kami diberi sarapan iaitu Nasi Mandey Ayam. Perghhh, memang best lah..sedapppp… Memang perut pun tengah lapar. Makan atas bas jer, so pepandai lah makan dalam keadaan tak stabil. Dalam bas masing-masing melayan perasaan sambil bertalbiah. 

 






[kawasan sekitar apartment hotel tempat kami tinggal di Burj Al- Salah - view dari roof top dan front hotel]















Sampai di Mekah, kami di hantar terus dihadapan apartment hotel. Semua jemaah akan tinggal di bilik yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Bilik nie jenis asing-asing lelaki dan perempuan. Setiap floor ada kitchen untuk memasak.


tawaf mengelilingi kaabah

 tempat saie umrah atau haji


 Bagi hari pertama, pihak mutawif akan membawa semua jemaah untuk menunaikan umrah atau bagi yang berniat haji, boleh tawaf selamat dating dan saie haji. Kami dibawa melalui terowong untuk ke masjid haram. Agak jauh perjalanan dan berdebu. Sampai di masjid, masing-masing terus masuk untuk buat tawaf. Memang ramai orang tapi setiap orang akan ada ruang untuk menyelesaikan Ibadah.. Selesai tawaf terus buat saie haji. Syukur, semua dipermudahkan.


Tips; untuk memudahkan berjumpa selepas buat ibadah, better tetapkan tempat untuk bertemu semula. Pilih petunjuk kekal dan bukan sementara. Contohnya, tunggu di pintu nombor 20. Sebabnya, bila dah masuk kat dalam, semua pintu dan tiang nampak sama dan bagi yang tak alert boleh menyebabkan sesat kat dalam masjid.

No comments: