Saturday, March 31, 2007

Hari Maulidul Rasul

Hurrmmm.....luper laks aku yang hari nie Maulidul Rasul.....means hari nie adalah hari kelahiran Rasulullah s.a.w....Lahir pada 12 Rabiulawal tahun gajah.....kat sini aku nak letak sikit info yang aku amik dari al-azim.com pasal Maulidul Rasul...
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.



Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Pengertian untuk bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.


2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah. Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Devil Beside You


Lastly siap gaks aku menorrent citer nie.....itu pun nasib ler aku tertengok citer nie kat 8tv kalo tak aku pun tak tau yang citer nie best...actually, hero tur yang hensem ^^;)...hehe.....before aku donlot nie aku dah abis pun usha citer nie online sebab dah tak sabo nak tau camner jalan citer....lepas abis tur, aku terus menorrent ler.....hari ni baru ler complete citer nie total 20 episode.....best gaks ar citer nie, pasal bakal adik beradik tiri yang jatuh chenta....lakonan mike he ngan rinie.....memang seswei gitu.....lately nie banyak citer taiwan yang best n memikat hati aku tuk usha...before nie aku kureng sket nak tengok citer taiwan sebab jalan citer cam lambat gitu.......tapi sekang banyak yang dah ok jer n makin menarik...

Monday, March 26, 2007

Wallpaper ^^;)

Kat sini saje jer aku nak tepek wallpaper desktop aku kat opis.....entah naper tetiba aku suker plak ngan jun ki ^^....

Sunday, March 25, 2007

Updated ^_^

Aku baru jer balik dari umah eli.....tengok anak buah ler katakan.....hehe...comel gaks...kepala bulat jer.....tadi tengah hari eli datang umah so, aku follow jer dia balik sebab dari minggu lepas laie aku nak nengok anak buah aku yang sorang tur......kepala pon dah botak sebab baru jer wat cukur rambut masa ari jumaat ari tur.....suke nengok kepala baby tur...bulat jer......at last tercapai gaks ler aku nak nengok camner rupa muhammad hafiz........gambo hafiz yang bawah sekali tur sebijik cara tido eli aka abah dier ler.......balik dari puchong, aku terus singgah endah parade....nak beli dinner katakan.....aku ingat nak makan piza tapi compem lambat so, aku decide nak makan mc d jer....cepat sket sebab nak kejo maghrib......kang tak sempat laks......

Thursday, March 22, 2007

Interview....

Isnin baru nie aku dapat col kata aku short listed tuk gi interview jawatan pembantu pegawai pentadbiran.....memang hepi ler...mana taknyer, aku send tiga jawatan n ketiga² jawatan tur panggil tuk interview....tapi last² aku decide tuk pegi jawatan pentadbiran...aku pun tak tau ler napa.....actually aku lebih minat bahagian teknikal.....pagi tadi dalam kul 7.30 am aku pegi ler naik train...sampai tepat² kul 8.30 am.....aku ingatkan short listed tur tak ramai tapi pergghhhhh...ramai giler.....ibarat sapa yang mintak compem panggil interview......rupanya tak sebab ada kawan budak yang gi interview tak dapat panggil pun.....tunggu punya tunggu.....last² kul 2.30 pm turn aku...pergghhh....dah lunyai n lemau rasa dok kat luar tunggu nak interview....lama gaks arr aku rasa......kuar dekat 3.00 pm++....disebabkan memang dah tak larat, aku terus jer balik.....naik tren sampai kat kl sentral dah tersilap platform.....aku nak pi tasik selatan tapi aku naik tren yang nak gi kl.....sib baik budak yang dok sembang² ngan aku kuarkan peta so, aku pun baru perasan yang aku salah naik tren....kuar balik tren tur n pi tukar platform.....sib baik tak lama tunggu....sampai tasik selatan, baru lega.....pi makan dulu pastu pi klinik sebab nak tanya status injection aku...rupanya doktor tur dah bagi kat orang lain....terpaksa aku tunggu laie....kalo dia tak col aku dalam dua tiga hari nie siap ler......

Saturday, March 17, 2007

Today's Report!!

Hari nie Sabtu so, keje half day jek....pas keje aku terus pi JJ sebab nak beli baby gift kat anak eli...nama baby tur Muhammad Hafiz...simple jek sebab budak² sekang nama kemain panjang laie.....aku pun tak tau nak beli barang per tapi memang sebab aku pun suka barang disney so, aku beli ler set baju disney tuk baby.....

Tetiba terasa pulak nak makan pizza so, aku pi ler order pizza....aku tapau jer ler sebab maleh nak makan sensorang kat situ....lagipun, boleh makan sambil nengok tv.....aku pi JJ pun tak lama mana...ader ler dekat sejam lebih jer......nak usha² jer yang mampu, nak beli tadak duit...tur yang maleh sebab nanti kempunan kalo tak dapat apa yang aku nak.....samapi umah jer, habis pizza tur aku kejakan...huhu....sedap!!



Tuesday, March 13, 2007

Hangin!!! >_<

Harrgggghhhh.....hangin satu badan aku.....nak print pun computer lembab giler....faktor² camnie yang membuatkan ku geram n baran nie....dah ler kat department haram satu benda pun takder kemudahan...komputer dah ler jenis zaman tok kaduk...lembab giler...printer usah dikata...langsung takder.....version 98 dah takder sapa nak pakai.....ader printer laser jet pun aku takleh nak connect sebab version tak support......tadi aku nak print ler kat BDD tapi computer dia lembab giler...dari kul 9.45 am sampai 11.00 am baru 8 keping jer benda yang aku boleh print....aku bukannyer nak kata aku nak layanan VIP ker hapa tapi biarler senang aku nak wat keje....lama² camnie aku pun fed-up......benda cenggini yang buatkan aku maleh nak settle keje aku yang memang banyak tertunggak nie....biler nak siap aku tak tau..deadline memamng dah dekat sangat tapi aku nak kena cover keje tuk setahun...mampus aku....rasa cam nak berenti keje jer....

Monday, March 12, 2007

Download Activities


Hehe...sajer jer nak tepek aku nyer internet status kat sini......bukan per, takat nie iniler masa yang paling lama aku amik tuk donlot citer aka menorrent......selain tur aku jugak tengah upload citer tuk adik aku guna pando.....komputer nie memang aku selalu on jek......paling lama 3 hari tak tutup arr.....tapi masalah ngan computer nie ler...geram tul....baru nak cipta rekod 2 harinyer internet status tetiba comp nie shutdown plaks.....tur yang leceh......aku pun tak tau naper leh jadik camtu....kadang² kalo lama sangat dok bukak, dengan sendiri comp ni restart sendiri.....hampeh jo......kalo aku senang jer solution nyer...kalo dier restart, aku connect ler balik tenet...bukan susah pun.....huhu!!

Anak Sedara ^_^

Hehe...tetiba aku dapat berita gembira....tadi abah tepon kata aku dah dapat anak sedara......abang aku dah ada anak beb.....pas dapat col abah, aku plak yang excited so, aku tepon ar eli n tanya....cam biasa ler, orang baru jadik ayah so, sore gembira jer....kak azwa bersalin pagi tadi kul 2.00 am++......lerrr...time tur aku pun tak tido laie.....dapat anak laki plak tur....aku pun tak expect dapat anak laki sebab aku teka anak pompuan......sama ler anak eli ngan anak kak liza....ada geng ler dorang........disebabkan aku pun baru jer dapat anak sedara so, aku pun nak ler kasik baby gift tapi tak tau nak kasik per?????yang aku minat barang² disney.....apa² hal kena survey dulu apa yang patut.......ingatkan aku tak ler excited biler dapat anak sedara tapi jadik lain plak....syok juga bila ada anak sedara sendiri nie....before nie just anak sedara sepupu jer yang aku rapat....tur pun ngan dania, anak kak liza......apa pun hari nie aku cam hepi jer sebab first dapat anak sedara...nama per tak tau laie.......kira nie ler anak sedara first in both family which in my family my brother is the elder n in kak azwa's family she's the elder.....mak ayah aku pun siap dah bahasakan diri tok laie.....kuang...kuang.....kelako plaks...apa² pun yang penting anak² sedara aku kena panggil aunty faridah bukannyer mak ngah....huhu.......tak glamer tur!!!kekkekee.....

~sekadar luahan rasa yang amat hepi~

I Hate Monday!!

Huh...dah kena keje laks....tau ler aku memang tak baper suker ngat ari Isnin nie.....yer lar, hari nie ler hari tuk stat keje pas cuti sepanjang hari ahad.....paling aku suka hari khamis, jumaat n sabtu.....hari ahad laks hari yang meletihkan sebab apa aku pun tak tau nak explain...kui...kuiii...kebetulan hari nie ngan sok boss aku takder so, aku rilek sket ar.....tapi hari² pun memang aku rilek...kikiki....rehat kang ingat nak tido jer....yer ar, pagi tadi nak bangun pun maleh...ngantuk beb, semalam tido kul 3.00 am++.....nak bangun kul 7.00 am pun maleh......aku siap² ala kadar jer....pakai t-shirt opis jer ngan tudung turki....satu habuk pun tak yah nak iron....aku kalo dah lambat senang jer, sambar apa² baju yang tak yah nak iron.....ok ler....aku pun nak stat wat keje dah...satgi kata aku curi tulang pulak....tapi memang ya pun...kalo tak, takkan ler aku leh guna hak opis untuk wat keje peribadi cenggini...huhu...