Saturday, December 29, 2007

Apa Apa Saja "."


Semalam aku gi Putrajaya sebab nak pi bayar eperolehan kat MOF... disebabkan dah takder sapa nak pi, terpaksa jugak aku gi sendiri sebab boss dok bising.... sebabkan aku pun tak expert area Putrajaya mau berpusing aku carik bangunan MOF tuh.... lastly jumpa gaks lepas berkali² dok u-turn and mencari parking.... sib baik aku sempat bayar time tur even masa aku sampai dah kul 12.30pm... maklumler, kerajaan nieh kalo bab- bab rehat memang punctual....

Sebabkan rini ari jumaat, aku pk lebih baik aku balik umah coz orang laki masuk kul 2.30pm and apa salahnyer kalo aku join dorang sekali.... sampai umah aku sempat usha citer Kaajjal... best² sebab usha tv so, takder langsung buffer cam kat tenet...

Rini laks sabtu and as usual hari leisure so aku bukak ler entry baru.... apa pun keje 2007 kena setel before masuk new year... and pehtu kena start new mission and vission... uikksss... jadi ker azam aku?? tatau ler... tiap² tahun dok berazam tapi tak pernah capai pun rasanyer... watever!!!


Tuesday, December 25, 2007

Rahsia Di Sebalik Senyuman


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".



Panjang Umur dan Murah Rezeki

Note: entry nie aku copy paste dari email untuk menyebarkan lebih luas... and supaya otak kita sentiasa berfikir... betul ker tak??? apapun yang penting kutip yang baik jer.... ok.


Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?
Nak ?
Tentu korang nak bukan?
Baiklah, teruskan bacaaan, tapi sebelum itu...

Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahawa,
perkataan "korang" adalah termasuk juga diri 'aku' sendiri...harap maklum.



Salam......

SEBUAH CERITA SECARA 'MAYA'....

Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang korang mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas..,barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!

Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk) lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?

Jawab mereka yang tua-tua itu...
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami menikmati erti hidup...

Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamadun manusia...

Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya... Korang pun nak tiga perkara ni bukan?

-Harta
-Sihat
-Umur

Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan? ( akuPUN sama..oh)

Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.: Apa yang mereka mahu?

Kata Saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya... (lebih kurang maksud):

"Aku tidak mahu harta ini... jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?

Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak sengaja)sehingga kakinya berdarah...(lebih kurang maksud):

"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa ..., tapi Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga Allah mengampunkan dosaku...
(oh...)

Kata saidina Khalid ra selaku 'pedang Allah'...ketika balik dari medan perperangan... (lebih kurang maksud) "hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan shurga yang luas, aku cemburu kepada mereka yang mati shahid di jalanMU ya Allah...

Nota: (wahai 'pedang Allah'.. Allah telah muliakan 'pedang Allah' dengan tidak pernah jatuh akan 'pedang Allah' di jalan Allah..subhanAllah. .)

Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan : Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki?

Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang mereka mahu...?

Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik baginda.

Jawab baginda SAW lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU...

Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk kitab.) Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud... Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah di kurniakan kepadaku..., aku malu untuk minta sembuh...

Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa, telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael... lebih kurang maksud... "boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"

Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan : Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki ler...
(Isk..isk...)

Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?

Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat! (dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya! !)

Apa yang firaun mahu?
"aku mahu panjang umur"

Apa yang Qarun laknatullah mahu?
"aku mahu murah rezeki"

Apa yang korang mahu?
"panjang umur dan murah rezeki"

(no komen...)

Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?

Apa yang Abu bakar r.a mahu?
"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu" (di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)

Apa yang Aisyah r.a mahu?
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari pengadilan di padang mahsyar kelak!!!

Apa yang Umar r.a mahu?
"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung" (juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)

Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikan!!!

Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini...Sekarang mari kita tanya org dalam neraka pulak..

Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikan..."

Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan Allah kembali ke dunia untuk beramal agama, diorang nak MASA!!!

Korang semua!!!
Banyak betul masa yang ada untuk baca email ni.., jadi aku nak tanya korang semua!!!!

Apa yang korang MAHU?
Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa...

PENUTUP

Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit "wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati...

Apa itu 'wahan'?

Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"

Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami tentang apa itu "wahan" Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya dapatlah di buat kesimpulan mahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan murah rezeki..!!!! oh

Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai kiamat!!!!!

Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka!!!!

Akhir sekali, selaku bukan doctor, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit 'wahan', kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya), terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!

Tanda tanda korang ada penyakit 'wahan'...
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.)

~Mudah di tipu oleh skim cepat kaya...
~(Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang
~Simpan duit banyak banyak dalam bank
~Teringin nak jadi jutawan segera!!!
~Nak jadi penyanyi biarkan tanah perkuburan mak bapak semak samun..(jenguk pun time raye je)
~Tengok Masjid kosong tak rasa apa apa.
~Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan...
~Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
~Bercita cita nak tengok, spiderman part 4, superman return part 2, dan macam macam part lagi!!!
~Suka tengok drama TV yang bersambung...
~Suka tengok hiburan atau sukan secara 'live'
~Malas baca Al-Quran
~Malas solat jemaah
~Selalu forward email merapu
~Suka tengok bahagian dada perempuan.
~Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
~Up date lagu terkini di carta TV/radio
~Suka hias kereta
~Up date Porno hehari
~Takut hantu
~Takut melihat kereta mayat
~dan banyak lagi!!!!
Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH... isk..isk...(terasa jahilnya aku..)

Sekian...

Monday, December 24, 2007

Kisah Raya Aidiladha

Hye..hye.... welcome back... rini aku start keje... semalam aku baru balik dari kampung and family aku sumer berkampung kat sini.... bukan sebab nak menghantar aku tapi sebab nak menghantar adik² aku.... ceh.... hehe...takkan jeles kot!! *weng**weng**

Aku start balik kampung 18/12/2007 kul 9.00 pm++ follow family pakcik aku... disebabkan dorang nak ke kedah so, aku tumpang jek sampai tepeng... penat gilos and sampai kul 3.00am++...

Raya korban nie tak semeriah raya puasa... aku pun tatau naper tapi kalo ikut kata kawan aku, nak meriah raya korban pi ler beraya kat kelantan..... tapi kalo raya pose dorang laks yang tak meriah.. hummm..... maybe satu hari aku kena beraya kat sana so dapat ler nak rasa sendiri camner suasana tuh......

Time hari raya pertama jiran aku wat korban... and kebetulan aku laks leh usha live camner dorang nak wat keje- keje sembelih sebab lembu tuh dorang tambat kat belakang umah aku jek... pehh... garang giler lembu tuh and ganazzz tul.... tapi last- last terkorban jugak ler dia...

~~lembu yang ganazz~~

~~posing lembu time rebah~~

~~terkorban jua~~

Satu benda yang aku tak suka sebab time raya kedua, dengan rajin nye aku pergi belakang rumah tuk bakar sampah sarap.... tapi akhirnya aku yang merana sebab aku di gigit nyamuk.. huwaaa... sedey tul.... aku tak kisah laie kalo kena gigit tapi nie dah tahap melampau sampai aku kena pegi jumpa doktor.... sampai hari nie badan aku still gatal² and kuar bintik² merah... makin banyak laks aku tengok... huh!!! takut kut² terkena penyakit pape laks.... nak kata chickenpox aku tak pulak demam... **itchy**

Pagi tadi sebelum pegi keje aku check keta aku and tayar belakang dah nak kempis sebab kena paku... huk3...sadis tul.... aku pun bawak jer sebab tak teruk sangat and time rehat tadi pi tampung and sekali check ader dua menatang durjana kat tayar aku... nak wat camner, dah aku keje kat kilang besi so, pepaham jer ler ekkk.....

Kalo di pk² lagi satu kejadah memang hangin jek... internet kat umah wat hal laks.... entah aper kena dah dekat 2 minggu tak leh guna....

~~snap bulan on d way balik kl~~


Note: badan aku lenguh gilos sebab dok bertapa dalam keta semalam.... jammed tak boleh belah @_@

Friday, December 14, 2007

Rambut Panjang to Rambut Pendek

Petang tadi after balik keje aku terus gi umah cousin sebab nak suh dia potong rambut aku yang dah panjang tuh.. peh, pening aku bila dok pk pasal rambut aku yang panjang and melengkung sebab bekas ikat... hurrmmm, actually nie first time simpan rambut sampai hampir mencecah bahu.... aku pun tatau dari mana datang new spirit to grow it until i can tie a pony tail.... ahaks.. but after reached a limit, i cannot bear it anymore.... i must cut or i'll got headache *dizzy**


Juz potong straight kat belakang jer pun... and it's look ok coz rambut depan aku tak potong.....ingatkan nak alter time balik raya haji nanti.. but i'll think twice coz new style quite suits wif my face.. hemmm.... *shy**


Aku baru jer sampai umah coz lepak punya lama kat umah cousin.... sampai tertido ler aku kat sana and sempat gaks layan citer prince and me kat astro.... sekang pun dah ngantuk tapi cam malas nak tido... ingat nak layan dulu 1 episode korean series.... watever!! *yawn**

Wednesday, December 12, 2007

Driver Mangkuk Hayun >_<

Pehhh... pagi tadi memang totally mad plus crazy ler becoz ader one driver bawak slow cam siput... aku dah ler lambat nak pi keje.... kureng tul ler.... yang paling aku geram siap leh isap rokok ngan tangan terkeluar cam nak makan angin.... macam hampeh and siot jer.... aku dah menyumpah dalam hati gila babeng punya... dah tur, nak stop tak kasik signal.... cam haram tul perangai.......

Mentang- mentang ler aku nie pompuan, dia leh wat derk jek.... aku bukan takmo hon tapi cam tak beradap laks... maklum ler orang dah tua... dorang nie bukan leh ngat kalo budak² muda hon or wat kelaku yang konon² tak hormat dorang.. mesti nak sound tak tentu hala.... sebab aku pernah kena sekali... dah tau memang jalan aku, yang dia pi lintas jalan watper??? pastu kata aku bawak keta laju... kurang ajar punya orang tua..... abis tu?? salah sapa kalo accident?? aku ker??? sedangkan zebra crossing pun memang takder kat situ.... kalo yer nak lintas pun tunggu ler sampai takder kete....

Itu ler yang aku nak lepas geram dari pagi tadi tapi tak berkesempatan sebab... tut***..... hehe... apapun, sekang nie aku tak heran kalo orang nak kata aku bawak kete cam kurang ajar sebab dorang pun kurang ajar sama....

Tuesday, December 11, 2007

My Off Day ^_^!

Yahoo!!!!!!!!! i'm off today because celebrating Sultan Selangor Birthday.... so, as usual nothing I can do juz surfing internet all day... ahaks!!

Sunday, December 9, 2007

Jalan- Jalan Cari Pasal ^_^


Rini aku teman ipah pi jumpa member- member dia kat kenduri kawen abang sorang member tuh kat batu caves... sib baik tak sesat sebab dah terrer sket jalan MRR2 tuh and kebetulan jalan nak pi umah dia tak complicated sebab juz terus, terus and terus hehe..... dekat kul 2 lebih kitorang chow and heading ke shah alam... tapi berpeluh gak ler sebab silap jalan sampai kena masuk ke kl dulu.. hahaha... tapi takper sebab kitorang cool so, hal sesat memang tak jadik hal....


~~pengantin yang dirai~~

Ahaks..... so, sekang nie aku baru jer balik dari jom heboh... penat giler nak berjalan... peh, orang punya ramai and tak leh nak kata ler camner sesaknyer... kebetulan kat stadium shah alam ada wat karnival pertanian and jom heboh... lagi ler orang ramai... dah ler nak jalan punya jauh sebab parking jauh..... sebab salah port... huahaha.... nak kata best sangat pun tak jugak cuma sajer nak memeriahkan keadaan.... maklum jer ler, kalo dah kuar ngan ipah nie apa- apa hal pun tak kisah.. aku pun cuma beli mamee, potato and pad stayfree... nak beli lipstick silkygirl tapi takder laks jenis yang aku nak... rega murah tuh, RM 5.00 jek....




~~suasana di jom heboh~~


Kul 6.00 lebih kitorang start gerak nak balik sebab time tur hujan dah turun sikit- sikit.... jalan punya ler laju sampai sakit kaki aku.. T_T.... Tapi yang best sebab kitorang terserempak ngan ezany time dalam kete... masa tur ezany nak kuar dari stadium and aku pun cam kenal jek driver tuh so, ngan spontan aku cakap kat ipah yang tur pelakon n kitorang pun wat peace and kasik jalan kat dia... disebabkan jalan sesak giloss, aku sempat lagi snap gambar dia and yang paling best dia boleh bukak lampu dalam kete tuh... cayalah!!!



~~ezany in his car~~

Long Tiring Day..... ^_^

Uppsss..... semalam memang hari yang memenatkan.... rini pun maybe sama jugak... bukan penat wat keje tapi penat berjalan.... well, tau jer ler aku memang kaki jalan but kena ada member yang boleh join sekali ler... kalo sensorang tur, jalan aku slow skit arr...

Camner ler aku leh tatau yang gaji dah masuk... biasa ler, bila gaji masuk tak tentu nie aku pun dah malas nak amik tau... actually semalam aku nak pi lepak JJ sensorang tapi bila ipah mention yang gaji dah masuk a day before, aku terus ajak dia gi Mines... and as usual watching movie..... hummm... ritu kitorang usha citer Hitman.. memang best arr... tak rugi tengok sebab banyak aksi... and sesuai sangat ler ngan klasifikasi 18PL... then, abis wayang juz window shopping ler.... Balik kul 6.00 pm gak ler...

Malam tur abang ari call and ajak kuar pi kajang makan satey... ahaks... malu tapi mahu... so, aku pun bedal jer ler.... sampai umah dekat kut 12.00 am... peh.. ngantuk memang tak leh tahan.... Aku tak sedar tertido kat sofa sampai kul 5.00 am plus tak mandi... hehe @_@ aku terjaga pun sebab kipas tak pusing and rerupanya umah aku blackout... aku pun tatau pehal, tapi aku juz naikkan balik fius kat main box... hissshhh..... memacam hal jadik kalo aku sensorang kat umah....

Hari nie janji ngan ipah nak pi kenduri member dia.... so, before tuh aku sempat laie update entry aku tuk kali nie..... kalo ader citer best nanti aku taruh jer kat sini... kalo tak best pun aku nak taruh gak sebab nie blog aku.. so, suketi aku ler... hehe ^_^ peace!!!!

Saturday, December 1, 2007

Enchanted



~~enchanted poster~~

Enchanted merupakan fairy tales terbitan Walt Disney yang aku baru jer usha siang tadi.. menceritakan tentang seorang gadis dari negara Andalasia (fantasy) dihalau ke satu tempat yang tidak ada kebahagiaan oleh ibu tiri Putera Edward, Narissa coz tak nak Giselle berkahwin and merampas takhta.... Then, Giselle yang dihalau tiba ke sebuah negara aneh iaitu New York. Segalanya amat asing baginya dan dia diselamatkan oleh Robert Philips, seorang peguam yang bersama anak perempuannya ketika meminta pertolongan di hadapan billboard castle....


~~when Giselle arrived at New York~~


Sedikit kekecohan berlaku apabila Nancy, tunang Robert terlihat kemesraan antara Giselle dan Robert namun segalanya kembali reda apabila Giselle berusaha memulihkannya. Hubungan Robert dan Giselle menjadi semakin rapat apabila mereka tinggal bersama kerana Giselle yakin kekasihnya Putera Edward akan menyelamatkannya dan membawanya pulang ke Andalasia.

~~d moment before Nancy catch them~~

Pelbagai kisah menarik dapat disaksikan dalam cerita Enchanted. Plot cerita yang tak meleret memang buat aku asyik menonton sampai lupa nak makan corn.... hehe...Lakonan Amy Adams memang menjadi sebab aku dapat tengok character kartun padanya.....

~~she made her own dress wif curtain~~


Sesuai dengan cerita dongeng lain yang akan menemui pengakhiran yang indah dan bahagia selamanya. Pada sapa- sapa yang belom tengok, cepat² ler tengok sebab memamng berbaloi dan tak bosan langsung..... Aku pun dok rasa nak tengok lagi nih... best sangat sangat a.k.a best gilosssss...... ^_^


~~who's her true lurve??~~


Note: visit dis link enchanted - disney pictures. Highly recommend to all of you guys!!!

Thursday, November 29, 2007

My Fren's Wedding


~~juz illustration, ring wif lurve~~

Hurmmm... really sorry to ma coz tak dapat join ur kenduri 1 Dec nie... wanna go but i can't... surely u said i give thousand reasons to not attend ur feast but wat should i do?? i'm a gurl not yet a woman.. ^_^ my parents will not let me go back alone cuz nobody home n at the same time they're coming to kl... so, i juz wanna wish Selamat Pengantin Baru in advance and semoga kekal hingga akhir hayat... at least i attend during ur engagement day... ampun* ampun*


Dis weekend also, my colleague will hold an engagement and i've been invited.... so, kalo ada geng compem aku pegi cuz she will resign end of this year.... while, on Sunday is my cousin's engagement..... hope will get 'tempias' @_@


Wat a hack, i got unexpected news from my old fren.... she told me about some probs happen at my high skool... gosh..... i'm curious who's made out the sort of probs until jadik kes polis.... that's y ler jadik cikgu zaman sekarang sangat ler mencabar jiwa raga.... kalo over marah kat student and ada body contact dah kata kes dera... kalo wat dunno, cakap cikgu lembik.... i'm fucking crazy wif dis situation cuz me too wanna be a teacher... haha.... but i wanna be a music teacher... yaya!!!! wish will come true.... huh.... god, please hear my wish *pray *pray. So, first thing need to do is have to buy box guitar to learn guitar cord..... even dun have talent and my voice quite sexy *shy*shy


~~load situation~

Tomorrow will start my new job scope...... watever, i'll learn to do it even not too expert... thats new experience.... i'll prove i can..... (or cant) *haha * big laugh*




~~Note: wanna make my day more busy!!!!~~

Wednesday, November 28, 2007

Samarinda - Iris

Aiyak.... apahal laks aku nie asik dok citer pasal tv jek??? maybe sebab aku dok stress ker??? hehe... aku memang hantu movie, tv, wayang bagai tapi kalo asik dok citer kat sini jer pasal cerita ceriti apa kehal nyer tuh...... hurrmmm...... tadi aku ader tengok citer Iris nieh and Danish ngan Iris dah pun divorced and kawin ngan pasangan memasing.... dah banyak gak episod aku tinggal sebab tak larat nak tunggu kul 10.30 pm tiap² hari... tapi rini mood aku ok laks and just usha jer... lastly, aku dah addicted balik ngan citer nieh and tak sabo nak usha next episode... hampeh jer aku nie.... pehtu satu tabiat buruk aku, mesti nak kena mencari citer yang aku suka kat tenet.... dapat tengok video clip, info citer sikit² pun takper janji leh paham.... mana tau kut² ader orang yang rajin nak share.... and it's my luck coz aku jumpa satu web yang ada upload citer Iris... ahaks!! memang best... so, lepas nie aku akan usha missed episode...

Kaajjal


Dah lama rasanya tak update blog nie... entahler, sama ada aku takder mood, takder masa atau takder cerita nak create kat sini... hari nie aku nak citer pasal drama bersiri hindustan Kaajjal... actually, aku tak minat pun ngan series hindustan tapi entah napa ngan citer nie aku leh addicted laks... sumer bermula time aku cuti raya pose ritu.... sebab aku tertengok satu episod terus nak tengok yang seterusnya.. tapi bile dah balik kl mana leh nak usha laie... kena keja beb... start kul 1.00 pm sampai 1.30 pm jek..... nak tengok online tak leh sebab comp aku kat ofis cam mangkuk jer.. but harap² after tomorrow aku leh usha thru inet coz my colleague dah last sok and comp dia aku nak wat reta plak... hehe....


Citer nie pasal sorang pompuan kampung asal dari Mussourie nama Kaajjal yang berani, cantik and segala sifat² murni ada kat dia ler... keje sebagai RJ kat sebuah stesen radio.... berjumpa ngan sorang mamat yang eksen, hampeh and buruk sifat tetapi kaya.... dorang nie kalo jumpa jer mesti gado² and ada jer yang tak pueh ati.... Ingatkan dorang dah tak jumpa lepas tapi bila Kajjaal menang pertandingan RJ hunt and kena keje kat Mumbai, dorang berjumpa laie... sebab tempat dia keje kat stesen radio Dev... huk3.... start tuh dorang kena jumpa hari² and kena co-operate.... and sampai ler satu hari Kaajjal falling ngan Dev time mamat tur mabuk and confess yang dia suka kat Kaajjal sedangkan dia dok ingat kat ex- bini dia yang dah mati tuh nama Payal... tapi at last, Dev pon feel benda yang sama gaks....


Yang tak best nyer citer nie sebab ader adegan reborn.... maksudnya Kaajjal and Dev yang sekang nie akan mati lepas kena tembak ngan Karan kat kuil time dorang nak kawin and pastu bersambung laks ngan Kaajjal and Dev yang lain..... and bermula ler balik kisah² camner dorang bercinta sampai ler nak balas dendam ngan Karan tuh... Aku tau sinopsis nie pun dari wiki and aku dah usha dari youtube sebab dah excited sangat.... but aku tak minat nak usha time new Kaajjal and Dev....



Note: cousin aku siap condemn aku sebab usha citer nieh.. hampeh tul!!!!

Saturday, November 24, 2007

Puasa Ganti dan Puasa Enam

~~click to enlarge~~


Article nie aku dapat dari email so, jus nak share kat sini pasal puasa ganti and puasa enam.... maksudnya kalo nak pose enam mesti menghabiskan puasa ganti dulu... tapi kalo ikut pemahaman aku, puasa ganti yang dilakukan dalam bulan syawal automatik akan dapat puasa enam..... but make sure enam hari pose... kalo kena ganti lima hari jer so, tambah ler lagi satu hari as puasa sunat bulan syawal... entah ler, aku buat apa yang aku paham jer...... hope info kat atas nie dapat ler membantu sumer wanita² pasal pose....

Monday, November 19, 2007

The Bad Day!!!


Now, I hate coz i'm a gurl..... warggghhhh....... tension coz i can't do wat i want.... Why i'm being a gurl?? Wish i'm a guy rite now.... if i'm a gurl i cant go anywhere alone, i cant hang out at midnite, need to wear proper, be polite & cannot hoo haa and women also always be a crimes victim....... be a gurl have too many boundaries. wat i think rite now absolutely wrong but i cannot bear all this anymore..... i'm sick with orthodox excuses... women cant do this, woman cant do that.... WTF!!!

Friday, November 16, 2007

Aku Pening Version 2 T_T

Belum pun reda penin aku yang tahap gaban, sekang datang pulak penin tahap cipan... huk3.... bukan penin sebab per tapi sebab nak wat decision untuk hala tuju hidup... selasa baru nie aku dapat tawaran keje kat kilang.... aku tak kisah pun tapi parents aku cam tak baper nak setuju sebab kena keje sampai 12 jam and ader shift plak... orang- orang tua nie memang pun... dia risau semacam jer.. tapi aku laks tak kisah ler sangat cuma kadang- kadang rasa cam tak mampu plak nak keje selama 12 jam tuh... lama giler pada aku.... kira pasal keje kat situ aku dah hampir settle and aku dah col company tur untuk tanya more about other benefits... and i found that yang aku tak boleh tahan kalo keje kat sana.. so, isnin depan aku akan call lagi sekali untuk reject the offer...

Tadi masa aku drive time nak balik keje tetiba aku dapat laks call dari satu badan kerajaan nieh... ingatkan saper.. tup- tup dari gomen rupenyer..... dia call sebab aku dapat offer untuk pergi training dekat kem... tapi kem tur jauh letaknyer.. dekat tasik chinni... huk3.. sedey siot.. dah ler takder kawan.... takkan aku nak pi sensorang laks... yang ronand laks dah tukar nak pi kem johor sebab kebetulan member dia dapat kat sana.... huwwaaaa...... aku sedey..... aku nak pi sebab mana tau kut² aku leh terpilih ker.... hehe... tapi before selected kena attend 3 training dulu and lastly ada interview... training tur start 22 nov sampai 2 dec... aku nak piiiiiii..... tolong!!!! keje laks camner??? penin aku nak pikir masalah laie... dapat ker kalo aku mintak cuti tanpa gaji??? abis tu, takkan aku nak hantar surat resign laks... confirm selected pun tak..... aku dah takder idea... peluang yang datang kat aku selalu dalam satu masa yang singkat... lepas tur hilang jap.... bila datang balik, sekali harung lagi.... aku sudah penin nak pk... parents aku nampak gaya cam tak baper nak agree gaks.... dorang kata kem tur jauh ler, kang kena ragging ler... huk3!!!

~~Note: hope i have a chance to change the camp and join the training!!!!~~

Thursday, November 15, 2007

Aku Pening @_@!!

Aku betul- betul pening memikirkan problem yang ntahapahapa..... mungkin nie cabaran hidup.... aku pun tak tau ler sama ada nak terima atau tak tawaran keje yang baru aku dapat tur... patut aku decide semalam tapi aku dah mati akal... sampai hari nie aku still confuse.... ada pro and contra.... warrgghhhhhh!!!! tension siot.....

Wednesday, November 14, 2007

I For You

nee hontou wa daremo
nee aisenai to iiwarete
kowagari no KIMI to deai
yatto sono imi ni kizuita

kizutsuku tame ima futari
deatta nara kanashi sugiru yo

kokoro kara KIMI ni tsutaetai ...
kitto tada hontou no KIMI no sugata wo motomete

mada bukiyou ni warau ne
mada kanashimi ga niau kara

KIMI to deau tame dake ni sou
umareta nara kaerareru kana ...

kokoro kara KIMI ni tsutaetai
kizutsuki sugita kedo mada aida ni au yo
kokoro kara KIMI wo aishiteru
KIMI ni furu itami wo futte agetai subete I for You

kokoro kara KIMI ni tsutaetai
KIMI no egao itsumo mitsumerareta nara
kokoro kara KIMI wo aishiteru
KIMI ni furu hikari wo atsumeru agetai subete I for You

Tuesday, November 13, 2007

The .........est Day ^_^!

Yahoooooo!!!! i feel good.... dats because I got sumthing unexpected 2day.... ahaks!! but i need family support to go thru if not maybe i'll down... all my frens give full moral support to go for it..... Yeap!!!, i need to give the last words tomorrow..... I must win in dis situation... Fighting!!!!

BLueS JiwA KacAu T_T

KeNaPa??
FiKiRaN aKu aMaT BeRceLarU
MeNjAdi TiDak KeRuaN
KerAnA HanYa KaU YanG Ku InGaTi

KeNaPa??
WaLauPuN Aku TaHu KenYataAn
Tapi AmAt SuKAr uNtuK MenGakuI
KerANa AkU TaKuT KeHiLangAnmU

AdAkaH inI TakDir TuhaN
YanG MenEmukaN DaN MeMiSaHKan
LaLu MeNiMbuLkaN PerAsaAn SayaNg
DaLaM MasA YaNg AmaT SinGkaT

MeNgaPa SeMua InI TerJadI PadAKu
AkU AmaT SenGsAra DenGan PerAsaaN Ini
KerAnA HatiKu PenuH DengaN CintAmu
TeTapi TidaK DaPat BerSama

Aku PasRah DenGan DuGaaN Ini
BiaRLah Semua MenJadI SeBuah KisaH
WaLauPun AkU Masih MenGHaraP
MeNeMuI PeNgHuJunG YanG InDaH


~~Note: jiwang karat siot~~

Monday, November 12, 2007

My Stuffs 0_o!

~~harta benda aku~~


Merajuk???

~~on yesterday evening~~

Hari nie isnin and merupakan hari pertama start keje pas cuti ujung minggu... pagi tadi memang malas sangat nak bangun... sejuk tul and aku terpaksa masak air panas... huk3.. nak guna shower takder hot water... aku sampai tepat pukul 8.00 am and attend assembly... takder isu sangat pun just isu yang berulang jer pada aku... big boss masuk lambat rini.. apehal ekk?? haha...

Lepas rehat kul 10.00 am, abang norwan mintak tolong aku wat surat discontinue standby staff... ingatkan tak urgent and tetiba dia call nak rini sebelum dia pi P2... huk3... surat pun tak siap lagi.... pehtu aku cakap ler, susah ler nak wat sebab nak kena translate BI and aku pun takder idea... even aku bebel- bebel gitu tapi tangan aku still berjalan.. tapi entah naper abang norwan cam hangin jek... dia datang tempat aku n amik draf surat dia and cakap nak wat sendiri.. aku yang tengah taip nie terkebil- kebil jek nengok... alamak!! orang laki merajuk siot.... huk..huk..huk... nie ler first time aku nengok orang laki merajuk.... kalo budak² laki dah selalu ler, nie bapak budak..wakaka... kelako tul... dah siap sumer surat, aku call abang norwan cakap aku dah settle... biler environment dah back to normal, siap aku perli dia lagi..wakaka.... tapi thats normal bila dah pressure.. ahaks!! tapi yang susah nak accept sebab rajuk... so, pada laki- laki yang nak merajuk nanti pk2 ler dulu ekk.... tapi aku laks kalo bab- bab keje nie kalo time pressure, bz, urgent or watsoever compem aku wat muka kalo ada orang wat aku hangin... sapa yang tak tahan nasib jer ler...

Sunday, November 11, 2007

Weekend 0_o!

Today is weekend and i woke up quite early.... at 7.45 am.... huhu.... lepas jer bangun, terus pegi mandi.... lepas mandi aku kemas- kemas bilik aku yang sedia bersepah, menyapu satu bilik and disebabkan rajin, aku pun decide nak tukar cadar.... pehh..... malam nie tido mesti best gilo... huk3...


Dah settle sumer, aku basuh baju yang bertimbun kat dalam washer machine tuh and suar jeans yang dok berlonggok kat atas kusi..... Kalo ikut hati, aku nak kemas hall tapi tak kesampaian lagi niat tuh.. maybe pas abis aku tulis entry nie kut.... bunga- bunga yang patut cuci dulu pun aku tak buat lagi... and kalo rajin aku nak wat sumer keje umah kasi settle rini.....

~~jeans in washing machine~~


Bee movie dah release and aku still tak usha lagi sebab alasan yang tertentu... and agak susah kalo nak describe kat sini.. T_T ...


~~bee movie~~

Saturday, November 10, 2007

Sesat a.k.a Lost

Gosh!!! i'm late today.... entah camner pagi tadi biler bangun tido, sedar- sedar dah pukul 7.45 am... apa laie, kelam kelibut aku pi mandi sumer... punch card dah compem ar merah... huk3!! sian tul aku... nie ler bahana layan mimpi yang ntahapahapantah...... time before balik opis, aku sempat sembang ngan kak wani... and selepas pong- pang- pong- pang nyembang, aku dapat conclusion yang amat bagus... don't judge a book by its cover..... so, always remember this idiom k....


Kul 12.00 pm++ aku, ipah ngan kak wani pi melantak sessi makan- makan kat logistik.. coz abang sapawi wat makan- makan sempena syawal.... and rezeki memang tak elok kalo di tolak... so, makan jer ler... lagipun orang dah menjemput.... lepas settle, aku ngan ipah gerak plak nak pi umah kak ina kat ampang saujana... aku yang sememang tatau jalan cuma mengharap pada ipah and peta yang kak ina kasik... and conclusion nya kitorang sesat giler.... sesat sampai tatau nak cakap ler.... and actually, kat map yang aku dapat nie tak baper nak lengkap and ader sikit error... total masa yang kitorang amik nak sampai kira- kira 4 jam setengah.. huk3.... kalo aku balik tepeng dah compem sampai... tapi takper, aku sikit pun tak kisah sebab aku bukan sorang tapi ader teman... and itu adalah salah satu sebab aku teruskan jugak usaha untuk mencari lokasi yang patut diserbu.. ahaks!!


Tapi sumer tur tak sia- sia sebab kitorang sampai jugak akhirnya.. and time tur dah hampir pukul 5.30 pm..... yang tak tahannyer sebab aku tersilap.. ingatkan city point tur ampang point... even aku tanya orang n dorang dah bagi instruction yang betul, still degil nak ikut kata sendiri.. last- last memang padan ngan muka aku... hehe... time balik sumer settle sebab direction yang kak ina bagi memang clear and jalan pun smooth jek... kuar rumah kul 7.00 pm and thnx to kak ina sebab tapau laksa ngan putu mayam yang sedap kat kitorang... yang paling best sebab aku ngan ipah dapat usha satu kl time senja tur... memang cantik gilo view dari situ... ingatkan nak snap gambo and tepek kat sini tapi bateri hp aku dah flat giler... hampeh jek... jalan balik kitorang lalu ikut hulu langat and masuk kat kajang... tapi dari hiway situ tiba- tiba sesat plak and masuk kat bandar tun hussein onn... sib baik nampak signage econsave so, juz follow direction tur jek... pehtu kitorang sempat singgah kat jusco dulu sebab dah alang- alang lalu.... huk3.. takder apa yang nak di beli.. just jalan- jalan and aku beli sarung bantal ngan cincin sebab cincin aku dah hilang.... pehtu, kul 9.30 pm kitorang chow pi balik umah.......


~~Note: ko kisah ker kalo sesat?? aku tak kisah!! ko laks?? aku lagi tak kisah!!~~

Friday, November 9, 2007

Friday 9/11/2007

Rini aku start masuk keje pas 3 ari aku cuti- cuti malaysia... rasa cam tak pueh jek cuti tur sebab kejap sangat.... humm... tiba- tiba aku dikejutkan dengan news yang menyedihkan sebab ader 2 orang colleagus aku nak resign.... sorang department PPC and sorang Purchasing...but my colleagues from PPC department, my boss belum sign lagi resign letter... the status still hold... but i felt very sad coz many wanna resign... huk3.. i'm still searching for new job but at this moment, i dun have any probs if i stay at recent company.. but i'll load wif many works cuz need to take over all admin and PA's jobs but i hope can catch-up everything....


~~this is not my resign letter T_T~~

Tomorrow is last day for syawal... and i got an invitation to open house... perhaps i'll go there after work wif ipah..... i dunno where kak ina's house but she gave the map to ipah and hope tak sesat mencari jalan.. hehe.... makan free mana boleh tolak kann.... lagipun orang dah jemput so, pegi jer ler... ^_^.. i'm cool!!!

Thursday, November 8, 2007

My Vacation on 6/11/2007 until 8/11/2007

On 7th November 2007 was my birthday… I planned to be at Perak coz wanna celebrate my birthday… ahaks!!.. On 6th November, after finish some works, me and ronand juz chill out at Jusco… we had our dinner at pizza and ronand buy some slices of secret recipe cake….I slept at ronand’s house cuz I dunna back home.. ^_^
~~my bus at platform 4~~
~~black forest cake~~

~~we're full~~

On 7th November, we went to Taiping coz wanna visit Hanim… she’s gotta deliver baby but wat I heard, until sekang pun still tak dapat nak bersalin… Bertolak dari umah ronand dalam kul 12.00 pm ++ and first destination is The Store.. tak der apa yang best pun, juz nak window shopping and habiskan masa yang terluang… pehtu, singgah solat kat masjid kampung jambu…. Aku siap sempat tido laie.. maklumler, mengantuk tak hengat pas makan Mc D…. sebabkan lambat laie nak tunggu 4.30pm tuk melawat Hanim, kitorang pi Taiping Museum…. Hummm…. Nak kata best pun tak jugak sebab dari kecik sampai sekang, khazanah yang ada kat dalam tur tak banyak yang berubah pun.. tapi yang best sebab dah boleh nak tangkap gambo dalam museum so, kitorang pun posing ler kat mana- mana tempat yang kitorang nak… tapi ada laks citer yang macam hampeh… nak kata kenangan menyambut 25 tahun kelahiran pun mungkin betul gak kot… patutnya dah 25 tahun, kenalah lebih sopan- santun and ayu tapi disebabkan best sangat nak posing bergambo, aku siap boleh terjun tangga lagi… huk3.. sakit giler kaki aku and sampai sekang masih terasa…



~~endless love~~


Al kisahnya, aku nak bergambo kat satu area yang macam suasana dalam rumah kampung… area tur memang takleh masuk kat atas tapi sebab takder orang, aku pun dengan selambernyer, naik atas.. siap bersimpuh kat sebelah tudung saji.. ala- ala pompuan melayu terakhir gitew… sekali, kuar announcement cakap takleh naik kat atas umah tur.. aku yang terkujat nie terus lompat tangga yang ada 3 steps tuh.. pergghh… sakit giler siot… tapi memang aku tak tahan nak gelak sebab ronand yang nak tangkap gambo pun terkujat… tambah- tambah laks dorang siap announce cakap “jangan terjun”… huk3… lagi ler aku nak gelak… nampak sangat aksi kitorang di rakam… huwaaa…. abisler.. glamer jap… untuk hilangkan sisa- sisa ketawa yang ala- ala pecah perut tuh, kitorang cool down dulu before turun kuar…. Yer ar, dah malu… takkan trus nak blah… kena maintain ayu ler tapi biler kitorang dah nak kuar, sumer staff museum siap boleh dok kumpul ramai- ramai and cakap “sapa pulak yang bersilat kat atas tadi tuh??”… ceh, malu giler aku tapi nak wat camner, benda dah jadik… siap cakap nak replay pita plaks… huk3.. malu nyer.. abis ayu aku.. hehe…


Kul 4.30pm++ kitorang pi sepital tepeng sebab nak lawat hanim.. huk3..terkujat aku sebab lain jek hanim berbanding zaman sekolah dulu… yer ar, dulu slim giler tapi sekang dah pregnant.. hehe… beso gaks perut dier… takuttttt akuuuu…. Hik3… biasaler, lom ader pengalaman…. Habis melawat, pi Tesco jap sebab aku nak pi beli cake… hummm, sempena buzday so, aku pi ler beli.. sebab mak cakap nak blueberry cake… lagipun mak dah masak mee rebus so, as anak yang baik, aku pun tak sampai hati nak wat dunno jek.. hehe.. pehtu, pi satu butik sebab nak beli brooch yang mak ronand pesan tapi lastnyer aku yang beli sebab brooch yang dorang nak takder…. Ronand hantar aku sampai umah and lepak² jap… kalo ronand tak pose leh makan mee rebus tapi sebab pose, juz boleh bungkus jek…. Lagipun dia kena balik before malam….and thanx to ronand coz gave me birthday present… Kebetulan malam tuh opah mah datang sebab nak mengurut makcik aku so, aku pun join sekali mengurut kaki aku yang sakit nieh… tur ler first time dalam hidup aku kena urut… before nie kalo sakit pun, aku urut sendiri jek, makan ubat and wat derk jek.. sampai ler sihat sendiri…. Tapi mengurut pun tak semestinya akan okey sebab aku still sakit sampai hari nie… huk3…


Rini 8th November and dengan rasminya Giant Tepeng start bukak so, pagi tuh abah suggest nak pi Giant.. aku yang memang kaki jalan nie, jom ajer… dalam kul 10.00am++ kitorang bertolak… holy cow!! Too many cars there and we just park outside Giant and need to walk… even it hurts but I can bear it… hehe… I felt uncomfortable coz too many people and crowded… huh…if i’m not went back to KL today, surely I’m not there… I juz bought a bar of chocolate... haha….



~~giant tepeng opening 8/11/07~~


Pukul 1.30 pm aku dah bertolak balik naik bus dari tepeng ke kl…. Bosan gilosss… dah ler kaki sakit, nak kena balik pulak.. huk3.. nak jalan tur yang maleh sebab jengkut- jengkut… Sampai umah kul 7.15 pm sebab aku un-well today and lambat tunggu bus after aku missed a bus…. Hak..hak..hak… sok dah nak kena keje…nie yang mengurangkan mood sebab baru pas cuti….

Monday, November 5, 2007

Watashi no Tanjobi ^_^!

Atashi wa shiawase desu.. da kara sui- yobi wa 11-gatsu, nanoka watashi no tanjobi desu... ^_^... ahaks!!!! Otanjobi Omedeto Gozaimasu!!!
I'm not really sure whether my words rite or not coz i juz wanna wish it in japanese..... ^_^ and last but not least, i wanna try it in hangul Saeng-il Chuk-ha Hamnida!!

Happy Deepavali


Syawal 1428H

Sekarang nie masih dalam bulan Syawal and aku still dapat jemputan untuk open house... even tak banyak aku gi tapi untuk tahun nie memang meriah sket sebab dah dua tahun aku keje kat company nih... so, of course dah kenal ngan sume staff..... bila ada jemputan yang memungkinkan aku untuk pergi, of course aku takkan tolak... takder apa yang nak tulis untuk entry kali juz nak tepek gambo jek.... ahaks!!
~~a day before aidilfitri after drive all nite.. tired but still hang out at tesco!!~~



~~laksa at open stall~~


~~bihun goreng at open stall~~


~~wat it is??i found it at abang kamal's open house~~
 ~~tada..yummy!!~~

Memo T_T

Saturday, November 3, 2007

Hari Sabtu

Actually takder pape yang nak story mory kat sini... Hari nie adalah hari sabtu merupakan hari yang aku paling suka dalam banyak- banyak hari... bukan ape, sebab hari sabtu nie best.... kena pulak dengan bulan november kegemaran aku... hehe.... nie ler bulan aku lahir ke dunia nie..so, mestilah aku suka.... aku jugak ada klasifikasi hari mengikut feel aku... ahaks!!


Hari Isnin
Hari yang bosan, malas, hampes, takder mood and etc sebab ini hari first start keje..

Hari Selasa
Hari yang ada mood berbanding hari Isnin..

Hari Rabu
Hari yang sederhana dan kembali kepada mood normal

Hari Khamis
Hari yang seronok dan mood meningkat

Hari Jumaat
Hari yang seronok dan mood lebih berbanding hari Khamis

Hari Sabtu
Hari yang paling seronok, teruja, enjoy, mood tip top and best

Hari Ahad
Hari yang meletihkan, sedikit bosan dan mood kembali menurun



So, apalagi???? jom kita enjoy!!!

Friday, November 2, 2007

Friday Story

Hummm...... today i feel happy for my fren coz she got new job but at the same time i'm sad coz i still working here. I need to find other job soonest possible sebab aku pun cam tak best nak stay kat sini lama- lama. Well, at least with new job boleh improve kerja but sometimes terfikir gaks nak berniaga... Watever, but hope one day i'll success in my life...

About wake up ur brain show that i mention before, the answer is reading and a gurl win cash prize RM 3400... fuyyooohhh...

At 10 o'clock i wanna go for breakfast... then, wanna do my work... what a pity, today i'm not drive coz my bro use the car to go an interview... so, kena tumpang colleague ler tuk datang and balik keje.. tomorrow wanna go to open house abang kamal... nak makan puas- puas...

Wednesday, October 31, 2007

Happy Halloween Day >_<


Eeeeeeeiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhiihihihihihihi........ thats my halloween laughing....

Tuesday, October 30, 2007

My Old School ^_^

Semalam aku menggoggle nama skoolah aku Madrasah Idrisiah and aku ader terjumpa satu blog senior aku batch 94-98… active gaks blog tur and at least terubat gaks rindu aku kat sekolah kesayangan tuh and sume pelajar… masa raya ritu aku ader lalu depan sekolah aku and tak banyak perubahan yang aku lihat dilakukan terhadap sekolah tur… maklum ler, kawasan terhad and yang aku nampak bangunan baru dah di cat warna lain.. kalo tak silap aku kaler peach….. itu pun dah lama rasanya cat tur di tukar… tapi sekurang- kurangnya ada jugak perubahan sejak aku tinggalkan Idrisiah…. Masa aku still study kat sana, bangunan tur warna biru…..

Teringat balik macam mana aku boleh masuk sekolah tur.. before aku study situ, abang aku dah terlebih dahulu study situ… nak masuk skoolah kena amik and pass exam and syukur aku lulus and di terima study kat Madrasah Idrisiah… neway, aku pun at first tatau yang itu adalah sekolah agama… bile parents dah suruh aku amik exam, aku pi jer ler…. Aku masuk bulan December 1994 and tak ingat dah tarikh biler… means aku adalah pelajar Madrasah Idrisiah batch 1995-1999... Yap!! SPM '99 last generation.....Start dari first masuk, sumer pelajar Form 1 kena orientasi selama 40 hari… tak boleh telefon, jumpa atau any contact ngan parents or other families and relatives.

Masa ritu macam- macam jenis manusia aku jumpa…. And of course aku tak sedey sebab aku tak rasa sedey…. Hehe…. Ukti- ukti upper six di tugaskan untuk menjaga kitorang yang akan menghuni di asrama Mariah selama setahun sebelum berpindah ke Aspuri. Ketua warden of course Ustazah Aminah and di assist oleh ustazah- ustazah lain yang menghuni Mariah… Selama 40 hari, kitorang kena menghafal Al- Ma’surah, Surah Yassin and Surah Sajaddah…. Tapi yang paling penting Al- Ma’surah sebab before abis orientasi kitorang akan di test oleh para ukhti sekalian.

Kenangan tinggal kat hostel memang tak boleh dilupakan… Masa dalam orientasi lagi aku dah buat hal and kena sound dengan sorang UT sebab menjawab cakap… haha… small matter jer pada aku tapi bila di fikir balik, itu tanda kita tak hormat dengan orang lebih tua sebab menjawab… huk3…. Aku jugak pernah ketuk ketampi 100 kali sebab lambat nak pergi prep.. masa tur aku carik selipar hilang last² kantoi ngan Ustazah Aminah.. huh.. macam- macam… Biler dah naik Form 2, kitorang kena pindah ke Aspuri and di jaga oleh Ustazah Norlia a.k.a Kak Da…

Banyak gaks salah yang aku buat time sekolah tapi pada aku sumer tur bukan kesalahan berat and jenayah… sebab aku selalu lambat bangun so, selalu tertinggal solat jemaah subuh… pehtu, aku suka mandi pas semayang and biler lambat, aku nyorok and biar sumer orang turun assembly and pergi makan dulu… time dah takder orang baru aku panjat pagar nak turun sebab sumer pintu dah kunci… kalo aku tunggu soh pengawas bukak, sure aku kena denda… huhu….. Time sekolah, kalo malas nak masuk kelas aku akan lepak dalam longkang besar dekat dengan rumah bulat ngan other member… port tur cuma 3 orang jer yang tau… Time petang laks, pas abis makan malam, kitorang suke lepak and borak- borak atas gelung dekat ngan tempat bakar sampah….

Denda yang aku kena pun dah tak terkira banyaknya… paling glamer of course ketuk ketampi…. Sampai longlai kaki tapi still tak insaf.. haha… Kalo takat kutip sampah satu sekolah memang dah biasa… pastu, aku jugak pernah kena tanam pokok bunga, pakai baju batik and kena prep time cuti, tulis 1000 perkataan saya takkan lakukan kesalahan lagi, tidur dengan warden, cuci bilik air, cuci longkang, buang sampah bilik air, jalan itik and many more…

Even aku nakal, tapi aku jugak pernah di calonkan untuk jadik pengawas sekolah… haha… aku tatau apa motif tapi of course aku tolak… sori ler kalo aku nak jadik pengawas sebab aku memang tak suka nak pi jaga tepi kain orang and nak cari kesalahan orang nieh…. Aku bebas ngan status biasa… haha…. Apa pun thanks to mudir sekolah, all warden yang sudi menjaga aku dari form 1 until form 5, para cikgu, ustaz and ustazah, akhi and ukhti sekalian, all my beloved frens and adik- adik junior… love u guys…


~~Note: seronok bila ada banyak kenangan time sekolah~~

Wake Up Your Brain!!!

I took dis question from flyfm's wake up your brain on big bang breakfast show....

QUESTION: What are 18% of people in the world capable of?

Lets think together...... currently cash prize is RM 3200.00.... if didn't get it right the money will increase RM 100.00 to the next day....i also wanna know d answer and wonder who will win the cash....ahaks!!

My answer is Salsa Dancing... haha

Love flyfm's crews and shows... @_@! Muahhhhh

Monday, October 29, 2007

Bosan a.k.a Boring

Hari- hari aku bosan a.k.a boring tahap cipan....
Apasal leh jadik camnie??
Camner nak hilangkan rasa bosan??
Aku sendiri tatau nak wat camner...
Rasa cam takder life jek..
Ada member kata boring giler idup cam aku..
Hari- hari rutin yang sama..
Pergi keje, balik keje...
Lepak umah sampai jumpa hari esok..
Aku tak bosan ngan stail hidup..
Sebab aku akan isi dengan internet and movies..
Aku tak bosan dengan kekosongan..
Sebab aku suka privacy..
Aku tak bosan dengan kawan- kawan..
Sebab aku suka berkawan..
Tapi kenapa sering rasa bosan???
Mungkin kena lakukan anjakan paradigma??
Atau kena campur tangan dalam peperangan di Iraq??
Atau jadi sukarelawan WWF??
Ah.... aku bosan lagi

Friday, October 26, 2007

Bila Nak Kawen???

Bila nak kawen?? Satu persoalan yang memeningkan kepala bila ramai orang dok mula tanya soalan cepu- cemas nie kat aku… kalo boleh jam tu jugak aku mau kawen… tapi mana boleh sebab takkan aku nak kawen sorang- sorang??

Aku pun cakap ler nak kawen camner kalo takder pakwe.. Then, sume kata memilih sangat kot? Amboi²!! sedapnyer ngata aku nie pemilih tapi yer la jugak, takkan aku nak main rembat jek… kang kalo aku nak ngan kutu lahabau dah orang kata takder mata dah ker dalam menilai… tapi bila aku nak ngan yang ensem, educated & kerja best dah dorang cakap, patut ar tak kawen sampai sekang… nak yang best jek… abistu??? Sendiri pikir ler.. Aku nak yang sedang- sedang aja!!!

~~Note: bukan senang nak hidup tenang kalo asyik dengar cakap orang.... yang penting aku adalah aku!!!~~

Thursday, October 25, 2007

Satu Penantian ^_~!

Kau yang ku sayang
Dari dulu kini dan selama- lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku

Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun ku tunggu
Saat kedewasaan mu
Dan ku tak pernah jemu menanti mu

Di saat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku

Ku harapkan semua ini
Esok akan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Ku harapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan hanya sekadar impian belaka

Ku harapkan semua ini
Esok akan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya

Ku harapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan hanya sekadar impian belaka
Bukan hanya sekadar impian belaka

Thursday, October 11, 2007


Attention!!!

Landlord will take leave start:
~~12th October 2007 until 21st October 2007~~

Ramadhan 29

Hari nie 29 Ramadhan dan tinggal lagi satu hari untuk kita berpuasa sebelum celebrate Eid Fitri.... rini aku still keje tapi yang ader kat opis nie cuma empat orang staffs jek..... and perkara paling best aku dapat buat adalah online internet sesuka hati sebab keje pun dah takder.... lepas raya baru aku start wat keje- keje yang berkaitan dengan aku....

Pukul 12.00 pm nie akan ader satu assembly untuk mintak sori sesama pekerja.... pehtu, wat 5S' before nak cuti panjang....tapi aku ingat nak blah jer pi beli kasut raya...ahaks!! Kat rumah pun aku tak kemas pape lagi.. ngan bersepah and baju banyak tak berbasuh... perpun rini kena settle gak sebab sok aku nak balik kampung... hohoho....

Wednesday, October 10, 2007

~~SaLaM AiDiLFiTrI~~


~~Wish to all Muslims Hepi Aidil Fitri ~~

I'm Mad o_O!

Less than 10 minutes before finish duty hour, i got something urgent to settle about quotation.... the customer want quotation about channel glass... i'm not too sure where the past breakdown coz i never take part about it before... i called my ex-boss and ask him about that and how could he say cannot remember??? damn!!!!

Watever, i need to settle my work before back home..... at last, i found one model of the parts..... i faxed it and juz leave the matter to my bosses to settle... i'm sick!!!!!!


~~Note: WTF... i'm not agree wif damn statement, "boss always rite"~~

Ramadhan 27

Yesterday me and my colleagues (azie and ipah) pergi breaking fast kat Johnny's Alamanda..... perghhh.... hujan memang lebat giler time kuar dari umah..... aku sampai umah dorang kut 6.10 pm and terus gi sana... actually this is first time nak try kat situ so, after all sumer cam ok jer... lepas nie boleh ler kalo nak pi laie... ahaks!!

Dah abis sumer gi solat jap kat surau situ then gi jalan² kat situ and banyak spent time kat MPH sebab kitorang nak pi downtown cuz time still awal laie... before balik sempat laie merasa urut kaki kat mesin urut osim... huk3, menda pree so peluang takkan dilepaskan...

~~i'm sooo gud at being bad, ahaks!!~~

~~urut kaki~~

On d way nak balik, kitorang nampak ader bunga api and aku sempat snap gambo fireworks tapi not too clear....best tul tapi tatau ler pulak sebab per... nak kata festival bunga api antarabangsa, dah pun abis... maybe dorang nak meraikan malam ramadhan kut... huhu...

~~it's fireworks~~

~~boooommmm~~

Sampai kat downtown, banyak kedai tak bukak laie and still dalam opening process... jalan² carik tudung tapi tak jumpa pun... then, decide nak lepak dulu.... after that baru kitorang start survey... last² aku jumpa gaks tudung kaler hijau tapi not sure sama or tak ngan baju aku tuh... huk3... paling best yang banyak shopping azie ler... padahal aku yang beria nak pi konon nak survey baju and tudung raya....

At last, kitorang decide nak balik sebab masing- masing cam dah takder power and sleepy... before sampai umah, kitorang sahur kat ABC dulu... maklum ler ramadhan pun dah nak abis so, time nie ler nak lepak ngan member... cuz dorang pun nak start cuti esok... tinggal ler aku sensorang kat sini sambil main tenet menunggu hari cuti aku yang bakal tiba 12hb nieh... lambat tul aku balik raya tahun nie sebab nak kena tunggu my lil' bro abis time keje... kalo ikut aku, rini pun aku dah nak blah balik kampung....

Note: hope highway tak ler sesak teruk time aku nak balik nanti......

Saturday, October 6, 2007

Mission Accomplished ^_^

Yeah... mission accomplished... semalam tepat pukul 3.00 pm, was held closing meeting untuk Re-audit ISO 9001:2000 .... selama dua hari, means 4th - 5th October 2007 telah dilakukan re- audit ke atas company aku... humm... bukan nak cakap per, tapi sebab aku yang involved so, memang kecut perut ler sebab nie second time aku handle benda nie... as controller, banyak benda gaks aku nak jawab tapi dengan high co-operation dari sumer staffs, audit nie dapat jalan ngan smooth... maybe, korang mesti pk, watper aku nak takut and risau kalo nak audit tapi maybe dah habit kut, something yang aku handle or involved mesti nak kena wat ngan betul without probs... macam tahun lepas, time aku handle dapat 1 CAR because not discuss about customer feedback dalam management review... so, as pengajaran, tahun nie management review abis aku masukkan agenda untuk TS 16949 requirement... ahaks!!


The most important, thanx to auditors yang datang sebab dorang memang best... dis time memang aku feel soooooo good coz dorang memang frenly... thnx to Mr Lim and Mr Phua... and dorang gaks banyak bagi ideas and tips to improve ourselves.... not like last auditor, juz blame but not give any ideas to improve... donno how to say but thnx God, coz everything going easy and smooth...... ^_^


So, my mission to 'raya sakan' dis year memang bermakna coz aku tak payah nak pening- pening pk pasal company lagi... cuma lepas raya nie aku nak buat proper documentation and lepas tur boleh pk about other jobs.... bukan per, sebab nak re-audit nie jer aku dah missed 2 interviews... both adalah as civil servant so,memang rugi sangat... tapi nak wat camner kan, dah memang perangai kut.... coz pk, better aku tumpu pada keja sekang dari aku wat menda yang belum tentu aku dapat... cam orang kata yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran...ahaks!! pandai gaks aku berperibahasa... huhu... ^_^


Wokey... sebabkan rini ari sabtu so, aku tak kisah nak stay sampai pagi kat sini... sekang pun dah kul 3.00 am.... tapi syok gaks online time nie sebab boleh usha solat taraweeh dari makkah.... missed a lot.... lagi 6 days nak raya and i cannot wait to go home.... quite long i'm not back there since February 2007.... so, i can see wats the differencess..... ahaks!!!

Sunday, September 30, 2007

HoW FriEnDsHiP bReaK??

Both Friends Will Think The Other Is Busy,
And Will Not Contact,
Thinking It May Be Disturbing.

As Time Passes,
Both Will Think Let The Other Contact,
After That Each Will Think Why I Should Contact First?

Here Your Love Will Be Converted To Hate,
Finally Without Contact The Memory Becomes Weak
They Forget Each Other.


~~Note: I Don't Wanna Be One Of This Kind.

Saturday, September 29, 2007

Salam Aidilfitri

Sempena bakal menyambut Hari Raya nie, aku dengan ikhlas meminta maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini.... and time jalan² kat JJ tadi, aku nampak satu card untuk member yang memang happening pada aku.. but sebab harga yang agak mahal so, aku tak jadik ler nak membeli... juz boleh snap gambar jer ler...ahaks!!! kat bawah nie special dari aku untuk korang sumer... ^_^


~~minta ampun minta maaf mak & abah~~

~~ to all my buddies, please forgive me~~

~~special to ronand: mintak maaf zahir jek, batin aku tak sentuh..ahaks!!~~


Friday, September 28, 2007

15 Ramadhan 1428 Hijrah

Hari ini telah masuk 15 Ramadhan means lagi 15 semua umat Islam akan menyambut AidilFitri... selama 15 hari yang dah lepas nie cuma 4 hari jer yang aku buat Tarawikh... huh..memang sadis sebab bukan tentu tahun depan aku akan bertemu dengan Ramadhan lagi... so, sempena malam yang ke 15 nie aku dah bertekad nak buat tarawikh sampai ler hari yang ke 20... and hope malam 10 terakhir aku boleh buat qiamullail..... itu pun jika di izinkan Allah.. tetapi aku harap sangat Ramadhan kali nie membawa keberkatan dalam hidup aku and semoga aku boleh berubah menjadi seorang yang lebih bersabar serta melakukan perkara² yang di tuntut sebagai seorang muslim tanpa sebarang keluhan atau rintihan.... huhu... ayat aku cam best jek tapi itu ler apa yang terlintas dekat hati n pemikiran aku sekarang...


Malam nie aku tak boleh nak tido sebab tadi aku dah tertido time tunggu sepupu aku guna computer tuk wat assignment so untuk mengisi masa lapang, aku pun bukak ler entry nie sambil tengok and dengar sembahyang tarawikh dari Mekah.. tiba- tiba jadik rindu jer nak pi sana lagi... best sangat sembahyang terawikh kat sana..... tambah² imam pulak baca sedap so, aku tak kisah ler even kena sembahyang 20 rakaat plus surah yang panjang².... sekarang nie pun Masjid Haram dah penuh ngan umat Islam, itu belum sampai lagi 10 malam terakhir... time tur lagi sesak dan ramai sangat orang.... watch online at 8.30 pm saudi time >> Tarawikh Online

~~Note: rindunyer ^_^~~

Wednesday, September 26, 2007

Today is today ^_^!

It's raining... surely best kalo dapat tido.... .sekang nih kat workstation aku dah gelap sebab tutup lampu.... maklumler, break time.... tapi yang tak best sebab break jus half an hour jer... kul 1.00 pm sampai 1.30 pm... nak tido pun tak sempat nak mimpi best²..ahaks!!

Humm....before minggu depan aku nak siapkan sume keje sebab takmo kalut² biler nak audit nanti... apa nak buat dah habit suke wat keje last minutes....

Wokey, aku nak tido jap... kan ker elok tidor kejap time tengah hari.... aku tido sorang rini sebab member aku sorang nie takder..dia balik umah nak makan... huk3!!

~~Note: hope sempat mimpi best~~

Tuesday, September 25, 2007

Yahoo!!

Yahooo....... best giler sebab cuti raya aku dah diluluskan.. ahaks! nie yang aku suker nie... motto aku tuk raya tahun nie 'raya sakan'.... maybe aku dah terlambat tuk raya sakan tapi entah naper untuk tahun nie tak sabar² pulak aku nak balik raya.... before nieh aku tak ler excited sangat... aper pun, aku start cuti 12hb October 2007 so, kena ler melalui kesesakan jalanraya... memang tak sanggup rasanyer, tapi apapun mesti diredah.. kalo tak mana nak sampai kampung aku....huk3....

Huwaaa..... baju raya takder laie..... sedey tul..... nak pakai baju per ekk??? aku nak try carik baju kurung pahang ler tapi seswei ker kalo aku pakai..huk3... ritu pegi mines nak usha baju kurung sutera china tur dah naik rega... dari RM88.00 naik RM99.00... biler pulak ler nak turun rega ekk??? hope akan turun ler kalo tak takmo aku beli...huhu...

Alamak... audit ISO dah nak dekat nieh.. document still cam hampess laie... hope sempat nak update.. kekadang rasa cam hangin gaks sebab takder formal training pasal audit nie... nak kata ader orang turunkan ilmu pun takder jugak... sumer aku wat ikut suke ati sendiri jer... tur yang banyak error..ahaks!!! sorry to all my colleageus... gomenasai!!

Laki- Laki Sejati~~

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

Friday, September 21, 2007

Antara CINTA dan SUKA

Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat.
Di depan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia.
Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin serasa musim semi.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah.

Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "cinta", maka kamu akan bertemu.
Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "suka",maka kamu akan tersenyum. Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada di benakmu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.
Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung malu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya. Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di benakmu setiap 2 minit. Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu cintai.
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata orang yang kamu suka.

Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya.
Tetapi jika orang yang kamu sukai menangis,kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan. Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata.
Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran telinga.
Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang harus kamu lakukan adalah menutup telingamu.

Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya...