Tuesday, August 14, 2007

Cinta Sejati vs Tergila- Gila

Cinta Sejati
~ Berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama.

~ Ia berdasarkan kepada kefahaman – anda perlu memahaminya dan dia perlu memahami anda.
~ Anda lebih menumpukan kepada kesejahtraan orang lain daripada diri sendiri.
~ Anda cuba meningkatkan kesejahteraan dirinya yang sebenar.
~ Sepanjang hayat.


Tergila- Gila
~ Anda boleh tergila-gilakan seseorang dalam masa yang singkat dan secara mendalam, tetapi tidak semuanya menjadi cinta sejati.
~ Untuk tergila-gilakan seseorang, anda perlukan seorang sahaja – diri anda. Perasaan anda yg mendalam terhadap orang itu wujud berdasarkan kepada tanggapan anda terhadapnya; anda jatuh cinta pada imej yg anda bentukkan untuknya. Biasanya selepas tiga bulan, anda akan tersedar bahawa dia bukanlah seperti orang yang anda wujudkan.
~ Pentingkan diri sendiri kerana anda cuma mahu berasa seronok untuk diri sendiri sahaja.
~ Tidak mahu berkongsi dan cemburu.
~ Tidak kekal lama (tiga hingga enam bulan); tapi jika keadaan itu dihalang, ia mungkin lebih lama kerana anda akan menjadikan dia idola anda.

No comments: