Yuhu!!!! lama giler dah tah update blog nie... windunyer tapi apa leh wat.. selagi takder streamyx kat komp sendiri memang susah ler nak masuk.... huhu... nie pun sebab mood keje tak sampai laie so, boleh ler berblog jap.... bukan susah pun, juz copy and paste dari mail jek... neway, kat sini ada petua sket tuk orang pelupa cam aku...hehe ^_^!! tanpa buang masa baikler aku terus taruh kat sini before lebih terlupa... wakaka!!
Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa.
1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan
Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang.Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.
~~Note: juz nak memanjangkan petua yang aku dapat tuk korang sume... sama- sama ler kita amal.