Friday, August 13, 2010

Al-Qadr


Terjemahan:

1.    Sesungguhnya kami yang menurunkan (al Qur’an) pada malam kemuliann (al-Qadr).
2.    Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3.    Malam kemuliaan (al-Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan.
4.    Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5.    Malam itu (penuh) kesejaheraan sampai terbit fajar (Subuh).


1.0 Nama Surah

Surah ini dinamakan surah al-Qadr kerana membicarakan tentang kebesaran dan kemuliaan malam al-Qadr. Pada malam tersebut Allah SWT turunkan al-Qur’an. Firman Allah SWT dalam surah al-Qadr, 97:1 bermaksud: "Sesungguhnya Kami yang menurunkan (al-Qur'an) pada malam kemuliaan (al-Qadr)”. la bermaksud pada malam yang penuh dengan kebesaran dan kemuliaan.



1.1 Huraian Surah Al-Qadr

Ayat 1, firman Allah SWT bermaksud:

“Sesungguhnya kami yang menurunkan (al Qur’an) pada malam kemuliann (al-Qadr).”

Ayat ini sejajar dengan firman Allah dalam surah al-Dukhan,44:3 bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur'an pada suatu malam yang diberkati." iaitu diturunkan pada bulan Ramadhan, ini berdasarkan kepada firman Allah "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an…” dari surah al-Baqarah, 2:185. Allah telah mengagungkan al-Qur'an dengan tiga cara:

Pertama: Disandarkan penurunan al-Qur'an kepada diriNya dan dijadikan kitab al-Qur'an sebagai kitab khusus kepunyaanNya.

Kedua: Dia diungkapkan di sini dengan hanya menyebutkan gantinama (dhamir) bukan dengan nama zahirnya. Ini sebagai bukti betapa hebatnya al-Qur'an sehingga tidak perlu pengenalan tentangnya.

Ketiga: Allah mengangkat dan mengagungkan masa atau tempoh ­penurunan al-Qur'an itu.


Ayat 2, firman Allah bermaksud:

“Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?”

Soalan ini adalah bertujuan untuk menyatakan betapa besar dan mulianya malam al-Qadr. Dinamakan sebagai al-Qadr ialah kerana Allah telah menetapkan pada malam tersebut apa yang dikehendakiNya sehingga ke tahun yang akan datang atau mungkin juga disebabkan oleh keagungan dan kemuliaan malam tersebut. Ini berasaskan kepada firman Allah bermaksud: "Pada malam itu ditentukan segala urusan dengan penuh hikmah." (al-Dukhan, 44:4).

Ayat 3, firman Allah bermaksud:

“Malam kemuliaan (al-Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan”.

Antara ketentuan yang memuliakan malam itu ialah beramal pada malam tersebut adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan. Al-Imam Ahmad dan al-Nasa'i meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa beliau telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila tiba bulan Ramadhan, Baginda bersabda maksudnya: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kamu berpuasa pada bulan ini. (Dalam bulan ini) Pintu-pintu syurga dibuka. Pintu-pintu neraka pula akan ditutup. Syaitan-­syaitan dibelenggu. Pada malamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Maka barangsiapa yang dijauhkan dari kebaikan dan kelebihan pada malam berkenaan, maka ia benar-benar rugi."

Disebut pula satu hadith dalam sahih Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Barang siapa yang mendirikan solat (qiam al-layl) pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya."


Ayat 4, firman Allah bermaksud:

“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.”

Para malaikat dan Jibril turun dari langit ke bumi menurut perintah dan segala ketentuan yang telah ditentukan pada malam al-Qadr. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Sesungguhnya Allah telah menentukan satu ketentuan yang khusus pada malam al-Bara'ah (malam melupuskan). Apabila tiba malam al-Qadr maka Allah sampaikan ketentuan khusus itu kepada malaikat pelaksananya."

Malaikat tidak boleh melakukan sesuatu melainkan dengan izin dari Allah. Ini berdasarkan kepada firman Allah dari suray Maryam, 19:64 bermaksud: "Dan tidaklah kami Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu." Manakala maksud al-Ruh ialah Jibril 'alaihissalam, yang disebut khusus dalam ayat ini sebagai tanda kemuliaannya. Sebutan ini menunjukkan ataf sesuatu yang khusus kepada sesuatu yang bersifat umum (jenis malaikat).

Antara faedah dan kepentingan turunnya para malaikat pada malam al-Qadr ialah untuk melihat berbagai-bagai bentuk ketaatan di kalangan manusia di muka bumi; suatu hal yang mereka tidak melihatnya di kalangan penghuni langit. Mereka akan mendengar suara.-suara rintihan manusia yang berdosa yang memohon keampunan. Ini lebih disukai oleh Allah dari munajat dan tasbih para malaikat kepada Allah. Lalu malaikat berkata: "Marilah kita mendengar suara yang lebih disukai oleh Allah SWT dari munajat dan tasbih kita."

Barangkali amalan ketaatan di bumi pada malam sebegini merupakan suatu keistimewaan khusus. Para malaikat juga menuntut kelebihan malam tersebut demi untuk mendapatkan pahala tambahan. Sebagaimana seorang hamba Allah menuju ke Mekah untuk menjadikan dirinya lebih mentaati Allah dan mendapat pahala yang lebih banyak, maka demikianlah juga malaikat.


Ayat 5, firman Allah bermaksud:

“Malam itu (penuh) kesejaheraan sampai terbit fajar (Subuh).”

Ini adalah malam yang diliputi dengan segala kebaikan disebabkan turunnya al-Qur'an dan para malaikat sebagai saksi. Malam ini malam yang serba selamat, aman, baik dan berkat. Tidak ada sebarang keburukan; bermula dari gelincir matahari sehinggalah terbit fajar. Pada malam tersebut akan diturunkan kebaikan dan keberkatan tidak putus-putus, malaikat rahmat turun secara berkumpulan sehingga fajar menyinsing.


1.2 Aplikasi Ayat-ayat Surah al-Qadr Dalam Kehidupan

1.    Pada malam berkat yang di turunkan Al-Quran secara sepenuhnya dari Loh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat. Sebagai umat Islam hendaklah memperbanyakkan membaca al-Quran dengan ikhlas untuk mendapatkan ganjaran pahala seperti yang dijanjikan apatah lagi al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan iaitu bulan yang mulia. Membaca dan memahami al-Quran boleh mencegah seseorang melakukan perkara-perkara mungkar kerana segala suruhan dan larangan Allah terkandung dalamnya.

2.    Di tuliskan pada malam tersebut qadar atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa juga perkara yang berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu berdasarkan firman Allah surah ad-Dukhan: 4-5 maksudnya: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus Rasul-rasul”. Lalu, malam al-qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik dengan menghidupkan malam-malam akhir Ramadhan melakukan ibadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita. Apatah lagi belum tentu kita akan dapat merasai malam qadr tahun berikutnya.


3.    Malam ini lebih baik dari seribu bulan untuk beribadat kerana beramal pada Lailatul Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya Lailatul Qadr. Walaupun ibadat yang dilakukan menyamai dengan seribu bulan, ini tidak bermakna hanya pada malam- malam tertentu sahaja perlu beribadat dan pada hari lain meninggalkannya tetapi hendaklah dilakukan berterusan dalam kehidupan kita.


4.    Pada malam itu, turunnya Malaikat Jibril dan para malaikat sambil berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka. Maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturrahim dan individu yang sedang bermusuhan. Jadi, sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengamalkan cara hidup yang diredhai oleh Allah. Biarpun empat golongan itu berpeluang mendapat malam qadr tetapi mereka tetap tidak akan diampunkan oleh Allah kerana telah melakukan perkara mungkar. Sebab itu, pada malam- malam dalam bulan Ramadhan, umat Islam digalakkan menunaikan solat tarawikh.


5.    Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hikmah Allah merahsiakan malam qadr kerana mahu hamba- hambanya sentiasa melakukan ibadat dengan ikhlas dan hanya mengharap keredhaannya di dunia dan akhirat. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah qiamullail (bangun dan beribadat tengah malam).


6.    Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah. Jadi, hamba- hambanya yang terpilih dan berusaha sahaja akan mendapat peluang itu. Hidup kita adalah pendek jadi panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

~~Note: assigment

4 comments:

Anonymous said...

Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to say that I have
really enjoyed browsing your blog posts. After all I will be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!



Also visit my web site; Bradly Gutzmann

Anonymous said...

Only commonplace doubts Naturally i catch comes from men and women enthusiastic about a larger number of
units manufactured by Blendtec. Specifically what construction played with over the Playstation portable?
Some regarding that is related to 1 inch on top of the supplementary on the significant canal.
You would choose some container different sizes directly to best suit one's blending together needs. The notion that all those juicers get rid of digestive enzymes through the new fruit included in isn't going to hang standard tap water if you are observed.

You are allowed to power all the formation each and every
A number of integrating velocities.

Feel free to visit my page: high performance blenders from vita

Anonymous said...

You will find there's enormous joy to earning a normal sheet from nothing. You've got area of the withstand,
you can maintain the actual mixer aboard a fight,
as a result is normally of ininterrompu screen,
as choice a little something which will appear quality in the kitchen space and as well , complement next hardware.
Your Viking food processor possess a management lustrous type could possibly
for sure bring fascination for the food preparation allowed to remain
fluffy health and colours. Then again, the product is obvious the fact
nominal algorithm would be likely to put together a significant amount smaller
amount of tone.

Stop by my web site laboratory mixers india

Anonymous said...

Countertop mixers typically have juice extends 290 and furthermore
Seven hundred h, however some obtain One single,500 m if not more.
The down-side at veggie juice extractor is because they are set up of unattached
type of making juice has to have, and as well you should't use them commercially extra juicing capabilities. To 1973, by just specific concerned naturel associated with tom Dickson an blender or food processor moved into real estate. It is possible to extremely easily become these kind enzymes on the approach together with profits and consequently veggies and fruit. When you buy your primary force juicer there is usually course get contain some dazzling performance machine meals with them.

My web-site :: blender reviews