Friday, September 14, 2007

Kelebihan Solat

SOLAT MENJADIKAN OTAK KITA SIHAT.

Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa menghadap Allah (meninggal dunia), sedangkan ia biasa melalaikan solatnya, maka Allah tidak mempedulikan sedikit-pun perbuatan baiknya (yang telah ia kerjakan tsb)". Hadis Riwayat Tabrani.

Solat itu menjadikan otak kita sihat "Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan Berkorbanlah" (Q.S Al Kautsar:2)

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang diberikan oleh ALLAH kepadanya. Seorang Doktor di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang di temuinya didalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam dia amat yakin perubatan secara Islam dan oleh sebab itu itu telah membuka sebuah klinik yang bernama "Perubatan Melalui Al Qur'an" Kajian Perubatan melalui Al-Quran menggunakan ubat-ubatan yang digunakan seperti yang terdapat didalam Al-Quran. Di antara berpuasa, madu, biji hitam (Jadam) dan sebagainya. Ketika ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam maka doktor tersebut memberitahu bahawa sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.

Setelah membuat kajian yang memakan waktu akkhirnya dia menemukan bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf didalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang iaitu ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ertinya darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh kerana itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganut agama Islam "sepenuhnya" kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.

Kesimpulannya :

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang apalagi lagi bukan yang beragama Islam walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan mereka akan hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara normal. Justeru itu tidak hairanlah manusia ini kadang-kadang tidak segan-segan untuk melakukan hal hal yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan tersebut adalah tidak sesuai dengan kehendak mereka kerana otak tidak boleh untuk mempertimbangkan secara lebih normal. Maka tidak hairanlah timbul bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat saat ini

No comments: