Sunday, March 11, 2007

Nota Buat Si Pemarah

Bohonglah jika kita kata kita tidak pernah marah. Marah merupakan suatu emosi yang subjektif dan kadangkala sukar diduga. Marah merupakan perkara biasa dalam hidup manusia tetapi menjadikan seseorang itu luar biasa adalah cara dia mengawal kemarahannya.


Pelbagai cara manusia melepaskan rasa kemarahannya. Ada yang menunjukkan dengan perubahan emosi yang ketara pada wajahnya. Ada pula yang mengambil sikap berdiam diri sahaja. Ada yang tidur. Ada pula yang makan berlebihan tetapi yang berbahaya sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan yang serius.


Daripada Sulaiman bin Sharad R.A katanya , dua orang lelaki sedang memaki hamun. Melihatkan itu , lalu Rasulullah S.A.W bersabda:- “Sesungguhnya aku tahu satu kalimah yang kalau dia membacanya , nescaya hilang marahnya.Kalimah itu adalah “auzubilla himinasy syaitonirrajim” yang bermaksud “Aku berselindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang terkutuk”


Pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa bagimda bersabda bahawa :- “Yang bernama Pendekar itu bukanlah orang yang menjatuhjan lawan tetapi Pendekar sejati ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah”



Note: Info dari email

No comments: